najwa mahiaddin - Google Blog Search |
(HIBURAN) Dimensi Baru <b>Najwa Mahiaddin</b> | Galaksi Media Posted: 14 Oct 2013 01:06 AM PDT Baru sahaja selesai membuat persembahan di Wynn Resorts, Las vegas, Najwa yang kini menetap di kota New York mula mengorak langkah dalam bab baru kehidupannya. Setelah menamatkan pengajiannya di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts dalam jurusan Contemporary Writing and Production, dia telah membuat keputusan untuk pergi ke Big Apple untuk meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian. Hanya baru beberapa bulan sahaja berpindah, Najwa kini sibuk dengan persembahan-persembahan gig di kafe-kafe and kelab-kelab di sekitar Brooklyn dan Manhattan. Sewaktu membuat persembahan dengan kumpulan tersebut, Najwa selalunya akan menyanyikan lagu-lagu Erykah Badu atau Jill Scott dan juga lagunya sendiri. Seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Haruka Yabuno selaku keyboardist turut menyumbangkan lagu ciptaannya untuk dinyanyikan oleh Najwa. "Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini ialah memulakannya semula dan ianya bukan mudah," jelas Najwa bahawa dia harus melakukannya dari bawah sama seperti dia mula-mula menapak ke dalam arena muzik tanahair tetapi pada masa yang sama dia merasa bertuah kerana telah bertemu dengan ahli-ahli muzik muda yang berbakat besar dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik. Dia bukan sahaja membuat persembahan di Las Vegas, bahkan juga di Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica, semua oleh kerana idea rakannya, Andres. "Saya berasa amat teruja dapat membuat persembahan di hadapan para penonton di sana. Sambutannya amat menggalakkan! Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal saya kerana ianya lain daripada yang biasa mereka dengar dan mereka hanya bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun bahasa merupakan masalah utama, ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk memghayati persembahan kami kerana muzik itu kan bahasa yang universal dan itulah keistimewaanya", ujar Najwa. Bercerita lagi mengenai pengalamannya, "Selesai membuat persembahan di Costa rica, pagi berikutnya kami menaiki bas untuk ke Nicaragua dan perjalanan tersebut memakan masa selama sepuluh jam. Setibanya di destinasi, kami terus melakukan sound-check, makan sedikit dan terus membuat persembahan." Walaupun perjalanan tersebut panjang dan memenatkan, dia sedikit pun tidak mengeluh kerana baginya bukan selalu peluang sebegini rupa muncul. Dalam kesibukkan membuat persembahan, Najwa masih sempat menghasilkan projeknya sendiri. Terbaru, dia dalam proses menghasilkan EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono. Jelasnya, "Sebenarnya lagu tersebut telah pun dihasilkan pada tahun lepas and kami ingin menerbitkannya pada tahun yang sama. Malangnya, berlaku kecurian dan rakan saya kehilangan lagu kami dan kami terpaksa menghasilkannya semula." Akhirnya EP tersebut terpaksa ditangguhkan penghasilannya semula kerana masing-masing sibuk, Najwa dengan persembahan di New Yowk dan Harsya dengan pelajarannya. "Kini, kami berdua tidak beberapa sibuk dan kami rasakan sekarang adalah masanya untuk menyiapkan lagu tersebut," tambahnya. EP tersebut akan mempamerkan sentuhan berbeza daripada apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini, "Lagu ini pastinya berlainan daripada lagu Got To Go yang mempunyai nada gembira. Kami juga telah menambahkan elemen elektronik tetapi masih mengekalkan irama RNB. Ia sebenarnya mempunyai pengaruh lagu-lagu daripada James Blake dan Little Dragon. Kami mengharapkan lagu tersebut dijangka siap pada bulan hadapan dan akan di keluarkan lewat tahun ini." Ditanya samada dia akan pulang, "Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan saya di arena muzik di sini dan saya juga masih mempunyai beberapa lagi projek yang bakal dihasilkan bersama penerbit-penerbit lain. Salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, seorang gitaris dan komposer yang amat berbakat. Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. Insya-Allah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai atau jika ada peluang dan untuk tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan mini showcase ataupun konsert." "Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu-individu yang menakjubkan dan berbakat luar biasa yang saya kenali sejak dari kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras." Kini, Najwa merasakan bahawa masih banyak yang perlu di capai di Kota New York dan walaupun dia merindui peminat-peminatnya di Malaysia, dia berharap bahawa mereka dapat memahami ketiadaannya yang sementara dan akan tetap terus menyokong perjalanan seninya. Support Our Local Music Official Website: http://www.najwamusic.com/ https://www.facebook.com/najwamusic |
Tamat Pengajian, <b>Najwa Mahiaddin</b> Kembang Karier di Amerika <b>...</b> Posted: 14 Oct 2013 02:32 AM PDT PETALING JAYA: Selepas menamatkan pengajian di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat (AS) Mei lalu, penyanyi Najwa Mahiaddin membuat keputusan untuk mengembangkan kariernya di negara tersebut. Najwa menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online berkata, dia tidak akan pulang terus ke Malaysia buat sementara waktu kerana sedang mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi di AS bagi mengadakan persembahan seperti di kafe dan kelab. "Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan di sini (AS) dan mempunyai beberapa projek yang bakal dilakukan bersama penerbit-penerbit muzik di mana salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, gitaris dan komposer yang amat berbakat. "Ketika belajar di Berklee, saya mempunyai beberapa kenalan yang mempunyai tujuan sama seperti saya dan kami kini sedang mengadakan beberapa siri jelajah memperkenalkan bakat masing-masing di AS," katanya. Antara lokasi persembahan siri jelajah penyanyi itu adalah Las Vegas, Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica. "Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini adalah seperti memulakan kerjaya dari bawah dan ia bukannya mudah kerana banyak cabaran yang harus diharungi. "Saya berasa cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan masyarakat di sana dan sambutannya amat menggalakkan. Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal nyanyian saya, Alhamdulillah," ujarnya Tambah Najwa yang kini menetap di New York, dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu yang berbakat luar biasa yang dikenali sejak kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras. Sementara itu, Najwa turut bercadang mahu mengadakan konsert mini di negara ini selepas selesai siri jelajahnya di AS. Kata penyanyi itu, dia terlalu merindukan peminat-peminat di Malaysia dan berharap para peminat akan menyokong sepenuhnya setiap kerja seni yang dilakukan walaupun jauh di perantauan. "Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. InsyaAllah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai. "Jika ada peluang pada tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan konsert mini khas buat peminat semua." tuturnya. Dalam perkembangan lain, Najwa kini sedang dalam proses menghasilkan album EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono dan ia dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini. -Mstar |
You are subscribed to email updates from najwa mahiaddin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan