Nuffnang

Jumaat, 28 Mac 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Bersikap Profesional Dengan Umie Aida – Perak Today

Posted: 22 Mar 2013 10:24 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Aqasha berkata dia perlu bersikap profesional apabila pengarah drama Erma Fatima mahu menggandingkannya dengan Datin Umie Aida dalam drama terbaharu berjudul Aku Tahu.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, menjelaskan, dia langsung tidak berasa kekok digandingkan dengan Umie di set penggambaran kerana dia sudah maklum terhadap tanggungjawab yang diberikan.

"Saya dan Umie sentiasa bersikap profesional ketika berada di set penggambaran dan kami langsung tiada masalah bergandingan bersama.

"Tambahan pula beliau adalah antara pelakon yang saya kagumi," jelasnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aqasha dan Umie pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta semasa zaman bujang sewaktu bergandingan dalam filem Embun pada tahun 2002.

Dalam pada itu, Aqasha berkata, dia kini lebih memilih watak yang ditawarkan kerana ingin menjaga hati isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 30.

Jelas Aqasha, sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata, dia berasakan sudah tiba masanya untuk mengelak daripada mengambil terlalu kerap watak-watak lelaki romantik demi mengelakkan salah faham di antaranya dengan isteri.

"Saya ingin menjadi seorang suami yang bertimbang rasa terhadap isteri kerana tidak mahu salah faham timbul walaupun dia tidak pernah cakap apa-apa.

"Sebab itu saya ingin mengurangkan watak-watak lelaki romantik atau pun menjadi kekasih dalam sesebuah drama," ujarnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, selain lakonan, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada syarikat produksi bersama rakan kongsinya iaitu Sein dan Zain daripada kumpulan Ruffedge yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Selain menumpukan kepada penerbitan video korporat dan pasca penerbitan, mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dalam tahun ini.

"Insya-Allah jika tiada halangan kami akan memulakan projek filem itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan kini ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan