Nuffnang

Rabu, 19 Februari 2014

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Shafimie Bakal Pengganti <b>Shaheizy Sam</b>? - myNewshub

Posted: 16 Feb 2014 02:49 AM PST


SEAWAL usia enam tahun, Shafimie Saedon atau Fimie memulakan kembara sebagai anak seni. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, Fimie menunjukkan keupayaan membawa pelbagai watak.

Menerusi siri Hikayat Putera Shazlan, namanya mula menjadi sebutan. Dia antara pelakon kanak-kanak yang mencuri perhatian pengarah mahupun produser. Malah, lakonannya turut disukai golongan dewasa.

Selepas persembahan berkesan yang meninggalkan impak kepada penonton, Fimie sekali lagi membuktikan kemampuannya menerusi filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) dan 8 Jam dengan membawa karakter zaman kanak-kanak watak utama lakonan Shaheizy Sam.

Penyokong yang baru saja mengenali Fimie selepas menonton filem berkenaan kagum dengan kebijaksanaannya mengolah karakter dihidupkan. Begitu juga mereka yang mengikuti perkembangan Fimie sejak awal pembabitannya.

Ramai mengandaikan satu hari nanti Fimie akan berjaya seperti Sam.

Malah, ada yang berkata apabila Sam bersara dari pentas lakonan, Fimie adalah pelapis yang akan menggantikan tempatnya.

Pelajar tingkatan empat ini bagaimanapun menolak andaian itu. Matang mengatur bicara, Fimie berterima kasih kepada pihak yang menyamakan dirinya dengan Sam.

"Kalau orang cakap saya boleh gantikan Sam, terima kasih. Semua orang tahu lakonan hebat Sam, memang tidak boleh dipertikai lagi. Namun, saya berlakon bukan untuk menggantikan sesiapa.

"Walaupun dia bersara, tidak ada sesiapa pun yang dapat menggantikannya. Hanya ada satu Sam," kata Fimie.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini bersyukur kerana sepanjang pembabitan dalam arena seni, hampir semua watak pernah dibawa, termasuk cacat, psiko, jahat dan lelaki lembut.

Masih dalam proses belajar, Fimir tidak menolak jika ditawarkan watak sama.

Ini kerana dia memerlukan pengalaman bagi merealisasikan impian bergelar pengarah filem satu hari nanti.

"Saya ceburi bidang ini atas dasar minat, bukan kerana pulangan lumayan. Disebabkan itu saya tidak kesah jika dapat watak sama.

"Bagi saya, setiap kerja memberi pengalaman berbeza. Lakonan adalah jiwa saya. Puas rasanya apabila berjaya bawa watak diberi," katanya.

Selebriti remaja lain mungkin meletakkan kerjaya seni sebagai hobi atau pekerjaan sampingan, tetapi tidak bagi Fimie.

Selagi diperlukan, Fimie akan terus berlakon, malah dia berhasrat menubuhkan syarikat produksi dan studio rakaman pada masa depan.

Dengan cara itu, dia masih boleh menyumbang di belakang tabir andai tidak lagi beraksi di depan kamera.

Bakatnya tidak hanya terbatas sebagai pelakon, malah Fimie juga mempunyai suara merdu dan petah bercakap.

Tidak hairan jika lagu Untuk Mama & Papa tersenarai dalam pencalonan awal Muzik Muzik ke-25.

Dalam bidang pengacaraan, Fimie satu-satunya kanak-kanak diberi kepercayaan oleh TV9 untuk menjadi seorang daripada hos program Nasi Lemak Kopi O.

"Walaupun berlakon jadi keutamaan, saya ingin mencipta nama sebagai pengacara dan penyanyi. Seni itu luas, tidak ada salahnya kita cuba.

"Dari situ kita dapat tahu sejauh mana kemampuan kita," katanya yang akan memperlahankan aktiviti seni tahun depan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Harian Metro

Anda mungkin juga meminati:

Shafimie Bakal Pengganti Shaheizy Sam?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/fimie.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/fimie-150x150.jpgAuthor MNH myArtisTerkini,,

SEAWAL usia enam tahun, Shafimie Saedon atau Fimie memulakan kembara sebagai anak seni. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, Fimie menunjukkan keupayaan membawa pelbagai watak. Menerusi siri Hikayat Putera Shazlan, namanya mula menjadi sebutan. Dia antara pelakon kanak-kanak yang mencuri perhatian pengarah mahupun produser. Malah, lakonannya turut disukai golongan dewasa. Selepas persembahan...

SEAWAL usia enam tahun, Shafimie Saedon atau Fimie memulakan kembara sebagai anak seni. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, Fimie menunjukkan keupayaan membawa pelbagai watak. Menerusi siri Hikayat Putera Shazlan, namanya mula menjadi sebutan. Dia antara pelakon kanak-kanak yang mencuri perhatian pengarah mahupun produser. Malah, lakonannya turut disukai golongan dewasa. Selepas persembahan berkesan yang meninggalkan impak kepada penonton, Fimie sekali lagi membuktikan kemampuannya menerusi filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) dan 8 Jam dengan membawa karakter zaman kanak-kanak watak utama lakonan Shaheizy Sam. Penyokong yang baru saja mengenali Fimie selepas menonton filem berkenaan kagum dengan kebijaksanaannya mengolah karakter dihidupkan. Begitu juga mereka yang mengikuti perkembangan Fimie sejak awal pembabitannya. Ramai mengandaikan satu hari nanti Fimie akan berjaya seperti Sam. Malah, ada yang berkata apabila Sam bersara dari pentas lakonan, Fimie adalah pelapis yang akan menggantikan tempatnya. Pelajar tingkatan empat ini bagaimanapun menolak andaian itu. Matang mengatur bicara, Fimie berterima kasih kepada pihak yang menyamakan dirinya dengan Sam. "Kalau orang cakap saya boleh gantikan Sam, terima kasih. Semua orang tahu lakonan hebat Sam, memang tidak boleh dipertikai lagi. Namun, saya berlakon bukan untuk menggantikan sesiapa. "Walaupun dia bersara, tidak ada sesiapa pun yang dapat menggantikannya. Hanya ada satu Sam," kata Fimie. Anak bongsu daripada tiga beradik ini bersyukur kerana sepanjang pembabitan dalam arena seni, hampir semua watak pernah dibawa, termasuk cacat, psiko, jahat dan lelaki lembut. Masih dalam proses belajar, Fimir tidak menolak jika ditawarkan watak sama. Ini kerana dia memerlukan pengalaman bagi merealisasikan impian bergelar pengarah filem satu hari nanti. "Saya ceburi bidang ini atas dasar minat, bukan kerana pulangan lumayan. Disebabkan itu saya tidak kesah jika dapat watak sama. "Bagi saya, setiap kerja memberi pengalaman berbeza. Lakonan adalah jiwa saya. Puas rasanya apabila berjaya bawa watak diberi," katanya. Selebriti remaja lain mungkin meletakkan kerjaya seni sebagai hobi atau pekerjaan sampingan, tetapi tidak bagi Fimie. Selagi diperlukan, Fimie akan terus berlakon, malah dia berhasrat menubuhkan syarikat produksi dan studio rakaman pada masa depan. Dengan cara itu, dia masih boleh menyumbang di belakang tabir andai tidak lagi beraksi di depan kamera. Bakatnya tidak hanya terbatas sebagai pelakon, malah Fimie juga mempunyai suara merdu dan petah bercakap. Tidak hairan jika lagu Untuk Mama & Papa tersenarai dalam pencalonan awal Muzik Muzik ke-25. Dalam bidang pengacaraan, Fimie satu-satunya kanak-kanak diberi kepercayaan oleh TV9 untuk menjadi seorang daripada hos program Nasi Lemak Kopi O. "Walaupun berlakon jadi keutamaan, saya ingin mencipta nama sebagai pengacara dan penyanyi. Seni itu luas, tidak ada salahnya kita cuba. "Dari situ kita dapat tahu sejauh mana kemampuan kita," katanya yang akan memperlahankan aktiviti seni tahun depan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). -<strong> Harian Metro</strong>