Nuffnang

Jumaat, 4 Oktober 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Jangan Buat Fitnah! - <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Wangolds

Posted: 02 Oct 2013 12:00 PM PDT

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
10-03-2013, 10:00 AM (This post was last modified: 10-03-2013 10:04 AM by kejatempek.)
Jangan Buat Fitnah! - Sharnaaz Ahmad
[Image: image.jpg]

DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

Tweet yang berbunyi, 'Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..' oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

"Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri," tegasnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

"Saya dah lama memaafkan 'mereka'. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.
"Let's the moon judge. Saya pasti dia akan faham," kata Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

"Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti," akhirinya.

sumber..

JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI SILA SHARE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)


Powered By MyBB, © 2002-2013 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE
Online Users
There are currently 83 online users.
» 0 Member(s) | 83 Guest(s)

Forex Update Santai, Gosip Artis, Gambar MenarikBerita Terkini Update DailyIslam Agamaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan