Nuffnang

Khamis, 19 April 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Blog Archive Maya Karin dengan <b>Farid Kamil</b>? Diana <b>...</b> - Mybloghub

Posted: 18 Apr 2012 03:47 AM PDT

Mybloghub – Blog Terbaik Harus Dilawati, The Best Blog, Must Visit. » Blog Archive » Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?

IZYAN SAYS

Kalau nak diikutkan, suasana ABPBH 2011 dah lama berlalu, namun tempiasnya kadang-kadang masih lagi menyengat. Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe…READ MORE

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b> Hapus Dendam | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2011 06:18 PM PST

PETALING JAYA, 7 Jan Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

"Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Rosmunira (kiri) menyiram air mawar di pusara arwah suaminya yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

"Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar," ujarnya ketika dihubungi media

Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

"Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

Faizal Yusof

"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

"Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

"Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

"Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

"Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya," katanya.

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Lepak Je Di Sini | <b>Iqram Dinzly</b> sudah berhenti berharap Cinta dari <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 09:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR, 15 JUN 2011: Status teman tapi mesra yang tercetus di antara pelakon Iqram Dinzly dengan Fauziah Gous bukanlah menjadi satu rahsia lagi di kalangan warga mah pun peminat industri hiburan.

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> - Oh! Tweets

Posted: 04 Apr 2012 11:22 AM PDT



Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>Jue Aziz</b> Seksi - Best Formula Industries Sdn. Bhd.

Posted: 19 May 2009 10:21 PM PDT

Jue Aziz Seksi,Jue Aziz mtv,Jue Aziz berita,Jue Aziz Web,Jue Aziz galeri,Jue Aziz  foto,Jue Aziz portofolio,Jue Aziz album, Jue Aziz  info,Jue Aziz  filem,Jue Aziz  terbaru,Jue Aziz  pos,Jue Aziz  surat, Jue Aziz  mail,  Jue Aziz  model,Jue Aziz  model antarabangsa,Jue Aziz  bergaya,Jue Aziz  terkenal, Jue Aziz  popular,Jue Aziz  myspace,Jue Aziz  youtube,Jue Aziz   facebook, Jue Aziz  friendster,Jue Aziz  tagged,Jue Aziz  yahoo massanger,Jue Aziz blog,Jue Aziz  menarik, Jue Aziz  unik,Jue Aziz  wajah,Jue Aziz  rahsia,Jue Aziz  biodata,Jue Aziz  hiburan,Jue Aziz terkini,Jue Aziz  seksi,Jue Aziz  misteri,

jueaziz

jue-aziz-tolak-gelaran-artis-simbol-seks-2

jue-aziz-tolak-gelaran-artis-simbol-seks-4

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Meet Uncle Hussain</b> - Google <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Meet Uncle Hussain</b> - Google <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 01:11 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Meet Uncle Hussain</b> - Google <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 01:35 AM PDT


Black, <b>Meet Uncle Hussain</b> bergabung bentuk Black Parallax dlm <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 12:03 PM PDT

Black dan Meet Uncle Hussain bergabung untuk membentuk kumpulan Black Parallax dalam program Versus.

Menurur Black ,kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussain yang menubuhkan kumpulan Black Parallax untuk program Versus adalah bagi membuktikan dia boleh menyanyi bersama sebuah kumpulan.


"Selama ini, orang kenal saya sebagai penyanyi solo. Menerusi program Versus, saya mahu buktikan kepada peminat akan kemampuan saya beraksi dengan sebuah kumpulan.

"Ia juga untuk memberitahu bahawa saya masih aktif dalam bidang nyanyian," katanya yang bakal berduet dengan seorang penyanyi lagenda dalam masa terdekat.

Selain kumpulan Black Parallax, Versus akan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense dan Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.

Black Suka Tayang Badan Sejak Bertubuh Sasa | ambooyats@blog

Posted: 18 Mar 2012 04:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dalam perkembangan lain, Black berkata kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussain yang menubuhkan kumpulan Black Parallax untuk program Versus adalah bagi membuktikan dia boleh menyanyi bersama ...

BERITA ARTIS - Pertarungan 5 <b>Kumpulan</b> Muzik Dalam Versus <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 09:03 AM PDT

Layan dulu berita hangat di bawah:

23 Mar 2012, 01:44pm

Berita gempar dari Mentor 6 - Wanie, protege kepada Ferhad telah digugurkan dari meneruskan persaingan.Wanie dikhabarkan telah pengsan 2 kali dalam minggu

23 Mar 2012, 01:37pm

Gambar: Dari arkib GUA"Selasa lalu, Wanie pengsan masa latihan. Semalam, dia pengsan sekali lagi ketika sesi latihan dengan Ferhad. Dia dibawa ke klinik

23 Mar 2012, 12:01pm

Atas sebab masalah kesihatan, protege Ferhad, Wanie terpaksa menarik diri dari Mentor 6.Selepas memberikan satu persembahan yang cukup mantap di Konsert Pengenalan

23 Mar 2012, 10:18am

Ekoran namanya dikaitkan dengan pengguguran nama Qi Razali daripada program 'Jalan-Jalan Cari Makan' (JJCM), Yunalis Zarai tampil memberi penjelasan. Jelas penyanyi tinggi

23 Mar 2012, 10:12am

Pengarah popular yang juga merangkap Pengarah Urusan Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberitahu agak kecewa serta risau dengan keadaan

23 Mar 2012, 01:06am

Umum mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara pelakon Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Biarpun sering dilihat keluar bersama-sama, namun kedua-dua

23 Mar 2012, 12:00am

Sudahkah anda mendengar lagu dendangan pelakon terkenal, Shaheizy Sam duet bersama Yana Samsudin berjudul, 'Begini Caranya'? Lagu ciptaan komposer, Ajai ini merupakan



Black & <b>Meet Uncle Hussain</b> Masih Berkolaborasi Hasilkan Impak <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 05:30 PM PDT

Benarlah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu juga halnya dengan penyanyi lelaki bersuara lantang, Black dengan kumpulan terkenal Meet Uncle Hussain.

Namun jodoh yang dimaksudkan ini bukanlah bermakna jodoh kahwin, tetapi jodoh mereka untuk berkolaborasi.

Jika sebelum ini mereka pernah bekerjasama menerusi lagu Drama King, namun kali ini kedua-duanya sepakat bergabung sekali lagi di atas pentas program realiti terbaru, Versus yang akan disiarkan di TV9 bermula 13 April ini.

Mengambil keputusan menubuhkan band baru yang dinamakan Black & Parallax, artis yang lahir daripada program realiti Mentor ini berkata, penubuhan itu diadakan khas untuk program tersebut.

Menurutnya, gabungan itu tercetus atas permintaan stesen televisyen berkenaan yang meminta dia bekerjasama dengan kumpulan Meet Uncle Hussain.

"Penubuhan Black & Parallax adalah khas untuk program Versus, di mana Black dan kumpulan Meet Uncle Hussain dihubungi TV9 untuk terlibat dalam program itu.

"Memandangkan kami sebelum ini pernah berkolaborasi bersama dalam lagu Drama King, jadi saya bersetuju sekali lagi bekerjasama kerana saya senang bekerja dengan mereka," katanya semasa ditemui di sidang media program Versus di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai nama kumpulan baru yang ditubuhkan oleh mereka, Black memberitahu, nama Black & Parallax adalah idea mereka bersama.

Menyedari kedua-duanya mempunyai kelompok peminat tersendiri, mereka berpakat untuk mengambil satu nama baru khusus untuk program Versus.

"Peminat sudah kenal Meet Uncle Hussain sebagai Meet Uncle Hussain dan Black sebagai Black. Jadi, kami tidak mahu peminat keliru dengan nama yang ada. Biarlah untuk program ini, mereka mengenali kami dengan nama Black & Parallax," katanya yang tidak mahu dilabelkan sebagai vokalis band.

Mengakui lebih gemar dikenali sebagai artis solo, Black bagaimanapun mengakui sedikit gugup untuk membuat persembahan secara live bersama band itu.

"Saya telah pun menerima jadual untuk program Versus dan setakat ini tiada masalah untuk saya mengikut jadual yang diberikan. Namun, saya harus belajar untuk mengikut rentak berkumpulan kerana ini adalah persembahan Black & Parallax," ujarnya lagi.

Konsep berbeza: Taja

Sementara itu, gitaris kumpulan Meet Uncle Hussain, Nik Mustaza Nik Mustapha atau lebih dikenali sebagai Taja menyifatkan penubuhan Black & Parallax berbeza kerana mengetengahkan konsep progresif fusion rock.

Menurutnya, persembahan kumpulan baru ini berlainan kerana mereka perlu tampil membuat persembahan secara langsung selama lapan minggu.

Mengakui keserasian yang tercipta dengan Black menyebabkan mereka tidak kisah untuk bergabung sekali lagi, Taja berhasrat menampilkan persembahan yang hebat dari minggu ke minggu.

"Biasalah jika ada perasaan gugup untuk bertanding kerana setiap band mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang saya mahukan adalah kesempurnaan dari segi persembahan yang akan membuatkan peminat mengingati band kami.

"Perkara yang bagus mengenai program ini adalah kami diberikan lagu-lagu orang lain dan ia bergantung kepada kreativiti kami untuk mencantikkan lagi lagu yang sudah tersedia cantik. Daripada sini, kita tahu satu lagu boleh mempunyai teori muzik yang pelbagai.

"Perkara yang mencabar dan susah adalah untuk menjadikan lagu itu tidak sumbang setelah diubah," katanya yang sudah bersedia untuk memasuki program Versus.

Selain Black & Parallax, empat lagi kumpulan terkenal tanah air turut terlibat dalam program Versus iaitu 6ixth Sense, Hujan, Sofazr dan sebuah lagi band projek khas, Go Gerila! yang dianggotai Aizat dan Amir Jahari serta kumpulan baru mereka.

Kelima-lima kumpulan bakal menonjolkan bakat dan kreativiti mereka menerusi gubahan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu dan diberi nafas baru yang diberikan selama lapan minggu berturut-turut.

Cabaran yang dilalui dan kehebatan mereka dapat disaksikan secara langsung pada jam 9.30 malam di TV9.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Meet Uncle Hussain</b> - Google <b>...</b>

Posted: 26 Oct 2011 09:07 AM PDT


Nubhan Akan Nyanyi Lagu Pokok bersama <b>Meet Uncle Hussain</b> <b>...</b>

Posted: 26 Oct 2011 07:16 PM PDT


Hazama masih berhubungan baik dengan Meet Uncle Hussain dan menyerahkan kepada kumpulan itu untuk menetapkan penyanyi lagu Pokok di pertandingan separuh akhir AJL 26.

Penyanyi Hazama Ahmad Azmi atau nama lebih dikenali Hazama, 27, dijangka tidak akan menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 seperti yang pernah dirakamkan olehnya dengan kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebelum ini.

Sebagai ganti, penyanyi Nubhan yang akan membawakan lagu tersebut memandangkan penyanyi itu pernah membuat beberapa persembahan dengan Meet Uncle Hussain sebelum ini.

"Saya tidak kisah sesiapa pun akan menyanyikan lagu Pokok kerana semuanya terserah kepada Meet Uncle Hussain.

"Tetapi jika mereka mahu saya menyanyikan lagu tersebut, saya boleh menyanyikannya. Jika tidak, saya tidak berbuat apa-apa kerana lagu itu bukan lagu saya.

Menurut Hazama, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan MUH, cuma mereka sudah tidak bekerjasama sejak dia mengikat kontrak dengan pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas menjuarai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan baru-baru ini.

"Kami tidak bergaduh atau mempunyai apa-apa masalah cuma masing-masing tidak mempunyai masa untuk berkerjasama lagi.

"Jadi, saya serahkan kepada mereka untuk menetapkan penyanyi yang akan menyanyikan lagu itu nanti kerana mereka lebih mengetahui kekuatan antara saya dan Nubhan.

"Saya harap dapat menyanyikan lagu itu tetapi jika tidak pun tidak mengapa," katanya lagi.

Untuk separuh akhir AJL 26, Hazama bakal mempertaruhkan lagu Cinta Teragung ciptaan sepenuhnya oleh Kuncidemak pada 25 November depan, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9 malam. Kebetulan lagu Pokok juga akan bertanding pada hari yang sama.

"Saya rasa gugup juga apabila tercalon dalam pertandingan ini buat pertama kali kerana persaingannya sangat dahsyat dan di luar jangkaan.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila lagu tersebut berjaya ke peringkat separuh akhir AJL 26. Jika layak ke peringkat akhir, ia sudah memberikan pencapaian yang terbaik," ujarnya yang sibuk dengan aktiviti seninya yang padat.~ Via Mstar

Related posts:

  1. Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  2. Lirik Putihnya Lukisan – Meet Uncle Hussain
  3. Milk In A Bottle lyrics – Meet Uncle Hussein
  4. Lirik Lagu Tanya Sama Pokok -Lagu Kanak-Kanak
  5. Najwa Latif Menjerit Bakal Berduet Dengan Greyson

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


(GAMBAR)Ulangtahun Perkahwinan Ke-6 <b>Adi Putra</b> Dan Isteri |

Posted: 13 Apr 2012 10:43 PM PDT

Ada yang memberikan info pada kami yang ialah pelakon Adi Putra dan isterinya baru saja menyambut ulangtahun ke-6 perkahwinan. Untuk itu tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Lagi beberapa keping lagi gambar Adi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adi Putra.

***

En. Mohd Radzi Omar, Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya JKKN di Malaysia Hari Ini (TV3) pagi semalam, dalam temubual berkenaan Bazar Seni Industri Budaya. Untuk bulan ini, Bazar Seni berlangsung hari ini dan esok, mulai 2.30 petang di Perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Pelbagai produk seni dan budaya serta aktiviti seperti permainan tradisional Congkak, persembahan Dikir Barat dan muzik menanti anda. Datang jangan tak datang!




Yang Ini Pun Best Jugak:-



“Saya Jangkakan <b>Adi Putra</b> Menang” – Fizz Fairuz, Pelakon TV <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:19 AM PDT

Rezeki ditangan Tuhan, itulah perkataan yang berulang-ulang kali diulang oleh Fizz Fairuz ketika ditemubual oleh wartawan OHBULAN!.

Selepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, buat pertama kali, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin, 33, akhirnya telah diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Tampil sebagai 5 finalis akhir bersama Aaron Aziz, Fauzi Nawazi, Adi Putra dan Remy Ishak, Fizz tidak menyangka bahawa dia mampu mengalahkan mereka semua.

"Saya tak sangka yang diri saya akan menang sebab saya rasa masih belum sampai masa untuk saya dinobatkan sebagai pelakon TV terbaik. Saya sangat terkejut bila nama saya disebut. Saya rasa dunia sepi sebentar," ujar Fizz memulakan perbualan.

Lebih dikenali melalui drama di televisyen berbanding filem, Fizz Fairuz sudah berlakon lebih 30 buah drama sejak penglibatannya dalam industri hiburan. Namun begitu, drama bersiri Nur Kasih adalah drama yang telah melonjakkan nama Fizz dimata peminatnya selain mampu melakonkan pelbagai jenis watak samada serius, humor ataupun romantik.

Ditanya mengenai perasaan selepas memenangi anugerah yang berprestij itu, Fizz memberitahu bahawa perasaannya gembira bercampur terkejut sehinggakan dia tidak dapat membuat ucapan dengan sempurna selepas dianugerahkan trofi.

"Perasaan itu gembira tapi kegembiraan yg mengejutkan. Apa yang saya nak cakap, apa yang saya nak buat? Perasaan saya bercampur aduk kerana saya dikelilingi oleh bintang-bintang yang hebat," jelas Fizz.

Fizz yang tidak menyangka bahawa dia mampu merangkul trofi itu, memberitahu antara faktor yang membantu dia memenangi trofi tersebut mungkin disebabkan dia selalu menghadirkan diri ke Jelajah ABPBH 2011. Fizz juga sebenarnya hanya menjangkakan bahawa Adi Putra yang bakal memenangi trofi tersebut.

"Saya jangkakan Adi Putra menang, namun betullah kata orang, rezeki itu terletak di tangan Tuhan," ujar Fizz mengakhiri perbualan.

<b>Adi Putra</b> Seronok Bercuti di Mekah

Posted: 18 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2012: Pelakon, Adi Putra akui seronok ke Tanah Suci Mekah sebagai masa untuknya bercuti walaupun dalam masa yang sama menjalani ibadah Umrah.

Malah, kunjungan kali keduanya pada 27 April ini, dianggap sebagai percutian yang sangat mengujakan.

"Saya sudah mengerjakan Umrah kali pertama sebagai ibadat sunat pada tahun lalu. Ketika itu saya pergi bersama rombongan Umrah yang lain.

"Pengalaman mengerjakan Umrah sangat menyeronokkan, bahkan saya akan jadikan ia sebagai satu percutian yang sangat menarik.

"Bila berada di sana, saya bukan sahaja boleh mengerjakan ibadah Umrah kerana dalam masa yang sama boleh menikmati hidup seperti biasa dalam suiasana yang tenang," katanya yang ditemui selepas pelancaran Rempit United di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, tengah hari tadi.

Selepas selesai mengerjakan Umrah kali kedua pada penghujung April ini, Adi Putra merancang untuk menjalani ibadah yang sama pada bulan Ramadan yang akan datang.

Meskipun, Tanah Suci tempat yang paling mudah untuk Tuhan memakbulkan doa seseorang, namun menurut Adi itu bukan tujuan utamanya.

"Saya tidak mahu terlalu beratkan sesuatu perkara atau ibadah itu sendiri. Jika mahu memohon sesuatu hajat janganlah hanya di Tanah Suci.

"Tuhan juga tahu menilai amalan umatnya bukan sahaja di Tanah Suci tetapi apa yang kita sudah lakukan serta amalan di tanah air.

"Jadi, InsyAllah selepas merasai nikmat mengerjakan Umrah pada Ramadan nanti, saya mahu mengerjakan ibadah Haji pula pada tahun ini. InsyaAllah ," luahnya lagi.

Sementara itu, Adi yang baru sahaja menyertai kempen Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United bakal berdaftar dengan Motorsport Malaysia bagi membantu generasi muda bermasalah.

"Saya rasa mat rempit ini perlu dibimbing supaya mereka tidak lagi dipandang dari sudut negatif semata-mata.

"Saya akan cuba mendekatkan diri kepada mereka dalam aktiviti yang pertubuhan ini anjurka.

"InsyAllah juga kalau diizinkan Allah saya mahu ajak semua ahli Rempit United mengerjakan Umrah bersama," tambahnya.

Selebriti lain yang turut menjayakan kempen tersebut seperti Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Mejar (K) David Teo, Intan Ladyana, Sari Yanti, Nora Danish dan Ilia Iryani.