Nuffnang

Isnin, 23 Disember 2013

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Anak <b>Diana Danielle</b> Lebih Mirip Farid Kamil? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 04:00 PM PST

Anak Diana Danielle Lebih Mirip Farid Kamil?

Seperti yang peminat-peminat di luar sana ketahui, pasangan selebriti ini memang amat sukar untuk berkongsi wajah anak sulung mereka di laman sosial mahupun media cetak. Malah nama sebenarnya juga masih belum diumumkan.

Khabarnya Farid dan Diana terikat dengan perjanjian bersama sebuah stesen televisyen swasta yang berhasrat untuk menyiarkan majlis akikah si kecil itu nanti secara eksklusif.

Namun pada hari Sabtu lepas, Farid telah memuat naik foto mereka sekeluarga dan menyerlahkan wajah bayi yang dikenali sebagai Muhammad itu dengan jelas.

Anak Diana Danielle Lebih Mirip Farid Kamil?

Walapun peminat pernah didedahkan dengan wajah anaknya itu di awal kelahiran, tetapi perkongsian kali ini lebih bermakna kerana kecomelannya semakin terserlah.

Ramai pengikut Farid di laman Instagram melahirkan rasa gembira dan teruja untuk melihat lebih banyak foto wajah anaknya itu di masa akan datang.

Anak Diana Danielle Lebih Mirip Farid Kamil?

Apa yang pasti, wajah Muhammad lebih mirip bapanya terutama di bahagian mata. Perkara itu turut diakui oleh peminat-peminat Farid sewaktu mereka meninggalkan komen pada foto tersebut.

Tetapi jika diamati, ada juga iras seakan anak mat salleh pada wajah Muhammad, barangkali genetik Diana masih kuat mengalir dalam darah Muhammad.

Mungkinkah selepas ini Farid dan Diana akan bersikap lebih terbuka dalam hal anaknya? Apapun sama-samalah kita menantikan tayangan majlis akikah seperti yang digembar-gemburkan oleh Farid sebelum ini.

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan