Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
Pekin Dedah <b>Sharnaaz Ahmad</b> Punca Perpisahan - Gua Posted: 23 Oct 2013 08:28 PM PDT Sejak kelmarin, berita perpisahan pasangan ini telah mula tersebar. Untuk makluman, GUA sendiri telah dapat menghidu keretakan hubungan cinta Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose sejak dari Selasa, namun kerana menghormati pendirian Pekin ingin merahsiakannya, GUA membuat sebarang pendedahan. Namun, setelah Pekin membuat pendedahan di akhbar Kosmo, GUA juga mengambil pendekatan untuk menceritakan kisah perpisahan Uqasha dan Pekin. Dalam temubual pada Selasa lalu, memang Pekin ada memaklumkan dia telah berpisah dengan Uqasha kira-kira seminggu lalu. Menurut Pekin, hubungan cinta yang disulam sejak Februari lalu berjalan lancar dan mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan Oktober tahun hadapan. Namun kehadiran orang ketiga, iaitu Sharnaaz Ahmad membuatkan hubungan cinta Pekin dan Uqasha putus di tengah jalan. Bermula dengan perselisihan faham kecil, Pekin sama sekali tidak menyangka Uqasha mempunyai skandal dengan Sharnaaz yang merupakan gandingannya untuk sebuah drama bersiri. Bagi Pekin, tuduhan yang diberikannya tidak melulu kerana dia mempunyai bukti yang kukuh. "Saya memang ada bukti yang menunjukkan Uqasha menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut. Lagipun, ini bukan kali pertama dia berperangai sedemikian, tetapi sudah masuk kali ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkannya, tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja," luah Pekin. Malah Pekin juga bertekad untuk tidak menyambung kembali hubungan cinta kerana menganggap tiada jodoh di antara dia dan Uqasha. Biarpun sangat kecewa dengan situasi ini, namun Pekin masih berharap Sharnaaz menjaga Uqasha dengan baik seandainya mereka benar-benar bercinta. |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan