Nuffnang

Khamis, 18 Oktober 2012

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Akim</b> Ahmad bukan Homoseksual

Posted: 13 Oct 2012 11:00 PM PDT

Usianya hanya mencecah 21 tahun, namun Akim Ahmad yang sebelum ini dikenali melalui siri rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-7 berpotensi besar untuk pergi jauh dengan bakat nyanyian yang dimiliki. 

Dengan keluaran album sulungnya yang berjudul "Akim Ahmad", penyanyi yang berasal dari Pasir Gudang ini berharap untuk dikenali sebagai seorang penyanyi yang memiliki imej tersendiri dan bukan pelajar AF semata-mata. 

Mungkin orang hanya mengenali Akim sebagai seorang penyanyi, namun tidak ramai yang mengetahui perangai sebenar Akim. Boleh kongsi kepada kami apa yang mungkin orang lain tidak tahu? 

Sebenarnya, saya ni jenis yang susah nak berkawan. Untuk orang yang belum kenal saya, mereka akan berasakan yang saya ni sombong. Pada hakikatnya, saya sukar hendak mempercayai semua orang. Memang susah jika ada ramai kawan sebab banyak hati yang kita kena jaga. Nak masuk dengan semua orang tu boleh saja, tapi bukan mudah untuk orang yang ingin rapat dengan saya. 

Bagaimana Akim boleh terjebak dalam dunia muzik? 

Saya memang sudah lama menyukai muzik semenjak kecil lagi. Bapa saya pernah menyanyi untuk kumpulan muzik pada suatu masa dahulu dan pak cik saya juga merupakan pemain muzik untuk sebuah kugiran bernama Megah. Semasa saya menetap di Pasir Gudang dulu, saya gemar bermain motor. Impian untuk memasuki bidang nyanyian itu tidak pernah wujud dalam kepala saya. Tetapi, apabila Akademi Fantasia mengadakan sesi uji bakat, saya cuba nasib dan tanpa disangka, rezeki itu datang kepada saya. 

Apa yang mendorong Akim menghasilkan album pertama? 

Pada mulanya, tujuan saya hanyalah untuk melengkapkan profil saya sebagai penyanyi. Namun, apabila album sudah siap setelah setahun saya berpenat, saya mula sedar bahawa album ini bukan setakat pelengkap profil, tetapi ianya berperanan untuk mematangkan diri saya sebagai seorang penyanyi. 

Boleh Akim jelaskan genre yang terdapat dalam album "Akim Ahmad"?

Cinta. Kebanyakan lagu dalam album saya menggunakan muzik bernada lembut dan perlahan. Tetapi cinta yang terkandung dalam album bukan hanya merujuk kepada pasangan kekasih. Cinta itu luas. Saya berikan contoh lagu saya yang bertajuk "Kembali", yang mana ianya menceritakan tentang sepasang suami isteri yang sedang menghadapi kesukaran hidup. Jadi, si isteri meminta doa pada setiap hari agar kepayahan yang dihadapi mereka berdua boleh dipermudahkan. Itu cinta. Cinta juga boleh merujuk kepada Allah dan Rasulullah. Itulah seninya. Ada beberapa lagu saya yang mempunyai sedikit unsur keagamaan tetapi itu tidak bermaksud saya seorang pendakwah. Kalau boleh, biarlah si pendengar yang mencari maksud tersirat. Bagi saya, lagu ketuhanan tidak semestinya harus menggunakan muzik nasyid ataupun alat muzik yang tidak dibuat dari kulit binatang. Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. 

Kenapa pilih Stacy untuk duet bersama dalam lagu "Kembali"? 

Sebab suara beliau ada 'soul' dan sangat sesuai dengan lagu itu. Bagi saya, Stacy adalah salah seorang penyanyi terbaik selain dari Misha Omar. 

Ada memasang impian untuk berduet dengan Misha Omar pada suatu hari nanti? 

Mestilah ada, tapi saya rasa agak mustahil buat masa sekarang kerana saya masih baru lagi dalam industri ini. Album saya baru satu, tidak seperti Misha yang sudah lama bergelar penyanyi. Mungkin suatu hari nanti, manalah tahu. 

Apa perkembangan terbaru Akim? 

Buat masa ini, saya sedang cuba mempromosikan lagu "Daya Cinta". Lagu itu ditulis oleh Kunci Demak dan saya boleh katakan, lagu itu sangat menakjubkan. Memang saya 'feel' bila mendengar dan ketika saya buat rakaman, saya menangis sambil menyanyikannya kerana liriknya sangat menyayat hati. 

Selepas berlakon dalam "Hoore Hoore", Akim ada terlibat lagi dalam mana-mana filem lain? 

Saya rasa, filem "Hoore Hoore" itu adalah filem muzikal yang pertama dan terakhir saya berlakon. Selepas itu, saya terlibat dalam telefilem Raya yang bertajuk "2 Dalam 1" pada Hari Raya yang lepas. Antara pelakon lain yang terdapat dalam telefilem itu adalah Anzalna, Anas Ridzuan dan Arash Mohd. Walaupun seronok dapat berlakon, tapi buat masa ini saya ingin berikan lebih perhatian kepada muzik. 

Apa komen Akim terhadap spekulasi yang mengatakan penampilan Akim kelihatan seperti seorang gay?

Biasalah, sudah menjadi lumrah hidup untuk orang mengata. Saya tidak pedulikan itu semua kerana itu hal mereka. Kadang-kadang saya ada juga memakai kemeja berkolar V tetapi itu tidak bermaksud saya seorang gay. David Beckham pun berpakaian sebegitu tetapi adakah beliau seorang gay? Saya ada juga beberapa orang rakan yang gay tapi saya tidak pernah memandang itu semua kerana mereka pun manusia juga. Bagi sayalah kan, jika terdapat orang yang berikan komen seperti itu, saya akan beritahu diri saya satu perkara saja: Mereka suka saya (ketawa). 

Seronok apabila dapat bertukar pendapat dan juga cerita bersama Akim, semoga sukses untuk album ini!

Sama- sama dan semoga berjumpa lagi

Ladies and gentlemen……<b>Akim</b> Camara. « Simple.Interesting.

Posted: 15 Oct 2012 07:00 AM PDT

At only two years of age Akim took up violin lessons under instructor Birgit Thiele at the Marzahn-Hellersdorf  School of Music. Akim was at this point still in diapers and speaking in unintelligible toddler gibberish yet he was remarkably able to remember music heard and the names of all orchestral instruments. Moved by his remarkable memory and natural "ear for music" Akim's teacher began instructing the toddler twice a week in 45 minute sessions.Akim participated enthusiastically and, due in part to his remarkable memory, the toddler was learning unbelievably fast. After six months of this fairly light training regimen little Akim had his debut performance in December 2003 at the age of two in a Christmas concert "Schneefloeckchen, Weissroeckchen" put on by the Marzahn-Hellersdorf School of Music.
Birgit Thiele and the music school principal, Gudrun Mueller, messaged Andre Rieu, the celebrity Dutch violinist, regarding Akim's prodigious talent through his website. Rieu responded swiftly. He sent a camera crew to Berlin to film little Akim on the violin. What he saw astounded him. He hastily took action and invited the parents and grandmother of the boy to his studio in Kerkrade, Netherlands along with Akim. Three year old Akim's performance at the studio was apparently so impressive that it left all of the orchestra members in astonishment and disbelief.
Within two weeks little Akim was performing with Rieu in concert at Kerkrade's Parkstad Limburg Stadion filled to near max capacity with an audience of 18,000 people on a toddler-size violin and wearing a tiny custom-made concert tuxedo and dress shoes. After amusing the crowd with a "water trick" toddler Akim then performed Ferdinand Kuchler's violin concertino in G, opus 11 followed by a brief encore performance. Akim exited stage right after two massive standing ovations and roaring cheers.
Following the success of Akim's performance the little boy had to be essentially hidden from the public eye as many German television stations began pursuing him for appearances. Rieu took the toddler under his wing, so to speak, paying for his musical lessons on both violin and piano and overseeing his instruction (both musical and otherwise) so that Akim will remain "a nice boy" and not become "an insufferable child prodigy" as Rieu fears would be a possibility without his influence.
With his uncanny ability to memorize a musical piece after hearing it only once or twice, Akim's talent developed rapidly and his youthful enthusiasm and passion for the violin only grew. After an interview and appearance on a Danish TV show the young prodigy performed once again with Andre Rieu. This time Akim was performing a more complex piece, Felix Mendelssohn's Dance of the Fairies and at New York City's Radio City Music Hall, and with an appropriately bigger violin. He also sang "Pie Jesu" with Carla Maffioletti.

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan <b>Izreen Azminda</b> - RotiKaya

Posted: 02 Sep 2012 10:40 AM PDT

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Izreen Azminda & Muhamad RizaKhamis lalu, Izreen Azminda sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan'nya Muhamad Riza yang juga merupakan seorang jurukamera produksi dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini di'satukan oleh bapa Izreen Azminda sendiri di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza di'raikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.

Pada majlis resepsi itu, kedua dua ini mempelai mengenakan persalinan rekaan Azura Couture & memori indah mereka telah di'rakamkan oleh jurugambar dari Bunga Studio Motion.

Gambar berserta video sekitar resepsi perkahwinan Izreen Azminda & Muhamad Riza selepas ini terima kasih buat Bunga Studio Motion. Enjoice!

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Awal Lagi - Norkiriah, <b>Tomok</b>, Remy Ishak

Posted: 16 Oct 2012 07:07 AM PDT




Lirik Aku Datang - <b>Tomok</b> | 1 Lirik Lagu.com

Posted: 26 Sep 2012 05:20 AM PDT

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari-jariku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harus ku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan padamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

Related posts:

  1. Lirik Berlari – Tomok
  2. Lirik Ku Sendiri – Aliff Aziz
  3. Lirik Memandang Awan – Sharifah Zarina
  4. Lirik Akan Ku Jumpa – Azfar (OST Syurgamu Ramadhan)
  5. Lirik Bagaikan Bidadari – Tomok

No comment yet. Be the first to leave a comment!

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Juara Asian Wave 2012 | ROTIKAYA

Posted: 20 Sep 2012 05:05 PM PDT

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Seorang lagi penyanyi Malaysia berjaya bergelar yang terbaik di pentas antarabangsa. Shila Amzah telah berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di China.

Kemenangan Shila Amzah pada pertandingan malam tadi menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Pada malam persembahan akhir, Shila Amzah membawakan lagu Grenade (Bruno Mars), sebuah lagu Melayu nyanyian asal Jaclyn Victor, Gemilang & sebuah lagu Mandarin.

Tahniah buat Shila Amzah atas pencapaian ini & bukan calang calang bakat boleh tewaskan peserta dari negara yang memiliki industri hiburan lebih gah & maju. Heh.

Related Posts
Categories
Tag

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> & Diana Danielle Nikah 3 November - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 06:53 AM PDT

Pelakon serta pengarah popular, Farid Kamil mengejutkan hadirin yang datang apabila telah mengumumkan tarikh majlis pernikahannya dengan pelakon cantik, Diana Danielle yang bakal berlangsung pada 3 November depan.

Pengumuman secara tergempar itu dibuat ketika berlangsungnya majlis tayangan media filem terbaru arahan serta lakonannya, Pe3, di TGV Sunway Pyramid, sebentar tadi.

"Dengan keizinan kedua ibu bapa saya, dengan ini saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin dengan Diana pada 3 November ini," ujarnya ringkas penuh bermakna.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu setelah menyulam kasih selama tiga tahun. Pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan mereka di sebuah tasik dan taman di Hotel Flamingo, Ampang.

Majlis resepsi Diana pula akan berlangsung pada ulangtahun kelahiran Diana yang ke-21 iaitu pada 21 November ini manakala majlis di sebelah Farid pula akan diadakan pada bulan Disember depan.

Tahniah diucapkan kepada Farid serta Diana dan semoga majlis yang dirancang akan berlangsung dengan lancar dan penuh meriah!

<b>FARID KAMIL</b> DAN DIANA DANIELLE KAHWIN 3 NOVEMBER 2012

Posted: 15 Oct 2012 12:18 PM PDT

Farid Kamil dan Diana Danielle kahwin 3 November 2012

gambar diana danielle farid kamil nikah farid kamil dan diana danielle kahwin 3 november 2012

Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengesahkan tarikh pernikahan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Production

"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini

Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya ringkas

Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada1 September lalu

Majlis yang diadakan di Damansara itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak

Difahamkan pada majlis tersebut kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> Telefon|Great Teacher Onizuka

Posted: 24 Sep 2012 06:07 AM PDT


RM20 ribu? Hanis Zalikha pun berlakon?
P.s : Mak Hanis Zalikha cakap, Alisya banyak malu-malu depan kamera, susah kalau nak audition...Hik3, takperlah, Papa idam-idamkan Alisya jadi Doktor Gigi or Businesswoman yang berjaya ....

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b> Sudah Sedia Bersuami Baru – Perak Today

Posted: 26 Aug 2012 01:00 AM PDT

Selepas genap setahun berhijrah, penyanyi, Siti Nurdiana mengakui sudah bersedia untuk mencari bapa baru buat putranya Mohammad Ryyan Nakhaie yang kini sudah pun berusia 4 tahun.

Malah, penyanyi yang senang disapa dengan panggilan Nana ini mengakui dia sedang berkawan dengan seseorang yang seusia dengannya.

"Sekarang ini, Nana memang ada berkawan dengan seseorang. Namun, Nana rasa ada baiknya Nana cakap dia sebagai kawan saja. Untuk perkahwinan kali kedua ini, Nana mahu cari yang terbaik.

"Bukan saja untuk Nana, bahkan untuk anak Nana. Nana mahu lelaki yang betul-betul mampu menjadi ayah kepada Ryyan. Terus-terang, Nana masih lagi mengintai adakah dia orangnya.

"Insya-Allah, jika benar dia orangnya, Nana akan berkahwin dengan dia pada bila-bila masa saja. Nana sudah lama mengenalinya dan dia adalah seorang usahawan," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai lelaki tersebut, Nana memberitahu jejaka berkenaan sedang cuba merapatkan diri serta mengenali anaknya itu.

"Sekarang ini, sikit-sikit dia cuba memikat hati anak saya. Dia pun masih muda dan belum pernah ada pengalaman dengan budak-budak. Dia sebaya dengan Nana. Sebenarnya, Nana kenal dia sebelum Nana bertudung lagi

"Sebelum ini, Nana pernah berkawan dengan lelaki yang lebih berusia. Namun, ianya berakhir begitu saja dan tidak sesuai dengan Nana.," ujarnya.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Nana seperti biasa beraya di Negeri Sembilan bersama anaknya dan ibu bapanya. Malah, diaturut menziarahi kubur arwah Faizal (bekas suami)

"Saya bawa anak saya sekali. Keluarga arwah Faizal juga meminta untuk beraya bersama Rayyan. Jadi, saya hantar Rayyan ke sana. Saya tidak beraya bersama mereka, sekadar berkunjung sahaja.

"Ryyan selalu ingatkan arwah. Setiap kali menonton drama lakonan arwah, dia mesti beritahu Nana bahawa itu adalah ayahnya," jelasnya.