Nuffnang

Isnin, 28 Oktober 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Hampir Putus Tunang Kerana <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2013 09:28 AM PDT

ohartis-pekin-ibrahim-uqasha-senrose-bertunang-1

Baru-baru ini kecoh tentang berita pertunangan dua pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose putus di tengah jalan. Keretakan hubungan itu kononnya berpunca dari hubungan cinta lokasi antara Uqasha dan pelakon Sharnaaz Ahmad. Pekin yang akhirnya dengan bersikap terburu-buru telah melabelkan Uqasha curang di belakangnya dan memutuskan perhubungan mereka.

Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Namun begitu, Uqasha tampil berterus-terang menceritakan hal sebenar kenapa dia rapat dengan Sharnaaz adalah kerana sedang merancang kejutan sambutan ulangtahun Pekin. Ternyata ia hanyalah salah faham dan ia tidak seperti apa yang Pekin anggapkan.

"Saya sudah berjumpa dengan Sharnaaz semalam dan dia menjelaskan segala-galanya kepada saya. Antara dia dengan Uqasha memang tiada hubungan, saya yang keliru kerana menyangka mereka bercinta, sedangkan kedua-duanya hanya berlakon bersama.

"Keakraban dua pelakon itu juga bersebab kerana mereka bersepakat untuk mengadakan kejutan sempena hari ulang tahun saya. Selepas penjelasan itu, barulah saya tahu situasi sebenar.

"Saya tahu ekoran silap faham itu membuatkan banyak hati terluka. Saya silap apabila bertindak melulu. Apatah lagi apabila perkara yang sepatutnya tidak didedah (off record) disiarkan, lagilah perkara ini jadi kecoh.

"Selepas bertemu Sharnaaz dan mendengar penjelasannya, saya menghubungi sendiri Uqasha dan anggap kontroversi ini sudah selesai. Kami sudah berbaik seperti biasa." jelas Pekin.

OHARTIS: ELOKLAH DIPERCEPATKAN PERNIKAHAN AGAR TIDAK TIMBUL LAGI SALAH FAHAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan