Diana Danielle - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Diana Danielle</b> Fobia Naiki Pesawat - Gua.com.my Posted: 26 Mar 2014 11:25 AM PDT Turut terkesan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370, Diana Danielle berkongsi yang dia pernah mengalami pengalaman pahit ketika dalam perjalanan ke United States beberapa tahun lalu. Walaupun hanya untuk 5 saat namun kerosakan di bahagian enjin pesawat tersebut meninggalkan kesan fobia yang mendalam pada Diana. "Saya memang sudah lama takut untuk menaiki kapal terbang terutama sekali ketika hendak terbang dan ketika mendarat. Namun saya menjadi semakin fobia apabila pernah mengalami pengalaman pahit ketika hendak ke US, Secara tiba-tiba kapal terbang tersebut seperti terhenti dan menjunam. Para penumpang hanya dimaklumkan mengenai hal tersebut ketika mendarat dan diarah untuk menukar kepada kapal terbang lain," ujar Diana ketika ditemui di majlis pelancaran saluran Dunia Sinema di Menara TM, di sini pada Rabu. Diana dalam masa yang mengucapkan takziah kepada keluarga dan mangsa pesawat MH370. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berita yang pesawat tersebut terhenti di lautan Hindi, namun Diana tetap mendoakan yang terbaik kerana semuanya adalah kuasa Tuhan. "Saya tidak berpuas hati dengan media-media barat yang ingin menjatuhkan Malaysia. Banyak media barat yang bersifat sedemikian dan memandang serong terhadap negara-negara Islam. Seperti kata Tun Mahathir, perkara ini belum pernah terjadi kepada mana-mana negara jadi kenapa ingin menuding jari kepada Malaysia," ujar Diana. Selain itu, Diana turut berkongsi yang dia semakin gembira dengan statusnya sebagai seorang ibu. Malah dia juga turut mengurangkan kerjaya seninya bagi memberikan fokus kepada anaknya, Muhammad yang masih menyusu badan. Tidak boleh berenggang lama dengan anaknya, Diana akan membawa anaknya ke lokasi penggambaran jika kerja tersebut melebihi 6 jam. Bagi Diana, pengorbanan ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh seorang ibu. Diana bakal menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang berkisar sejarah Sarawak. Dia bakal memegang peranan sebagai seorang gadis Iban dimana memerlukan Diana untuk belajar bahasa dan budaya Iban. "Saya belum boleh mendedahkan nama filem tersebut teatapi saya bakal menjalani penggambaran pada bulan Mei ini. Saya memegang peranan sebagai gadis Iban dan saya bernasib baik kerana jiran saya merupakan orang Iban yang mana dia banyak mengajar saya mendalami budaya serta bahasa tersebut," kata Diana. |
<b>diana danielle</b> kongsi detik cemas ketika enjin <b>...</b> - ammboi dot com Posted: 27 Mar 2014 04:15 PM PDT Kalau sebelum ini tiga selebriti Sherry Ibrahim, Danny X Factor dan Uqasha Senrose pernah berkongsi pengalaman detik cemas bertugas sebagai krew pesawat, kali ini Diana Danielle pula berkongsi pengalaman detik cemas sebagai penumpang pula. Menurut Diana, dia sangat terkesan dengan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana dia turut mengalami saat-saat mencemaskan ketika dalam penerbangan ke Amerika Syarikat tiga tahun lalu. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Menerusi laporan mStar, Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dalam kejadian itu, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat bagi membolehkan penumpang berpindah ke pesawat lain. "Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti. Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain," katanya. Tambahnya, masalah kerosakan enjin itu diberitahu selepas kapal terbang tersebut selamat mendarat bagi memindahkan penumpang ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat. Kata Diana, kejadian itu juga membuatkan dia fobia setiap kali terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk ke sesuatu destinasi. "Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja."Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," katanya. Dalam pada itu, Diana berkata, insiden MH370 sangat menyentuh perasaan, namun jauh di sudut hatinya masih berharap penumpang dan anak kapal itu selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan. Tambahnya, sejak insiden yang bermula pada 8 Mac lalu itu, dia antara individu yang tidak terkecuali mahu mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat berkenaan. "Sejak kejadian ini semua orang jadi pakar penerbangan termasuklah saya. Sedikit sebanyak saya belajar tentang penerbangan. Namun begitu, jika ingin berkongsi tentang sesuatu maklumat, kita perlu pastikan ia sahih dan tidak menimbulkan provokasi mana-mana pihak," katanya sambil mengecam tindakan media barat yang sering melaporkan berita negatif tentang Malaysia. p/s: Pernah alami detik cemas sikit jer (sikit sangat kot.. haha) semasa menaiki kapal terbang ni… Category: HIBURAN |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan