Neelofa - Google Blog Search |
Foto : <b>Neelofa</b> Menghitung Hari | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 23 Jan 2014 08:30 PM PST Pejam celik, pejam celik tinggal seminggu sahaja lagi pengajian Neelofa di New York Film Academy akan berakhir. Walaupun pada mulanya Neelofa takut untuk tinggal di sana selama sebulan berseorangan, namun selebriti jelita itu dilihat seakan sedih untuk pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Barangkali Neelofa berat hati untuk meninggalkan pengalaman manis yang dihadapinya sepanjang bergelar pelajar meskipun dalam masa yang singkat. Apa yang pasti, Neelofa benar-benar menikmati masa yang ada dengan menghadiri kelas dan berhibur bersama rakan-rakannya setiap kali mempunyai waktu terluang. Malah anak kelahiran Kelantan ini juga langsung tidak melupakan peminatnya dengan berkongsi foto-foto sepanjang menjalani kehidupan di Amerika Syarikat. Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Neelofa sempat melawat beberapa tempat menarik sambil belajar antaranya Universal Studios European Backlot yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Pirates of the Caribbean dan juga lokasi drama Desperate Housewives di Wisteria Lane. Dalam masa yang sama, para peminat mengharapkan Neelofa akan kembali mengacarakan rancangan Meletop sebaik dia menamatkan pengajian. Bagaimanapun seperti yang umum ketahui, terdapat pelbagai respon yang diterima sebelum ini, ada yang mengalu-alukannya kembali ke set Meletop, tidak kurang juga yang ingin kekosongannya diganti oleh pengacara lain. Apa pula kata anda? Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Neelofa sepanjang berada di luar negara menerusi foto dan video di bawah. Kredit foto : Instagram Neelofa |
You are subscribed to email updates from Neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan