Nuffnang

Khamis, 30 Januari 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - RotiKaya

Posted: 27 Jan 2014 04:59 AM PST

Heroin filem Sejoli, Maya Karin yang ditemui selepas majlis tayangan bersama pelajar UiTM Shah Alam meluahkan rasa kecewanya selepas filemnya yang sudah tamat menjalani penggambaran sejak 2 tahun yang lepas masih tidak ditayangkan sehingga ke hari ini.

Jelasnya filem-filem lakonannya seperti Lagenda Budak Setan 3, Juanita dan lain-lain lagi tidak boleh disimpan terlalu lama kerana baginya selera peminat berubah-ubah.

"Saya sedikit kecewa apabila filem-filem lakonan saya disimpan terlalu lama & kita semua sedar bahawa trend bertukar dengan cepat. Contohnya seperti telefon bimbit yang digunakan dalam filem-filem tersebut seperti Nokia dan sekarang semuanya orang sudah bertukar menggunakan smartphone yang lebih canggih dan terkini," jelasnya.

Ini juga memberi kesan kepada dirinya apabila tahun ini dia tidak dicalonkan dalam mana-mana anugerah berprestij tanah air seperti Anugerah Bintang Popular BH & Anugerah Skrin.

"Tahun ini saya tak dapat bertanding dalam ABPBH secara automatiknya kerana tiada sebarang produk pada tahun lepas dan saya berharap pada tahun ini filem-filem saya akan menemui peminat dan berharap filem Sejoli ini dapat mengubati rindu peminat," ujarnya.

Akui Diri Sudah Punya Teman Istimewa

Sementara itu mengenai kehidupan peribadinya, Maya Karin menjelaskan bahawa kini dia lebih bahagia dan gembira kerana sudah 6 bulan dia berpacaran dengan seseorang jejaka yang katanya bukanlah orang di kalangan industri.

"Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan dan mengenali. Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya saya akan menceritakan kesemuanya," ujarnya.

Maya turut memberitahu bahawa sebelum ini dia banyak digosipkan dengan beberapa artis lelaki terkenal dan antaranya ialah Remy Ishak. Walaubagaimana pun gossip tersebut tidak sesekali membuatkan kekasih barunya itu cemburu sebaliknya kekasihnya itu tergelak sahaja.

"Dia hanya tergelak apabila mendengar gosip-gosip begitu. Apa yang penting dia faham dengan kerjaya saya & tak kisah apabila saya digosipkan," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Gambar Ihsan: Warner Music Malaysia


<b>Maya Karin</b> dedah gambar wajah kekasih baru | CERITA KOSONGKU

Posted: 27 Jan 2014 02:37 PM PST


Maya Karin dedah gambar wajah kekasih baru - Jarang sekali kita dengar kontroversi yang mengaitkan nama Maya Karin. Kalau ada pun, ianya tidak terlalu diperbesarkan peminat dan terus dilupakan begitu sahaja kerana pelakon filem Ombak Rindu itu lebih suka berdiam diri dan tidak melayan karenah mereka.

Bercakap tentang teman pengganti, Maya Karin baru-baru ini telah mendedahkan sekeping gambar yang tertera wajah kekasih barunya. Lelaki bertuah itu memang kacak dan segak orangnya.

Menurut aktres berusia 34 tahun itu, kekasih hatinya bukan dari kalangan industri hiburan dan mereka sudah bercinta sejak enam bulan lalu. Setakat ini, Maya karin mengakui bahagia dan gembira dengan kehadiran jejaka itu.

"Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan dan mengenali."

"Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya saya akan menceritakan kesemuanya."

Bagaimanapun, Maya menolak untuk mendedahkan identiti lelaki yang berjaya membuka hatinya kembali untuk bercinta kerana takut disalahtafsir orang tidak bertanggungjawab dan berniat menjatuhkan maruahnya.

Mari skodeng sekeping gambar wajah kekasih baru Maya Karin di bawah. Kacak tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan