Nuffnang

Sabtu, 3 Mei 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Penerbit Teater Nafi Halau <b>Elfira Loy</b> - KeZooM - Blogger

Posted: 30 Apr 2014 11:01 PM PDT

Penerbit Teater Nafi Halau Elfira Loy | Penerbit Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohayah Atan menafikan dakwaan gosip kononnya pihaknya ada menghalau pelakon, Elfira Loy kerana tidak berdisiplin setelah beberapa kali tidak hadir ke latihan dan majlis sidang media.
Sebaliknya, Siti Rohayah yang juga penerbit CTRA Productions itu berkata semasa hari pelancaran tersebut pelakon utama teater berkenaan telah pulang dengan sendirinya tanpa pengetahuan sebelum majlis pelancaran yang dihadiri Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlangsung.

"Khabar angin kononnya saya menghalau itu tidak benar dan ianya satu fitnah besar. Cuma pada hari itu, kami ada masalah teknikal dan Elfira hadir setelah dua kali tidak datang latihan.

"Semasa ketiadaannya saya sendiri telah menukarkan wataknya dengan seorang pelakon stand in. Pelakon baru itu yang telah menjalani latihan di tempat majlis pelancaran di aman persembahan ringkas teater itu diadakan.

"Jadi Elfira tidak dapat adakan persembahan pada hari itu kerana dia tidak menjalani latihan untuk persembahan khas pada majlis pelancaran tersebut. Tapi ketika curtain call, kami dapati dia sudah tiada dan dikhabarkan sudah pulang.

"Saya kecewa juga dia tiada di majlis pelancaran itu, tapi saya juga tak tahu apa masalah yang dia hadapi sehingga terpaksa pulang awal," katanya lagi.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Istana Budaya pada 28 April lalu itu turut dihadiri pelakon-pelakon lain teater tersebut seperti Adi Putra, Nasha Aziz, Yasmin Hani, Liza Abdullah, Fizo Omar Dafi dan ramai lagi.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Tiket dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/508710/penerbit-nafi-halau-elfira-pulang-sendiri-sebelum-pelancaran-teater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan