Nuffnang

Ahad, 3 November 2013

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Video: MV Bukan Milik Kita, <b>6ixth Sense</b> Menyentuh Hati | Portal <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 10:47 PM PDT

Video: MV Bukan Milik Kita, 6ixth Sense Menyentuh Hati

Sebenarnya sudah agak lama 6ixth Sense mula beralih ke arah muzik yang berkonsepkan kerohanian dan pada bulan Ramadhan tahun 2011 yang lalu, 6ixth Sense pertama kali berkolaborasi dengan kumpulan nasyid Saujana menghasilkan lagu Penerang Hati.

Atas kesinambungan itu, 6ixth Sense telah melahirkan sebuah album penuh berjudul Tentang Kita menggunakan konsep yang sama pada tahun 2012.

Melalui album itu, 6ixth Sense menampilkan sebuah single berjudul Bukan Milik Kita yang telahpun dilancarkan pada tahun ini.

Untuk pengetahuan semua, lagu ini merupakan karya penuh vokalis 6ixth Sense, Adi dan dirakamkan sepenuhnya di Kana Musik Studio, Bandung, malah video klipnya juga dibuat di sana.

Melalui MV yang dimuat naik ke laman YouTube pada 12 Julai yang lepas, ramai peminat melihat 6ixth Sense semakin matang dalam menghasilkan lagu-lagu kerohanian.

Video: MV Bukan Milik Kita, 6ixth Sense Menyentuh Hati

Video: MV Bukan Milik Kita, 6ixth Sense Menyentuh Hati

Secara umumnya, MV Bukan Milik Kita menceritakan tentang kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T dan 6ixth Sense cuba menerapkan nilai keikhlasan dalam menerima takdir kematian yang telah tertulis.

Jika dihayati betul-betul, MV ini memang cukup menyentuh hati dan sedikit sebanyak berjaya membuatkan bulu roma penonton meremang.

Video: MV Bukan Milik Kita, 6ixth Sense Menyentuh Hati

Bagi yang belum pernah menonton MV Bukan Milik Kita, di bawah ini OHBULAN! ada sertakan hasil karya Adi dan anggota 6ixth Sense yang lain untuk penghayatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan