Shila Amzah - Google Blog Search |
<b>Shila Amzah</b> – Saya Belajar Dari Kesilapan - Gua.com.my Posted: 17 Dec 2012 05:57 AM PST "Selepas balik dari Anugerah Planet Muzik (APM) 2012, saya dinasihatkan oleh ayah bahawa apa yang telah diperkatakan saya tempoh hari adalah satu tindakan yang tidak wajar untuk saya bercakap di tempat umum. "Bagi saya, itu merupakan satu gurauan dan kini saya telah belajar dari kesilapan tersebut," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Konsert Shila Amzah Sempena Gala Amal PAMOGA-GAZA petang tadi.
Tambahnya lagi, "Macam saya cakaplah, itu semua sekadar gurauan sahaja. Tidak ada maki hamun atau apa-apa yang boleh disalah faham oleh pelbagai pihak," katanya pada GUA. Turut mengulas mengenai isu berkaitan adalah bapa Shila, ND Lala yang telah menemaninya ke majlis itu. "Orang melihat dengan pelbagai tafsiran yang berbeza walaupun itu adalah gurauan semata-mata. Sebagai selebriti, orang akan memandang dia (Shila) dengan pelbagai sudut yang berbeza. Apa yang saya boleh perkatakan di sini, dia sudah mempelajari kesilapan yang telah dilakukannya dan berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Kini, semuanya telah kembali seperti biasa,' ujar ND Lala.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku, Shila dan Sharnaaz Ahmad dikatakan telah bergaduh di Twitter pada Sabtu lalu sehingga Sharnaaz mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Shila. Tetapi kemudiannya, Sharnaaz menulis di Twitter: "Sorry kena hack..maaf ya kawan kawan :)" Kononnya pergaduhan mereka disebabkan Shila yang mengumumkan di hadapan penonton APM 2012 bahawa Sharnaaz cemburu dia berduet dengan Taufik Batisah. Ditambah pula, ketika menerima trofi Artis Wanita Terbaik Shila terlupa menyebut namanya. |
You are subscribed to email updates from Shila Amzah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan