Nuffnang

Rabu, 28 Mei 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Norman <b>KRU</b> Jawab Isu Cetak Rompak Album Wings - Gua.com.my

Posted: 22 May 2014 11:35 PM PDT

Setelah hampir empat hari isu cetak rompak album kumpulan rock terkemuka, Wings, 'Menakluk Kosmos' hangat diperkatakan, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim tampil memberikan kenyataan menggunakan medium sosial, Youtube.

Menerusi video berdurasi 4 minit 55 saat yang dimuat naik pada 22 Mei 2014 itu, Norman tampil memberikan penjelasan mengenai segala persoalan yang timbul berhubung isu cetak rompak yang berlaku. Norman juga terpanggil untuk memberi kenyataan setelah membaca isu ini di media massa serta menerima pelbagai aduan di mana ramai pihak seolah-olah menyalahkan pihak KRU Music sebagai punca album 'Menakluk Kosmos' dicetak rompak.

"Sebenarnya saya simpati dengan keadaan yang berlaku dan turut juga rasa sedih bagi pihak Wings memandangkan mereka memang sudah lama menunggu untuk mengeluarkan album ini," ujar Norman yang baru pulang dari Cannes, Perancis dua hari lalu.

"Apa tindakan yang kami lakukan sekarang adalah untuk mendapatkan butiran terperinci seperti tarikh Joe Wings menyerahkan 'master' album ini kepada kami, tarikh lagu ini diedarkan ke radio serta bila lagu dalam album ini dimasukkan di platform digital seperti Youtube, Spotify dan sebagainya.

Kami memerlukan semua butiran ini agar boleh menghantar satu laporan polis yang lengkap di mana kami menjangkakan untuk membuat laporan pada hari Isnin depan. Kami harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan mengenai kes ini.

 
Isu sekarang ini bukan bagaimana mereka boleh dapat lagu ini tapi siapa yang ambil lagu ini serta masukkan dalam bentuk fizikal dan menjualnya secara haram," ujar Norman yang turut berharap peminat industri dapat sama-sama membantu membasmi cetak rompak.

"Kita nak majukan industri kreatif, jadi kenalah beri sokongan kepada artis kita. Kalau asyik fikir nak dapatkan secara haram, kalau macam itu hancurlah industri kita. Kami dah buat pelaburan lebih RM200,000 untuk album ini jadi kami harap semua yang meminati Wings dapatkanlah album yang asli dalam bentuk fizikal dan digital," ujar Norman.

Pada Selasa lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaru mereka iaitu 'Ingatkan Dia', 'Bisa Yang Tertunda', 'Peti Pandora Mu' dan 'Hei Lihat Sini' yang telah dicetak rompak. Album 'Menakluk Kosmos' kini sudah mula berada di pasaran sejak Khamis, 22 Mei 2014.

Kenyataan penuh Norman Abdul Halim mengenai isu ini boleh dilihat di Youtube menerusi pautan http://www.youtube.com/watch?v=mkD-UaAnfEI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan