Nuffnang

Isnin, 4 November 2013

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Tomok</b> Kagum Dengan Peserta Idola Kecil 6 - Gua <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 12:27 AM PDT

Penyanyi lagu 'Rindu Terhenti', Tomok menjelaskan dia kagum dengan bakat berkualiti peserta ujibakat Idola Kecil musim keenam yang bakal bersiaran di TV9.

"Walaupun mereka masih lagi dalam lingkungan umur kanak-kanak iaitu sembilan hingga 12 tahun, ada di antara mereka punyai bakat yang bagus. Saya pun sampai jadi kurang pasti di mana mereka mempelajari cara menyanyi dengan mantap. Sejujurnya, ada di antara mereka punya ciri-ciri seorang penyanyi yang baik," jelas Tomok yang bertindak sebagai juri sesi ujibakat Idola Kecil musim keenam di Kidzania, Damansara pada Ahad.

Tomok juga menyatakan ciri-ciri penting dinilai olehnya ketika proses ujibakat adalah keaslian yang ditonjolkan oleh peserta yang datang ke sesi ujibakat.

"Biarpun mereka masih kanak-kanak, tapi saya mencari keaslian dalam nyanyian yang mereka tonjolkan. Saya enggan peserta yang datang dengan meniru teknik dan nada penyanyi sedia ada di Malaysia. Proses pemilihan juga agak ketat kerana selepas diuji diperingkat pertama, mereka perlu ke peringkat kedua untuk dinilai sekali lagi," tutur Tomok lagi.

Tomok juga berharap peserta-peserta yang bakal dipilih untuk musim terbaru ini dapat memberi cabaran kepada peserta-peserta musim-musim sebelumnya.

"Saya harap peserta-peserta yang bakal lahir menerusi musim terbaru ini dapat menonjolkan kualiti sebagai penyanyi walaupun mereka masih kanak-kanak lagi. Diharap juga agar peserta-peserta musim keenam ini dapat memberi saingan kepada peserta-peserta musim terdahulu," ujar Tomok lagi.

Saat ditanya mengenai buah tangan terbaru, Tomok memberitahu dia kini dalam proses untuk menyiapkan albumnya bersama kumpulan Manifesto. Album solonya pula akan diusahakan pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan