Nuffnang

Jumaat, 3 Januari 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Maya Karin, <b>Remy Ishak</b> &#39;Kembali&#39; Bercinta? | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 09 Dec 2013 09:08 PM PST

Artis jelita kacukan Jerman, Maya Karin pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Remy Ishak satu waktu dulu.

Tapi gosip cuma tinggal gosip apabila mereka akhirnya dilihat semakin renggang dan sejak itu, kisah mereka terhenti seketika.

Tup-tup, keluar pula gambar Maya menunggang motosikal bersama Remy Ishak hari ini. Baik Remy mahu pun Maya, mereka memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram masing-masing.

Bersama gambar tersebut, Remy sempat mengusik Maya apabila menulis, 'Setakat 120km/h, baik naik basikal Maya'.

Maya kemudiannya dilihat menjawab usikan Remy di bahagian komen.

Pengikut Instagram masing-masing yang mungkin tidak menyangka dua artis ini masih rapat seperti dahulu dilihat mula meninggalkan komen meraikan hubungan antara mereka.

Sejauh mana perhubungan mereka pergi, hanya masa dapat membuktikan. Yang penting tak salah untuk mereka berdua rapat memandangkan kedua-duanya sedang solo sekarang.

remy

bahaya

Dalam pada itu, Maya baru-baru ini turut digosipkan bercinta dengan penyanyi popular Switzerland, Bastian Baker.

Gosip Maya dan Bastian keluar apabila Maya dijemput menjadi tetamu istimewa dalam program Bastian Baker di Switzerland di mana mereka menyanyi bersama-sama termasuk lagu Maya, Bintang Syurga.

Tak apalah, kita tunggu sajalah siapa pilihan hati Maya untuk dijadikan suami satu hari nanti, Mat Salleh atau orang Melayu? – REM RAMZI

Anda mungkin juga meminati:

var addthis_config = {"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false,"ui_atversion":"300"}; var addthis_product = 'wpp';

Tiada ulasan:

Catat Ulasan