Nuffnang

Ahad, 10 November 2013

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Bersyukur Jika Berpeluang Jadi Hos &#39;Melodi&#39; | My <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 05:02 AM PST

Pelakon Amyza Aznan berkata dia amat bersyukur jika diberi peluang mengemudi rancangan Melodi kerana kerjaya itu juga mampu mengasah bakatnya sebagai seorang pengacara.
Amyza, 37, berkata, Melodi merupakan sebuah rancangan yang mempunyai ramai peminat dan peluang menjadi hos tentunya dinanti-nantikan oleh semua orang.

"Siapa yang tidak mahu menjadi pengacara Melodi? Ia adalah sebuah rancangan yang popular selain mempunyai ramai pengikut dan sekiranya saya diberi peluang untuk bergelar hos ia adalah peluang yang sangat baik," katanya kepada mStar Online.

Amyza berkata demikian ketika diminta mengulas kehadirannya bersama pelakon Rozita Che Wan di TV3 untuk menjalani uji bakat rancangan hiburan itu.

Dalam pada itu Amyza berkata, kehadirannya dengan bukan bermakna mereka bakal menggantikan Zizan Razak dan Awal Ashaari sebaliknya ia adalah sekadar memenuhi permintaan pihak penerbitan rancangan hiburan tersebut.

"Saya dan Che Ta (Rozita) sekadar pergi uji bakat dan pihak produksi tidak mengatakan sama ada kami akan menggantikan Awal dan juga Zizan. Ia sekadar uji bakat sahaja," katanya.

Sementara itu, Amyza berkata, dia akan bergandingan dengan Awal menerusi program itu pada 24 November ini bagi menggantikan Zizan.

"Sebelum ini pihak penerbit telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program itu semasa Jom Heboh di Sarawak. Mungkin atas kepercayaan itu mereka memanggil saya untuk menggantikan Zizan pula kali ini.

"Walaupun saya hanya muncul untuk satu episod tetapi saya menganggap ia satu peluang besar kerana mereka percayakan kredibiliti saya," katanya.

-mStar

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Nov 2013 08:10 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Oct 2013 09:23 AM PDT


Pena Hiburan: <b>Amyza Aznan</b> Pakai Seluar Anak?

Posted: 20 Oct 2013 03:29 AM PDT

 Benarkah Amyza Aznan pakai seluar anak? hahah macam lawak jer kan? Kesiannya.. memanjang artis Malaysia terbeli pakaian tak cukup kain. Gambar ni diambil semasa rehearsal Kintang Kintung bersama team bintang mencari bintang yang dikongsikan oleh Amyza sendiri di akaun Instagram miliknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan