Nuffnang

Selasa, 27 Mei 2014

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL | Sensasi Selebriti

Posted: 23 May 2014 09:58 PM PDT

Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL | Mereka yang menggemari konsep fesyen, 'edgy' dan 'funky' pasti terpesona dengan rekaan yang terdapat di Street Fashion KL.
Butik online milik pelakon dan pengacara versatil, Sazzy Falak ini mengetengahkan pelbagai produk seperti tas tangan, kasut dan pakaian.

Antara jenama yang terdapat di Street Fashion KL ialah Ash Burn D, Bits of Random, Gin & Jacqie, Kyla Ruiz dan Sakura. Bukan itu sahaja, Sazzy turut mempunyai jenamanya sendiri, Street Fashion by Sazzy Falak dan produk keluarannya ini turut dijual di Street Fashion KL

sazzy1 Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL

Sazzy berkata, citarasa fesyennya banyak mempengaruhi rekaannya dalam mengeluarkan produk di bawah labelnya sendiri.

"Konsep fesyen yang saya design sendiri lebih kepada konsep bohemia, gipsi dan resort wear. Ini kerana saya menggemari konsep tersebut.

"Saya beri tumpuan kepada fesyen seperti ini kerana masyarakat pergi bercuti hampir setiap minggu. Saya tak nafikan kita juga ada design yang mengikut tema dan warna.

"Rekaan saya mengikut mood saya sendiri. Saya sering mendapat inspirasi daripada konsep ala Red Indian, banyak manik, namun ia sesuai dipakai pada musim panas," katanya  di Publika baru-baru ini.-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan