Nuffnang

Rabu, 27 November 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Teringin Lakonkan Watak Perempuan

Posted: 09 Oct 2013 05:00 PM PDT

Faizal Hussein Teringin Lakonkan Watak Perempuan | Walaupun usianya kini menginjak 46 tahun, Faizal Hussein masih mampu untuk menggalas watak utama dalam filem dan drama. Jelas Faizal, perjuangannya dalam bidang seni ini adalah untuk menyakinkan penonton bahawa pelakon senior masih mampu menjadi 'hero'.
"Perjuangan saya sebenarnya nak buat penonton percaya pada 'hero' senior. Cara persembahan kita yang kena berbeza. Karyawan kena bijak menggunakan 'camera trick' dan sebagainya. Jika karyawan bijak, seorang pelakon veteran pun boleh nampak hebat dalam panggung," ujar Faizal ketika ditemui di majlis pra tonton filem Longkai pada Isnin.

Faizal yang tidak berminat untuk beralih ke bidang penerbitan menjelaskan, dia mahu terus menjadi seorang pelakon kerana dia percaya pelakon yang berjaya adalah pelakon yang hanya berlakon.

"Saya elakkan utk tambah cabang bidang. Bagi saya, artis yang mula menerbit itu sebenarnya bimbang dia tak akan bertahan lama. Saya tak mahu jadi 'master of none'. Apa guna terbit filem kalau kita sendiri berlakon jadi hero. Lebih baik tak pernah 'produce' tapi umur 46 tahun orang masih percaya untuk ambil jadi hero," jelas Faizal yang memegang watak utama untuk filem terbaru terbitan MIG itu.

Sejak memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM25, Faizal Hussein akui rezekinya semakin murah dan dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon terutama bagi watak-watak yang diidamkannya.

Menurut Faizal lagi, selepas memegang watak Ilham dalam Bunohan, dia lebih memilih untuk membawa watak yang sukar. Kongsinya, dia teringin melakonkan watak seorang perempuan.

"Saya mahu membawa watak perempuan sebab saya rasa saya kurus. Kalau disolek jadi perempuan, mesti lawa. Teringin nak tengok bagaimana rupa saya jika saya seorang perempuan. Hanya dalam lakonan saja kita dapat lihat," katanya sambil berseloroh.

Walaupun sebelum ini dia pernah ditawarkan membawa watak seorang wanita sebagai pelakon pembantu, namun Faizal mahu menyimpan watak tersebut untuk dijadikan watak utama.

"Saya sudah mendapat tawaran daripada Astro. Mereka sendiri yang meminta saya untuk melakonkan watak wanita tersebut. Ia berkisar tentang seorang penari Hadrah di mana siang dia merupakan seorang lelaki lembut, malam pula dia menari sebagai seorang wanita," kongsi Faizal yang turut menjelaskan bahawa penggambaran telemovie tersebut hanya akan dijalankan pada bulan April tahun depan.

Artikel Menarik

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Faizal_Hussein_Mahu_Watak_Perempuan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan