Neelofa - Google Blog Search |
<b>Neelofa</b> Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati? | Posted: 04 May 2014 08:39 PM PDT Setiap hari Ahad, Neelofa akan menulis di Harian Metro menerusi ruangan yang diberi nama "Nota Neelofa". Abang Nara memang setiap minggu tidak akan terlepas membaca hasil karya pelakon jelita ini. Secara jujur, Neelofa memang ada bakat menulis. Mungkin satu hari nanti boleh tulis novel. Semalam, topik yang ditulis oleh Neelofa amat menarik iaitu mengenai sikap segelintir manusia yang terlampau lantang menceritakan masalah peribadi menerusi akaun sosial. Menariknya menerusi nukilan kali ini, Neelofa menyentuh mengenai sikap hipokrit sesetengah artis. Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Neelofa. Abang Nara perhatikan memang banyak artis-artis kita terutamanya yang sering dilanda kontroversi bersikap seperti yang ditulis oleh Neelofa. Sedikit nukilan Neelofa untuk tatapan anda.
Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah apabila terbaca "tweet" Nur Fazura yang seolah-olah memberikan reaksi terhadap apa yang ditulis oleh Neeelofa. Adakah Fazura merasakan nukilan Neelofa itu ditujukan kepadanya? Tulis Fazura di akaun Twitternya:- Hmmmm. Diharap Neelofa dan Fazura tidak bergaduh antara satu sama lain. Kedua-duanya ada peminat yang amat besar yang pasti akan menyokong selebriti kegemaran mereka. Bagi Abang Nara, tulisan Neelofa lebih kepada pendapatnya secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Fazura pun Abang Nara tengok okay je selama ini di akaun sosial. Tak adalah bersikap hipokrit atau sebagainya. Jadi jangan gaduh-gaduh atau terasa hati sesama sendiri ye. P.S: Ford Focus Sedan kekalkan gelaran model paling laris 2013 Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan