Nuffnang

Selasa, 15 Oktober 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Gadis didakwa skandal suami <b>Lisdawati</b> akhirnya dedahkan diri <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 09:30 PM PDT

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Noni menafikan yang hubungan rapatnya dengan aktor Fauzi Nawawi adalah atas dasar cinta sebaliknya berkata keakraban mereka itu adalah sekadar hubungan profesional kerja.

Bercakap kepada akhbar Harian Metro hari ini, Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadhirah Zainuddin, 24, berkata hubungan mereka rapat sebagai pengarah dan pelakon dan tidak lebih dari itu. Noni juga berkata yang Fauzi merupakan pembimbingnya yang banyak memberi pelbagai tips dalam bidang lakonan.

"Bukan saya saja yang menjadi anak didiknya, malah ramai lagi artis lain seperti Ika Nabila, Reen Rahim dan Agnes Wong yang menimba ilmu lakonan dari Fauzi tetapi kenapa saya seorang saja yang digosipkan dengannya?

"Mungkin orang nampak kami rapat di lokasi pengambaran kerana saya baru saja berlakon dalam dua drama arahannya baru-baru ini," jelas gadis yang berasal dari Sabah ini.

Noni berkata demikian ketika mengulas gosip yang tersebar kononnya dia telah menjalin hubungan dengan seorang aktor terkenal yang juga merupakansuami orang.

Tambah Noni, dia mula mengenali suami kepada aktres Lisdawati itu ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia di Ipoh,Perak awal tahun ini.

"Saya bertemu dengan abang Fauzi yang turut ditemani isterinya ketika majlis itu. Abang Fauzi berkata, saya ada pakej untuk bergelar pelakon dan dia menawarkan saya untuk berlakon dalam drama arahannya.

Sejak pertemuan itu, kami menjadi rapat seperti hubungan abang dan adik. Tetapi bukan dengan dia saja, dengan Lisdawati pun saya turut rapat," tambah Noni lagi.

Noni turut berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang cuba mengaitkannya dengan Fauzi kerana tidak mahu mengguris hati keluarga kedua-dua belah pihak.

Noni turut berkongsi pengalamannya berlakon dengan aktortersebut yang disifatkannya seorang yang tegas bila bekerja dan berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu lakonan dari seorang pelakon hebat sepertinya.

Pelakon <b>lisdawati</b> pertahan suami | wansite

Posted: 10 Oct 2013 05:45 PM PDT

Pelakon lisdawati pertahan suami-"ITU semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini," ujar Lisdawati berhubung dakwaan kisah skandal yang tersebar antara suaminya, Fauzi Nawawi dan bintang realiti Noni AF5.  

Lisdawati Fauzi Nawawi 

 Hakikatnya, bukan sekali Fauzi dikaitkan dengan skandal bersama wanita lain kerana selain aktres seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, pelakon 'Orang Minyak' ini pernah mengejutkan dunia siber setelah hubungannya bersama seorang wanita tersebar menerusi sebuah blog hiburan.   
Bagaimanapun sebagai isteri, Lisdawati, tidak mudah melatah. Masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu, pelakon KL Menjerit ini menganggap ianya sebahagian dari lumrah bergelar selebriti. Malah tetap  mempercayai Fauzi.

"Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan  pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah.

"Bagi saya, selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku.

"Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul," katanya.

Memandang perkara itu secara positif, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini, mengakui suaminya itu memang pernah bekerjasama dengan Noni dan dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja.

"Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul.

"Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling," katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, menafikan hubungan yang terjalin antara dia dan Fauzi.

Menurut Noni, dia mula mengenali aktor itu secara rapat setelah diajak menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia dan hubungan mereka tidak lebih dari rakan kerja.

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan