Nur Fazura - Google Blog Search |
<b>Nur Fazura</b> Ke Amerika Syarikat Jumpa Randy - Gua.com.my Posted: 16 Jan 2014 10:37 AM PST Pelakon popular, Fazura baru sahaja pulang daripada bercuti di Amerika Syarikat. Menerusi akaun Instagram pelakon cantik ini, dia ada memuat naik fotonya bersama seorang DJ popular di Los Angeles bernama Randy Seidman ketika sedang bercuti di sana. Kini, ramai peminat beranggapan Randy merupakan teman lelaki Fazura. "Kami sudah berkenalan hampir setahun. Kami saling mengkagumi antara satu sama lain, tapi itu tidak bermaksud saya dan Randy menjalinkan hubungan cinta. Kami hanya berkawan rapat sahaja. Saya mengambil gambar bersamanya dan orang anggap kami bercinta, tapi perkara itu tidak benar sama sekali," tutur gadis kelahiran Pahang ini. "Ada yang berkata saya ke sana kerana ingin berjumpa dengan Randy. Itu juga tidak benar kerana sebelum saya mengenali dia lagi, saya sudah memasang impian untuk bercuti ke sana kerana sebelum ini saya sudah pernah bercuti ke negara-negara di benua Eropah. Randy memang rapat dengan saya dan juga rakan-rakan saya yang lain seperti pelakon Sara Ali," ujar Fazura lagi. Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonan Fazura, 'Kami Histeria' bakal menjengah pawagam di seluruh Malaysia pada 8 Februari ini. Menerusi filem tersebut, Fazura membawakan watak langsuir bernama Cik Lang. Watak tersebut menuntut Fazura untuk bertutur dalam loghat utara. "Saya mengambil masa selama dua hari untuk belajar bertutur dalam loghat Utara. Saya juga di kelilingi oleh mereka yang berasal dari Utara dan itu memudahkan proses pembelajaran. Saya rasakan watak Cik Lang merupakan watak yang berbeza untuk saya. Malah, ia juga tidak pernah ditampilkan dalam mana-mana filem kerana Cik Lang merupakan hantu yang bersikap 'happy'," ujar Fazura teruja. Sementara itu, Fazura juga sempat menceritakan pengalaman seramnya sewaktu menjalani penggambaran filem yang menggandingkan dirinya bersama Diana Danielle, Mila Jirin, Sara Ali dan Nad Zainal ini. "Sewaktu sedang menjalani penggambaran di dalam hutan untuk salah satu babak, saya harus mengilai. Apabila saya mengilai, ada suara 'lain' yang turut mengilai bersama-sama saya. Namun begitu, syukur Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang gangguan," tutur Fazura mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Nur Fazura - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan