"Selepas balik dari Anugerah Planet Muzik (APM) 2012, saya dinasihatkan oleh ayah bahawa apa yang telah diperkatakan saya tempoh hari adalah satu tindakan yang tidak wajar untuk saya bercakap di tempat umum.
"Bagi saya, itu merupakan satu gurauan dan kini saya telah belajar dari kesilapan tersebut," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Konsert Shila Amzah Sempena Gala Amal PAMOGA-GAZA petang tadi.
Tambahnya lagi, "Macam saya cakaplah, itu semua sekadar gurauan sahaja. Tidak ada maki hamun atau apa-apa yang boleh disalah faham oleh pelbagai pihak," katanya pada GUA.
Turut mengulas mengenai isu berkaitan adalah bapa Shila, ND Lala yang telah menemaninya ke majlis itu.
"Orang melihat dengan pelbagai tafsiran yang berbeza walaupun itu adalah gurauan semata-mata. Sebagai selebriti, orang akan memandang dia (Shila) dengan pelbagai sudut yang berbeza. Apa yang saya boleh perkatakan di sini, dia sudah mempelajari kesilapan yang telah dilakukannya dan berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Kini, semuanya telah kembali seperti biasa,' ujar ND Lala.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku, Shila dan Sharnaaz Ahmad dikatakan telah bergaduh di Twitter pada Sabtu lalu sehingga Sharnaaz mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Shila. Tetapi kemudiannya, Sharnaaz menulis di Twitter: "Sorry kena hack..maaf ya kawan kawan :)"
Kononnya pergaduhan mereka disebabkan Shila yang mengumumkan di hadapan penonton APM 2012 bahawa Sharnaaz cemburu dia berduet dengan Taufik Batisah. Ditambah pula, ketika menerima trofi Artis Wanita Terbaik Shila terlupa menyebut namanya.
PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany. Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor. "Alhamdulillah, segala penat lelah dan kesabaran saya dan isteri berhasil. Semakin lama, jenama kicap dan belacan Ezany diterima ramai dan ia kini dijual di beberapa pasaraya seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.
"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih, saya tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan. "Contohnya, bekas kicap yang sebelum ini hanya menggunakan botol plastik kini ditukar kepada kaca dan belacan pula saya jadikan ia kepada serbuk dan kiub. Ini semua untuk membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut," katanya. Selain perniagaan kicap dan belacan, Ezany turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.
Tambah Ezany, perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya. "Memang bukan mudah untuk membahagikan masa. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terdaya. Kiranya, jika habis sahaja penggambaran, saya akan terus ke pejabat untuk buat apa yang patut. "Isteri juga membantu dan selain itu saya memiliki empat orang pekerja yang menolong menjalankan perniagaan ini," ujarnya.
Kata Ezany lagi, dia menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing. Sementara itu, Ezany kini muncul menerusi drama Kemboja Putih di slot Legenda TV3 yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang
PENYANYI : ALIF SATAR KOMPOSER & PENULIS LIRIK : ZIMI LIRIK PENDUSTA- ALIF SATAR
Indah sungguh tika dahulu Tingginya sungguh cintamu Bila waktu telah berlalu Tertusuk semua hatiku Bukan tak mencintaimu Segala hanya untukmu Tapi kau tak pernah tahu Betapa hancur hatiku Chorus: Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Ku katakan dusta Segala yang kau kata Tak pernah untuk setia Bukan tak mencintaimu Segala hanya untukmu Tapi kau tak pernah tahu Betapa hancur hatiku Chorus: Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Ku katakan dusta Segala yang kau kata Tak pernah untuk setia Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Ku katakan dusta Segala yang kau kata Tak pernah untuk setia Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Ku katakan dusta Segala yang kau kata Tak pernah untuk setia Kau katakan cinta Semua memang ku punya Tak pernah untuk berubah Ku katakan dusta Segala yang kau kata Tak pernah untuk setia
maaf jika tersalah bicara..sudilah like kalau suka entry nie..dan komen jika anda nak bgtau apa2 saja ttg blog nie..terima kasih.p/s: penceritaan adalah simpanan/rujukan untuk masa hadapan penulis
Mengetahui berita pertunangan bekas kekasihnya, Anne Ngasri melalui laporan akhbar seminggu yang lalu benar-benar menyentak hati penyanyi bersuara husky ini, Aliff Aziz. Apatah lagi, laporan akhbar itu turut menyebut bahawa wanita yang pernah bertakhta dalam hatinya itu berhasrat untuk melaksanakan perkahwinan bersama Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.
Riak wajah Aliff Aziz yang hadir di majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa, lewat petang semalam berubah sedih apabila mengimbas kembali janji mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak tercapai disebabkan hubungan cinta mereka retak pada bulan September lalu.
"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur kata, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.
"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian. Pada saya, dia adalah wanita yang sempurna dan saya tak pernah menyesal berjumpa dengannya.
"Sejak berpisah, pertama kali dalam hidup, saya memang rasa kehilangan yang teramat besar. Tapi, saya sedar bahawa saya masih mempunyai keluarga dan peminat yang memberikan sokongan. Saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, nothing can stop me. Namun, saya tetap rasa kosong, rasa 'lost' tanpa dia.
Pada masa yang sama, Aliff turut memberitahu bahawa Anne Ngasri ada menghubungi bapanya untuk bertanya khabar. Namun, ketika itu Anne tidak memaklumkan sebarang berita pertunangan kepada orang tuanya.
"Dia ada menghubungi bapa saya, tanya sihat atau tak. Bapa saya ada tanya, 'tak nak contact Aliff ke?'. Tapi, Anne kata yang dia memang tak nak hubungi Aliff kerana enggan merobekkan lagi hati Aliff.
Walaupun jelas kesedihan, penyanyi ini menerima bahawa kegagalan hubungan mereka mungkin berpunca daripada sikap endah tak endah yang dipraktiskan tanpa sedar terhadap Anne Ngasri.
"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, dengan izin-Nya kesakitan ini dapat dikurangkan.
"Saya turut mendoakan agar perkahwinan Anne bersama bakal suaminya kekal sehingga akhir hayat," luahnya yang turut tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Hubungan Anne Ngasri & Aliff Aziz menemui jalan buntu apabila kedua-duanya mengambil keputusan berpisah pada 23 September yang lalu.
Kumpulan Indie terkenal tanahair Meet Uncle Hussein (MUH) akan dapat pengganti Lan yang dah tidak lagi bersama kumpulan popular itu.
Dengar-dengarnya pengganti Lan ialah seorang penyanyi yang juga memiliki nada suara yang tinggi persis Lan. Orangnya ialah Black, juara Mentor 3. Tapi ia bukanlah pasti, hanya buah mulut orang sajalah.
Tapi setakat ini kata sumber itu, ia belum diputuskan lagi. Yalah bukan senang nak cari pengganti. Mungkin suaranya sesuai tapi kalau jiwa si penyanyi tidak seiring dengan arus muzik mereka, nanti akan menyusahkan juga. Macam mana dia nak menghayatinya.
Semua orang tahu arus muzik yang disukai oleh Black, bukanlah macam muzik MUH.