Nuffnang

Rabu, 25 Disember 2013

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Belum Yakin Jadi Pengarah | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 06 Dec 2013 06:29 PM PST

PETALING JAYA – Pelakon Aqasha menjelaskan dia masih belum bersedia untuk bergelar seorang pengarah drama walaupun memiliki syarikat produksi yang diusahakan bersama Sein, anggota kumpulan Ruffedge.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, berkata, dia masih belum yakin untuk duduk di kerusi pengarah kerana pengalaman dalam bidang tersebut masih kurang.

"Saya memang ingin bergelar pengarah tetapi masih belum tiba masanya kerana pengalaman masih belum cukup.

"Bagaimanapun saya sedang berusaha ke arah tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aqasha, faktor dia masih belum puas berlakon turut menyumbang kepada keputusannya itu.

Jelas Aqasha, masih banyak perkara yang belum dikecapnya sebagai pelakon.

"Ada beberapa peranan yang saya idamkan masih belum terlaksana seperti genre 'sci-fi,' aksi, fantasi, pre-sejarah dan romantik komedi. Jika semua sudah lengkap mungkin baharu saya berani untuk mengarah," katanya.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk kembali aktif berlakon kerana sibuk menguruskan syarikat produksinya, Camwork Studios.

Dalam pada itu, Aqasha kini sedang sibuk menyiapkan filem pertama syarikatnya yang berjudul Bangunan.

Jelasnya, filem berbentuk dokumentari itu tidak melibatkan sebarang pelakon sebaliknya menggunakan bangunan sebagai subjek utama.

"Tidak ramai yang ingin membuat filem dokumentari dan kami mengambil risiko ini kerana ingin memberi kelainan pada pilihan filem sedia ada.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan pada tahun hadapan," katanya yang memberitahu filem tersebut diarahkan oleh Sein dan Khir Rahman.

Sementara itu, Aqasha juga turut menumpukan kepada kerja-kerja belakang tadbir drama dan muzik. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

var addthis_config = {"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false,"ui_atversion":"300"}; var addthis_product = 'wpp';

<b>Aqasha</b> belum bersedia bergelar pengarah - Tupai - Ada Hiburan <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2013 01:30 AM PST


Pelakon dan penyanyi kacak, Aqasha berkata, beliau masih belum bersedia untuk duduk di kerusi pengarah kerana menyedari banyak cabaran yang perlu digalas untuk berada di kerusi itu.

Menurut Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, beliau belum puas berlakon dan masih banyak watak yang ingin diterokainya.

"Buat masa ni, saya hanya mahu tumpu pada lakonan sahaja kerana saya masih belum puas berlakon lagi. Masih banyak watak yang ingin saya cuba dan jayakan, serta banyak lagi genre filem yang ingin saya berlakon," ujar Aqasha yang ditemui pada majlis pratonton filem "Papadom 2" di Cathay ECurve, semalam.

Dalam pada itu, Aqasha kini juga sibuk dengan syarikat produksi filemnya CamWork Sdn Bhd bersama Sein dan Zain yang ditubuhkan sejak bulan Mac tahun lalu.

"Syarikat kami menyediakan khidmat produksi filem, televisyen, dokumentari dan video korporat pada mulanya dan kini semakin berkembang untuk menyediakan kemudahan pascaproduksi."

Pada masa sama, Aqasha turut memberitahu syarikat produksinya bakal menghasilkan beberapa buah filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan