PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru dalam kerjayanya yang sudah mencecah 13 tahun.
"Rindu ingin menyanyi itu sentiasa ada malah saya bermula dalam bidang seni sebagai penyanyi tetapi rasanya saya mahu memberi fokus lain terlebih dahulu.
"Penerbitan album untuk artis lain adalah yang ingin saya lakukan buat masa ini dan mungkin selepas itu baru saya akan muncul dengan produk sendiri," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, sebagai seorang artis yang sudah matang dalam industri hiburan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia melakukan anjakan dalam kariernya.
Jelas Aqasha, banyak aspek lain dalam bidang seni yang masih belum dipelopori dan dia tidak mahu berada di tahap lama sahaja.
"Saya sudah berada di hadapan kamera selama 13 tahun dan sudah puas membawa pelbagai watak. Sudah tiba masanya saya melakukan perkara lain pula dalam kerjaya saya," katanya yang pernah popular menerusi lagu Embun dan Cahaya Hati.
Dalam perkembangan sama, Aqasha dan rakan kongsinya iaitu Sein serta Zain daripada kumpulan Ruffedge sedang merangka pelbagai projek bagi membangunkan syarikat produksi yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.
Selain terlibat dalam projek penerbitan video korporat, pasca penerbitan dan filem mereka juga akan menerbitkan album dan lagu untuk artis yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
"Sein dan Zain sendiri terlibat secara langsung dalam bidang muzik dan akan menggunakan pengalaman yang kami ada untuk projek yang sedang dirancang," katanya.
Malah kata Aqasha mereka juga akan menerbitkan filem pertama di bawah syarikat produksi itu September depan. – mStar Online
PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru...

PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru dalam kerjayanya yang sudah mencecah 13 tahun.

"Rindu ingin menyanyi itu sentiasa ada malah saya bermula dalam bidang seni sebagai penyanyi tetapi rasanya saya mahu memberi fokus lain terlebih dahulu.

"Penerbitan album untuk artis lain adalah yang ingin saya lakukan buat masa ini dan mungkin selepas itu baru saya akan muncul dengan produk sendiri," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, sebagai seorang artis yang sudah matang dalam industri hiburan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia melakukan anjakan dalam kariernya.

Jelas Aqasha, banyak aspek lain dalam bidang seni yang masih belum dipelopori dan dia tidak mahu berada di tahap lama sahaja.

"Saya sudah berada di hadapan kamera selama 13 tahun dan sudah puas membawa pelbagai watak. Sudah tiba masanya saya melakukan perkara lain pula dalam kerjaya saya," katanya yang pernah popular menerusi lagu Embun dan Cahaya Hati.

Dalam perkembangan sama, Aqasha dan rakan kongsinya iaitu Sein serta Zain daripada kumpulan Ruffedge sedang merangka pelbagai projek bagi membangunkan syarikat produksi yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Selain terlibat dalam projek penerbitan video korporat, pasca penerbitan dan filem mereka juga akan menerbitkan album dan lagu untuk artis yang ingin mendapatkan khidmat mereka.

"Sein dan Zain sendiri terlibat secara langsung dalam bidang muzik dan akan menggunakan pengalaman yang kami ada untuk projek yang sedang dirancang," katanya.

Malah kata Aqasha mereka juga akan menerbitkan filem pertama di bawah syarikat produksi itu September depan. - mStar Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan