Nuffnang

Sabtu, 12 April 2014

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Kandungan Isteri <b>Pierre Andre</b> Terpaksa Digugurkan | ROTIKAYA

Posted: 14 Jan 2014 02:37 AM PST

Pertemuan bersama dengan pengarah dan pelakon, Pierre Andre semasa tayangan filemnya yang berjudul Muka Surat Cinta semalam, telah menjelaskan yang sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia dan isterinya sudah mengandung dan bakal melahirkan seorang bayi.

Tetapi bulan lepas dia dan isterinya telah bersama-sama melakukan pemeriksaan dan mendapati bahawa kandungan isterinya itu perlu digugurkan kerana demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan isterinya.

"Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga"

"Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya"

"Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang," katanya.

Pilih Mikael Bukan Kerana Hubungan Adik Beradik

Mengenai perkembangan filemnya yang bakal menemui penonton pada 16 Januari 2014, Muka Surat Cinta menampilkan muka-muka baru sebagai Mikael Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Azwan Kombos, dan Afiera Riana sebagai teraju utama.

Jelasnya, pemilihan pelakon-pelakon tersebut semuanya di casting terlebih dahulu lebih-lebih lagi watak yang dipegang oleh, adiknya Mikael Andre.

"Pemilihan-pemilihan pelakon ini semuanya berdasarkan dari casting kesemuanya dan hanya yang benar-benar layak sahaja yang akan dipanggil untuk melakukan penggambaran filem ini. Ini juga termasuklah, adik saya Mikael Andre yang telah melalui proses 'casting' yang telah saya lakukan. Bukanlah kerana dia adik saya, saya senang-senang untuk memberikan watak utama dalam filem ini," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan