Nuffnang

Isnin, 21 April 2014

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Sekadar Cerita Kosongku ^-^: Punca suami penyanyi <b>Farawahida</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2014 02:30 PM PST


Punca suami penyanyi Farawahida terpaksa gosok baju sendiri - Hampir tiga bulan bergelar isteri yang sah kepada Abdul Shukur Mohd Zain, 30, kisah peribadi penyanyi Farawahida Razali, 29, terus menjadi perhatian media.

Terbaru, Farawahida sempat berkongsi cerita menarik tentang suaminya yang terpaksa menggosok baju kameja sendiri kerana takut hangus terbakar jika dilakukan pelantun lagu Jangan Tanya Aku Lagi itu.

"Sejak kecil lagi saya lebih senang memberikan tugas itu kepada ibu kerana risau jika pakaian tersebut hangus terbakar."

"Memandangkan suami tahu saya tidak pandai menggosok, dia tidak berani nak minta saya melakukan kerja itu dan baginya, lebih elok jika dia sendiri yang menggosok baju-baju kemejanya."

Selain itu, Abdul Shukur Mohd Zain juga dikatakan terlalu cermat kerana mahukan cara menggosok itu dilakukan mengikut garisan-garisan di baju.

"Saya memang malas nak gosok baju lebih-lebh lagi apabila melibatkan pakaian suami. Saya rasa kerja itu susah, tambah pula suami amat peka dengan garisan-garisan di baju."

Memang bertuah sungguh Farawahida dapat suami yang cermat dan sangat memahami. Apa kata kita layan dua keping gambar romantik pasangan ini ketika berbulan madu di Universal Studios, Amerika Syarikat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan