Nuffnang

Rabu, 2 April 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Tidak kecewa gagal serlah | Berita Malaysia

Posted: 30 Mar 2014 11:14 PM PDT

Mungkin ramai yang masih ingat Iqa pernah bergelar protege kepada Edry KRU pada Mentor 5. Bertitik tolak dari situ dia dilamar menyertai KRU Records dan tampil bersama kumpulan Velvet.

Mereka hadir dengan single pertama berjudul Luka. Bagaimanapun, entah apa silapnya lagu ini gagal menyerlahkan nama mereka dalam kalangan peminat.

"Kami baru tamat kontrak dengan KRU pada November tahun lalu. Selepas itu kami diam selama tiga bulan untuk mencari material sebelum tampil dengan single Jangan Pernah.

"Kami tak pernah kecewa kerana gagal dikenali peminat kerana KRU sudah buat yang terbaik. Cuma kami belum ada rezeki dalam industri seni. Apapun, kami akan terus bertekad untuk dikenali.


"Sebagai langkah pertama, kami sudah menghasilkan muzik video Jangan Pernah untuk publisiti menyeluruh. Ia akan mula dipertontonkan kepada peminat menerusi Youtube pada April ini," katanya.


Selaras dengan perubahan yang dibuat, Iqa juga ingin membuang gelaran Mentor di hujung namanya. Dia lebih selesa dikenali dengan panggilan Iqa atau Pqot, nama mesra sejak zaman sekolah dan kawan-kawan rapat.

"Biar orang kenal saya sebagai Iqa VelvetBand. Sekurang-kurangnya, dapat juga mempromosi kumpulan kami. Sebenarnya selain bersama kumpulan, saya juga menyanyi secara solo.

"Ia tak jadi masalah kerana anggota lain memahami. Lagipun saya boleh menyanyi pelbagai genre lagu kecuali dangdut. Namun keutamaan saya tetap pada kumpulan," katanya.

Iqa kini mengembangkan langkah dalam bidang lakonan dan bakal membintangi filem tidak lama lagi.

"Judulnya ialah Kelip Kelip Puteri dan antara pelakonnya ialah Keith Foo. Saya dapat peluang ini selepas hadir ke sesi uji bakat.

"Sebelum ini saya pernah berlakon filem pendek berjudul Haruan, Nasi Dah Jadi Bubur dan telefilem Indie Yeh Yeh," katanya.

Peminat boleh mengikuti perkembangan VelvetBand menerusi laman sosial https://www.facebook.com/wearevelvet https://twitter.com/wearevelvet , dan http://instagram.com/wearevelvet.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30

Tiada ulasan:

Catat Ulasan