Nubhan - Google Blog Search |
- Tidak Sekadar Menyanyi, <b>Nubhan</b> Jual Produk Kecantikan <b>...</b>
- 4 Kali Putus Cinta Inspirasi <b>Nubhan</b> Nyanyi Lagu Sedih - myNewshub
- <b>Nubhan</b> Bercinta Dengan Siti Nordiana? | BERITA HARIAN NET
Tidak Sekadar Menyanyi, <b>Nubhan</b> Jual Produk Kecantikan <b>...</b> Posted: 14 Apr 2014 06:05 PM PDT Penyanyi Nubhan memperluaskan lagu pekerjaannya apabila menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk makanan tambahan bernama Sole untuk kesihatan dan kecantikan. Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 28, berkata, ia merupakan perniagaan keluarga yang dikembangkan sebagai salah satu pelaburan untuk sumber pendapatan bagi masa hadapan. "Saya jalankan perniagaan ini lebih kurang setahun lalu, namun belum lagi buat pelancaran secara besar-besaran. Ia merupakan sejenis produk makanan tambahan untuk kesihatan dan kulit. "Saya pilih bidang kecantikan ini kerana ia bermula daripada perniagaan keluarga dan saya kembangkan menjadi produk saya sendiri. "Selain itu, saya anggap ia juga sebagai salah satu langkah saya sebagai sumber pendapatan pada masa hadapan," katanya Tambah Nubhan, produk tersebut diambil dari Switzerland dan diyakini halal dan selamat dipakai. Jelasnya, buat masa ini, dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa mempromosikan produk tersebut sebaliknya sedang mengatur strategi pemasaran terbaik untuk memperkenalkannya. "Saya juga pakai produk tersebut secara konsisten dan hasilnya memang nampak perubahan dan sekarang saya masih lagi mencari stokis dan pengedar. "Bila semua berjalan lancar, Insya-Allah saya akan lancarkannya secara besar-besaran, apa yang penting strategi pemasaran perlu tepat," katanya. Dalam pada itu, Nubhan yang baharu sahaja melancarkan single berjudul Kisah Kasih ini mengakui masih belum mempunyai kekasih. Dia yang sering dikaitkan dengan penyanyi Siti Nordiana mengakui sedang mencari cinta. "Saya belum ada kekasih, Siti Nordiana hanya kawan rapat sahaja, namun saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang kami. "Saya banyak berkongsi masalah dan pendapat dengan dia, saya anggap dia sebagai sahabat yang baik tidak lebih daripada itu," katanya. Sementara itu, bercakap soal kerjaya lakonan, Nubhan berkata, dia menolak beberapa tawaran berlakon bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan perniagaan. Dia juga memberitahu tidak mampu untuk memberi komitmen terhadap ketiga-tiga kerja dalam sesuatu masa. |
4 Kali Putus Cinta Inspirasi <b>Nubhan</b> Nyanyi Lagu Sedih - myNewshub Posted: 12 Apr 2014 07:26 PM PDT KUALA LUMPUR – Penyanyi Nubhan terpaksa mengambil pengalaman cintanya yang lalu bagi membawa dan menghayati lagu sedih. Nubhan, 28, berkata, dia pernah melalui hampir empat kali putus cinta dan pengalaman itu dijadikan sumber inspirasi untuknya mengekspresikan perasaan tersebut ketika berada di atas pentas persembahan. "Bukan senang untuk membawakan lagu sedih kerana kita perlu menghayati dan meletakkan perasaan ke dalam lagu tersebut. "Oleh itu saya sentiasa imbau kembali kenangan sedih sewaktu putus cinta ketika menyanyikan lagu-lagu saya yang mana kebanyakkannya berunsur sedih," katanya kepada mStar Online selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Kisah Kasih di Mini Auditorium Hall, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, Sabtu. Lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Ad Samad ini merupakan lagu kedua Nubhan bersama syarikat rakaman Nova Music selepas lagu duet bersama penyanyi Mila berjudul Cinta Kasih. Dalam pada itu, Nubhan mengakui kelewatannya mengeluarkan single baharu adalah disebabkan proses pemilihan lagu yang agak sukar. "Saya mengambil masa yang agak panjang ketika proses pemilihan lagu kerana kebanyakkan lagu yang datang tidak sesuai. "Kalau boleh saya mahu melodi dan lirik yang benar-benar kuat dan menarik perhatian pendengar, untuk lagu ini sahaja sudah beberapa kali diubah liriknya," katanya. Sementara itu, Nubhan berkata lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album terbaharunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Album tersebut juga akan menampilkan beberapa buah lagu baharu dan sebuah lagu duet bersama Mila Jirin. – mStar Online Anda mungkin juga meminati: |
<b>Nubhan</b> Bercinta Dengan Siti Nordiana? | BERITA HARIAN NET Posted: 13 Apr 2014 09:46 PM PDT Sekitar pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengenai penyanyi kelahiran program realiti televisyen ini yang dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan rakan artis, Siti Nordiana ataupun lebih mesra dipanggil Nana. Gosip tersebut mula tercetus apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu bersama lapan orang lagi rakan yang lain. Tidak menafikan bahawa dia dan ibu tunggal tersebut sememangnya rapat, Nubhan ketika ditemui di Mini Showcase Yours Truly, Nubhan mengatakan bahawa dia juga berkongsi kisah peribadinya bersama Nana. Nubhan Jawab Status Hubungan Dengan Siti Nordiana Selepas Dilihat Bercuti Sama Di Pulau PerhentianNubhan akui memang rapat dengan Siti Nordiana "Saya memang rapat dengan Nana dan anggap dia macam sahabat dan kakak saya. Kami berkongsi masalah percintaan, peribadi dan apa-apa sahaja." Ditanya adakah dia tidak kisah jika digosipkan bersama Nana, Nubhan mengatakan bahawa dia tahu di mana batas sebenar hubungannya dengan wanita anak satu itu. "Saya tahu dan saya tidak kisah apa yang orang akan cakap macam-macam pasal hubungan saya dengan Nana. Tapi apa yang penting saya tahu yang saya dan Nana memang rapat sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu. Saya rasa kontroversi perihal hubungan percintaan tidak diperlukan untuk menaikkan nama dan populariti saya. Malah, saya selesa dengan keadaan kini." Nubhan Jawab Status Hubungan Dengan Siti Nordiana Selepas Dilihat Bercuti Sama Di Pulau Perhentian Nubhan mula melebarkan sayap dalam dunia perniagaan Bakal mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Kisah Kasih, jejaka ini turut memberitahu bahawa dia kini juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. "Lebih kurang setahun lepas saya dah mula menjalankan business suplemen kesihatan, Sole yang juga merupakan perniagaan keluarga. Saya juga jadi duta untuk produk tersebut dan saya memang ambil produk ini secara konsisten. Tapi buat masa sekarang saya tak nak gopoh dan sedang susun strategi pemasaran terbaik untuk produk dari Switzerland itu." Dalam pada itu, jejaka berusia 28 tahun ini juga berkata bahawa dia kini mengurangkan kariernya dalam bidang lakonan untuk memberi fokus kepada nyanyian dan perniagaannya – Ohbulan.com |
You are subscribed to email updates from Nubhan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan