Remy Ishak - Google Blog Search |
"Mood Saya Tidak Menentu" - <b>Remy Ishak</b> - Gua.com.my Posted: 16 Apr 2014 10:11 PM PDT Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan pelakon Remy Ishak tidak suka wartawan dan enggan menjawab panggilan telefon mahupun kiriman SMS daripada wartawan. Menepis dakwaan itu, Remy berkata dia merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja sehingga tidak sempat menyemak 'missed call' atau SMS. "Jadual harian saya padat dengan sesi penggambaran. Saya seorang yang sangat fokus pada kerja. Bukan saya tak mahu jawab panggilan telefon daripada wartawan tapi memang saya jarang pegang telefon bimbit. Apabila pulang, saya dah penat dan ingin berehat," katanya usai majlis pelancaran filem terbarunya, 'CEO'. Selain itu ada juga ura-ura tentang sifat Remy yang pendiam, dingin atau sukar didekati. Bercakap mengenai keperibadiannya di luar set penggambaran, kata Remy dia merupakan seorang yang kelakar dan seperti orang kebanyakkan, adakalanya 'mood' Remy tidak menentu. "Saya sama seperti orang lain. Ada masa suka berjenaka, ada masa serius. 'Mood' saya tak menentu," katanya. Walaupun namanya jarang dikaitkan dengan gossip dan kontroversi, namun Remy seringkali dilihat di kaca televisyen dan layar perak. Menurut Remy, dia tidak pernah mencari populariti dan hal itu bukanlah fokus utamanya dalam bidang seni. "Alhamdulillah, perjalanan seni saya berjalan dengan lancar. Saya tak pernah cari populariti kerana saya terlalu sibuk dengan produksi. Jadi saya terlepas pandang tentang menjadi popular. Apa yang saya harapkan cuma sambutan daripada penonton terhadap drama dan filem lakonan saya," katanya yang tidak akan menolak jika mendapat tawaran berlakon di negara seberang. "Saya akan mula menjalani penggambaran sebuah drama kerjasama tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Mungkin projek ini dapat membuka ruang untuk saya mengembangkan bakat ke negara jiran. Saya tak kisah bermula dari bawah, dan pelahan-pelahan kita panjat untuk ke atas," ujar Remy. |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan