Nuffnang

Khamis, 19 April 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


(GAMBAR)Ulangtahun Perkahwinan Ke-6 <b>Adi Putra</b> Dan Isteri |

Posted: 13 Apr 2012 10:43 PM PDT

Ada yang memberikan info pada kami yang ialah pelakon Adi Putra dan isterinya baru saja menyambut ulangtahun ke-6 perkahwinan. Untuk itu tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Lagi beberapa keping lagi gambar Adi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adi Putra.

***

En. Mohd Radzi Omar, Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya JKKN di Malaysia Hari Ini (TV3) pagi semalam, dalam temubual berkenaan Bazar Seni Industri Budaya. Untuk bulan ini, Bazar Seni berlangsung hari ini dan esok, mulai 2.30 petang di Perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Pelbagai produk seni dan budaya serta aktiviti seperti permainan tradisional Congkak, persembahan Dikir Barat dan muzik menanti anda. Datang jangan tak datang!




Yang Ini Pun Best Jugak:-



“Saya Jangkakan <b>Adi Putra</b> Menang” – Fizz Fairuz, Pelakon TV <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:19 AM PDT

Rezeki ditangan Tuhan, itulah perkataan yang berulang-ulang kali diulang oleh Fizz Fairuz ketika ditemubual oleh wartawan OHBULAN!.

Selepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, buat pertama kali, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin, 33, akhirnya telah diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Tampil sebagai 5 finalis akhir bersama Aaron Aziz, Fauzi Nawazi, Adi Putra dan Remy Ishak, Fizz tidak menyangka bahawa dia mampu mengalahkan mereka semua.

"Saya tak sangka yang diri saya akan menang sebab saya rasa masih belum sampai masa untuk saya dinobatkan sebagai pelakon TV terbaik. Saya sangat terkejut bila nama saya disebut. Saya rasa dunia sepi sebentar," ujar Fizz memulakan perbualan.

Lebih dikenali melalui drama di televisyen berbanding filem, Fizz Fairuz sudah berlakon lebih 30 buah drama sejak penglibatannya dalam industri hiburan. Namun begitu, drama bersiri Nur Kasih adalah drama yang telah melonjakkan nama Fizz dimata peminatnya selain mampu melakonkan pelbagai jenis watak samada serius, humor ataupun romantik.

Ditanya mengenai perasaan selepas memenangi anugerah yang berprestij itu, Fizz memberitahu bahawa perasaannya gembira bercampur terkejut sehinggakan dia tidak dapat membuat ucapan dengan sempurna selepas dianugerahkan trofi.

"Perasaan itu gembira tapi kegembiraan yg mengejutkan. Apa yang saya nak cakap, apa yang saya nak buat? Perasaan saya bercampur aduk kerana saya dikelilingi oleh bintang-bintang yang hebat," jelas Fizz.

Fizz yang tidak menyangka bahawa dia mampu merangkul trofi itu, memberitahu antara faktor yang membantu dia memenangi trofi tersebut mungkin disebabkan dia selalu menghadirkan diri ke Jelajah ABPBH 2011. Fizz juga sebenarnya hanya menjangkakan bahawa Adi Putra yang bakal memenangi trofi tersebut.

"Saya jangkakan Adi Putra menang, namun betullah kata orang, rezeki itu terletak di tangan Tuhan," ujar Fizz mengakhiri perbualan.

<b>Adi Putra</b> Seronok Bercuti di Mekah

Posted: 18 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2012: Pelakon, Adi Putra akui seronok ke Tanah Suci Mekah sebagai masa untuknya bercuti walaupun dalam masa yang sama menjalani ibadah Umrah.

Malah, kunjungan kali keduanya pada 27 April ini, dianggap sebagai percutian yang sangat mengujakan.

"Saya sudah mengerjakan Umrah kali pertama sebagai ibadat sunat pada tahun lalu. Ketika itu saya pergi bersama rombongan Umrah yang lain.

"Pengalaman mengerjakan Umrah sangat menyeronokkan, bahkan saya akan jadikan ia sebagai satu percutian yang sangat menarik.

"Bila berada di sana, saya bukan sahaja boleh mengerjakan ibadah Umrah kerana dalam masa yang sama boleh menikmati hidup seperti biasa dalam suiasana yang tenang," katanya yang ditemui selepas pelancaran Rempit United di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, tengah hari tadi.

Selepas selesai mengerjakan Umrah kali kedua pada penghujung April ini, Adi Putra merancang untuk menjalani ibadah yang sama pada bulan Ramadan yang akan datang.

Meskipun, Tanah Suci tempat yang paling mudah untuk Tuhan memakbulkan doa seseorang, namun menurut Adi itu bukan tujuan utamanya.

"Saya tidak mahu terlalu beratkan sesuatu perkara atau ibadah itu sendiri. Jika mahu memohon sesuatu hajat janganlah hanya di Tanah Suci.

"Tuhan juga tahu menilai amalan umatnya bukan sahaja di Tanah Suci tetapi apa yang kita sudah lakukan serta amalan di tanah air.

"Jadi, InsyAllah selepas merasai nikmat mengerjakan Umrah pada Ramadan nanti, saya mahu mengerjakan ibadah Haji pula pada tahun ini. InsyaAllah ," luahnya lagi.

Sementara itu, Adi yang baru sahaja menyertai kempen Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United bakal berdaftar dengan Motorsport Malaysia bagi membantu generasi muda bermasalah.

"Saya rasa mat rempit ini perlu dibimbing supaya mereka tidak lagi dipandang dari sudut negatif semata-mata.

"Saya akan cuba mendekatkan diri kepada mereka dalam aktiviti yang pertubuhan ini anjurka.

"InsyAllah juga kalau diizinkan Allah saya mahu ajak semua ahli Rempit United mengerjakan Umrah bersama," tambahnya.

Selebriti lain yang turut menjayakan kempen tersebut seperti Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Mejar (K) David Teo, Intan Ladyana, Sari Yanti, Nora Danish dan Ilia Iryani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan