Nuffnang

Khamis, 3 Oktober 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> mendedahkan pernah menyanyi di &#8216 <b>...</b> - KLPRESS

Posted: 21 Aug 2013 07:40 PM PDT

Bagi yang menonton majlis Anugerah Lawak Warna pada baru-baru ini, pasti ingat pada persembahan mantap dari gandingan dua pelakon hebat, Que Haidar bersama Khir Rahman yang mempersembahkan lagu Teratai. Lagu tersebut dijadikan salah satu runut bunyi dalam filem komedi arahan Mamat Khalid, Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

 

Mungkin bagi Khir Rahman, nyanyian bukan asing baginya kerana pelakon dan pengarah itu juga datang dari keluarga yang akktif dalam dunia nyanyian. Tapi siapa sangka di sebalik kredibitili yang dipamer juga keberkesanan dalam setiap lakonannya sehingga meletakkan dia dalam senarai pelakon berprofil tinggi tanah air, Que Haidar sebenarnya juga punya bakat menyanyi. 

 

Berkesempatan bertemu Que sejurus usai majlis pada malam tersebut, suami kepada guru tari terkenal Linda Jasmin ini berkata dia tidak berhasrat untuk serius dalam dunia nyanyian. Sebaliknya persembahannya pada malam itu pun hanya sebagai mewakili karakternya dalam filem Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

 

Tetapi dalam pada dia tidak merasakan nyanyian boleh jadi sebagai salah satu kerjaya seni, Que dalam diam sebenarnya pernah meriman undangan membuat persembahan di sebuah majlis makan malam koporat.

 

"Sebenarnya sejak saya menyanyi untuk muzik video Rock Oo, saya pernah diundang buat dinner show beberapa bulan lalu. Pada majlis tu saya menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tapi saya rock kan lagu tu. Selain tu ada juga dapat undangan nyanyian dengan Rimba Bara.

 

"Tapi untuk jadikan nyanyia sebagai karier serius, saya rasa tak mungin. Saya rasa kelakar. Sebab kat luar sana amai lagi suara yang bagus-bagus. Bila saya menyanyi, saya sekadar membawa karakter saya dalam filem tersebut. Selepas ni kalau saya diminta untuk menyanyi pun, hanya dalam filem sajalah. Tapi bergantung juga, misalnya kalau saya turut berlakon dalam filem itu.

 

"Bagi saya, kita kena sedar diri lah. Saya jumpa ramai bakat-bakat yang boleh menyanyi tapi mereka tak diberi peluang. Jadi saya rasa eloklah peluang itu diberikan pada yang lebih layak", katanya.

 

Perkembangan lain, di samping sibuk dengan program ceramah dan bengkel motivasi anjurannya, Que memberitahu dia bakal memulakan penggambaran Rock Oo 3 tidak lama lagi. Selain itu dia juga masih menunggu tawaran filem daripada pengarah hebat Dain Said.

 

"InsyAllah akan ada Rock 3. Selain saya juga tengah tunggu Dain Said. Dari dulu lagi saya nak teringin kerja sekali dengan dia tapi ada jer masalah. Bila saya boleh dia pula ada komitmen lain. Begitu juga sebaliknya", ujarnya yang sentiasa menginginkan naskah yang berbeza dan mencabar dirinya sebagai seorang pelakon. – Malaysian Digest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan