Nuffnang

Rabu, 4 Jun 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Harap Peminat Sokong CEO - Gua.com.my

Posted: 29 May 2014 12:45 AM PDT

Ketika prebiu filem CEO pada Rabu, pengarahnya, Razaisyam Rashid berkongsi bahawa filem tersebut menelan belanja sekitar RM1.6 juta dan pakaian yang digayakan Remy Ishak turut menyumbang kepada kos pembikinan. Perbelanjaan tinggi ke atas pakaian Remy itu dibuat bagi memastikan watak CEO yang dilakonkannya kelihatan 'hidup'.

"Penerbit dan pengarah begitu teliti dengan pakaian yang digayakan oleh saya yang memegang watak sebagai seorang CEO. Jika memandang dari sudut kerja, saya berterima kasih kerana mereka sanggup berbelanja tinggi bagi memastikan watak itu berjaya.

Pada mulanya pakaian saya sudah disediakan, namun penerbit serta pengarah kurang berpuas hati dengan koleksi sedia ada. Mereka sebaliknya memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk pakaian watak CEO itu," ujar Remy ketika ditemui di majlis pratonton filem CEO di The Curve, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Memegang watak sebagai Adam dalam filem CEO, Remy Ishak berkata bukan mudah untuk menjayakan karakter santai untuk filem tersebut. Ini kerana watak santai sekiranya terlalu mencuba menampakkan seperti ia kurang spontan jadi perlu lebih bersahaja bagi memberikan impak kepada seluruh jalan cerita.

"Watak bersahaja yang dilakonkan oleh Beto dibantu oleh watak beberapa orang kawan-kawannya yang membantunya untuk menghidupkan watak tersebut. Saya pula perlu mencuba sebaik mungkin bagi menghidupkan watak ini serta membuatkan orang geram dengan lakonan saya," ujarnya.

Menurut Remy, bukan mudah baginya untuk menjayakan watak seorang CEO yang tinggi pangkatnya kerana dia belum pernah duduk di bangku tersebut dalam dunia realiti. Namun atas bantuan pengarah serta kajian yang dibuat olehnya, dia berjaya melakonkan watak tersebut tanpa dibayangi oleh watak Sufian yang dijayakan oleh Beto Kusyairi.

Selain itu, Remy turut mengharapkan sokongan dari pelbagai pihak bagi menyemarakkan kembali industri perfileman tempatan yang dilihat semakin suram. Bagi Remy, sokongan bukan sahaja perlu diberi kepada filem lakonannya malah semua filem tempatan yang berkualiti.

"Kini dapat dilihat indutri perfileman tempatan kian suram. Banyak filem tempatan yang bagus namun susah untuk dijual dan senario ini membimbangkan saya kerana saya tidak mahu industri filem terkubur begitu sahaja seperti sesetengah negara lain," ujar Remy mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan