Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini.
Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise.
Menurut Suki, pasangannya Jeremy mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan mereka saling memahami antara satu sama lain.
"Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya."
"Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," komen Suki mengenai teman lelaki.
Dalam pada itu, Suki akui masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu dan penyanyi ini memerlukan masa untuk menstabilkan kewangan serta kehidupan berkeluarga yang bakal dibina tidak lamam lagi.
"Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu."
Sumber : Kosmo Online!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan