Izreen Azminda - Google Blog Search |
<b>Izreen Azminda</b> Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan <b>...</b> Posted: 29 Dec 2013 06:34 PM PST Semakin banyak isu yang tidak elok kini ditimbulkan oleh pelakon Johan As'ari terutamanya soal percintaan. Baru-baru ini Johan dikecam hebat kerana tindakannya memutuskan perhubungan dengan Lana setelah melamar wanita itu sebagai isteri. Tindakan Johan mengundang tidak puas hati ramai pihak. Sehubungan dengan itu ramai yang mengelarkan Johan sebagai "Playboy" kerana banyak mempermainkan perasaan ramai wanita yang pernah dikaitkannya. Lana bukanlah wanita pertama yang diperlakukan Johan sebegitu tetapi beberapa lagi wanita cantik iaitu Fasha Sandha, Nabila Huda, dan Shila Amzah termasuklah pelakon Izreen Azminda.. Oleh itu, sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman pahit ketika bersama Johan, Izreen diminta mengulas tentang tindakan Johan terhadap Lana. Izreen memberi nasihat kepada Johan agar berhenti daripada mempermainkan perasaan wanita. Menurut Izreen, Johan sepatutnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
Sementara itu, biarpun pernah melalui perkara yang sama ketika bersama Johan satu ketika dahulu, Izreen berkata dia sudahpun melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja. OHMEDIA: KAMI JUGA HARAP JOHAN BERHENTI MAINKAN PERASAAN WANITA. JADI LELAKI MATANG, BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan