Penyanyi kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin hadir dengan lagu single baru untuk tahun 2014 'Teka Teki'. Sesuai dengan lagu terbaru, Maya Karin kini tampil berambut sederhana pendek paras bahu. Tidak perlu banyak bergaya, pesona Maya Karin sentiasa menjadikannya kelihatan menarik.
Untuk Berjaya Bakat Bukan No. 1
Mengakui kerjaya nyanyiannya tidak setinggi kerjaya lakonan, Maya Karin sebenarnya bergelar penyanyi sudah lebih 11 tahun. Dan Teka Teki adalah lagu ke-3 nya. Namun, setiap kali mengeluarkan lagu baru, Maya Karin mengakui dia seakan-akan sentiasa perlu bermula dari kosong. Semasa mula-mula ke Kuala Lumpur pada umur 18 tahun, Maya Karin pernah bernyanyi di kelab-kelab jazz tapi entah bagaimana bakat lakonannya lebih menonjol.
Berteka-Teki Dalam Cinta
Menyamakan keadaaan diri selari dengan lagu 'Teka Teki', tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum ada jawapan. Sesudah bercerai dengan Steven David Shorthose satu ketika dahulu, Maya Karin menyatakan kini dia telah memiliki kekasih istimewa. Namun, siapa dia dan asalnya si dia, biarlah menjadi 'Teka Teki' dahulu.
Bercakap tentang penggunaan media sosial, Maya Karin mengambil pendekatan bersederhana dan memilih untuk tidak berkongsi segalanya. Walaupun tiada niat untuk memencilkan diri ataupun menjaga nilai eksklusif Maya Karin juga tahu 'Kalau you upload gambar dan status you hingga 100 kali sehari, tiada apa lagi yang orang ingin tahu tentang you'.
Album Teka Teki Maya Karin diedarkan Warner Music Malaysia memuatkan 7 buah lagu seperti Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan juga Hanya Sebentar. Album ini memberikan nafas baru terhadap kerjaya nyanyian Maya Karin dengan tempo lebih laju dan ceria bersesuaian dengan gelagat menambat hati Maya Karin itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan