Ezany Nizariff - Google Blog Search |
Pelakon <b>Ezany Nizariff</b> Ugut Bunuh Guru Dilaman Sosial | melvister <b>...</b> Posted: 04 Feb 2014 05:44 PM PST Pelakon Ezany Nizariff ugut bunuh seorang guru dilaman sosial. Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya. Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri. Ezany Nizariff Hantar Mesej Ugutan Bunuh Dilaman Sosial |
Kenapa <b>Ezany Nizariff</b> Ugut Bunuh Guru? | MyArtis - Mynewshub.my Posted: 04 Feb 2014 10:18 PM PST HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya? Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: 'WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan'. "Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya. "Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan," ujarnya. Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin. Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today. Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang. Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi: Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya. Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah. Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu… Oleh: ELZA Anda mungkin juga meminati: |
You are subscribed to email updates from Ezany Nizariff - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan