Nuffnang

Isnin, 25 Februari 2013

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


Muzik Video: <b>Kumpulan Spider</b> Lancarkan MV Rasmi “Tapi - OhBulan

Posted: 09 May 2012 11:19 AM PDT

Siapa lagi yang masih belum mendengar lagu berjudul "Tapi Bagaimana" oleh kumpulan Spider ini? Kalau belum, anda ketinggalan zaman. Ini serius.

Lagu yang sedang popular dan masih menguasai carta-carta muzik di radio-radio tempatan ini akhirnya telah tampil dengan sebuah muzik video rasmi arahan Khairul Hazwan. Menampilkan Tam Spider sebagai watak utama, penyanyi yang sudah lama berada didalam industri hiburan ini telah digandingkan bersama seorang gadis bernama Azura. Ya, gadis ini comel. Kami serius.

Tidak mahu bercakap panjang, anda saksikan sendiri muzik video berjudul "Tapi Bagaimana" oleh Spider selepas ini ya!

Tags: , , , , , ,

Radio - Radio RTM: OHBULAN!

Posted: 21 Feb 2013 11:22 PM PST

DSC_0060

Seronok bila mendengar Festival Layang-Layang Sedunia kembali ke Pasir Gudang sekali lagi! Buat kali ke-18 sejak dianjurkan pada 1995, ia sudah menarik hampir 2,000 peserta seluruh dunia. Tahun lalu jumlah terbesar dicatatkan Festival Layang-Layang Pasir Gudang Sedunia itu dengan jumlah 225 peserta dan dijangkakan jumlah ini bakal bertambah.

Malah pada festival kali ini, lebih 600 peserta tempatan di peringkat sekolah, negeri dan badan-badan korporat dari 193 pasukan bakal menyertainya.

Festival ini diadakan secara besar-besaran di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang Johor dan ia sudahpun bermula Rabu lalu hingga Ahad ini.

Ia adalah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta mendapat kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

DSC_0035

Terdapat 36 negara dijangka menyertai festival ini dan negara baru yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.  Manakala antara negara lain yang terus menyokong festival ini ialah China, Jepun, England, Perancis, Belgium, Lebanon, New Zealand dan Australia.

Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji On Jabbar@Jaafar berkata pelbagai aktiviti sudah direncanakan khusus untuk pengunjung antaranya pertandingan layang-layang dan wau peringkat sekolah, korporat dan kebangsaan.

"Kita juga akan mengadakan pertunjukan layang-layang dari peserta antarabangsa serta persembahan kebudayaan setiap malam dan antara artis jemputan termasuk Ayai, Saleem dan kumpulan Spider. Kehadiran peserta antarabangsa akan turut dimanfaatkan melalui bengkel yang dikendalikan mereka sepanjang festival ini," katanya.

DSC_0234

Menurut beliau, julung-julung kalinya, akan berlangsung pertandingan Layang-Layang peringkat sekolah Asean dan kategori dipertandingkan ialah Layang-Layang Ciptaan 2D, Layang-Layang Train Kite dan Layang-Layang Rokkaku 5 kaki.

"Tentunya sebagaimana tahun lalu, festival kali ini akan turut menampilkan pertunjukan layang-layang paling unik menggunakan cahaya pada waktu malam di mana ia bakal menggunakan teknologi lampu LED," katanya.

Masuk adalah percuma dan maklumat lanjut boleh diperolehi dari capaian berikut:

http://www.mppg.gov.my/documents/10124/f1906ec4-e730-4018-b31c-1097fd58940f

DSC_0075

Turut diadakan ialah pelbagai gerai jualan layang-layang di tapak pertandingan bagi membolehkan orang ramai mencuba sukan ini.

Jom kita turun beramai-ramai ke Pasir Gudang !

Tags:

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Akui Tolak Sesi Bergambar Tidak Berbaju - Gua.com.my

Posted: 10 Jan 2013 10:55 AM PST

Kegembiraan jelas terpancar di wajah aktor tampan, Adi Putra ketika membicarakan perihal sinar baru yang banyak menggubah hidupnya dan isteri. Tambahan pula kehadiran cahaya mata yang diberi nama Zara Adelia itu sudah lama dinantikan oleh mereka.

"Sukar diungkapkan bagaimana terujanya saya dengan kehadiran anak saya itu dan saya mampu menggambarkan keseronokan tersebut sebagai tidak dapat dibeli. Zara Adelia memberikan saya inspirasi dan kekuatan dari pelbagai segi," kata Adi Putra ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3.

Justeru, Adi Putra menganggap yang kehadiran anaknya itu memberikan rezeki serta semangat buat dirinya yang baru saja menubuhkan syarikat sendiri iaitu Nur ADP. Sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah novel 'Suami Aku Ustaz' yang masih dalam perancangan bakal menjadi buah tangan sulung syarikatnya.

                               

Tidak menafikan kenyataan yang mengatakan aktor kelahiran Singapura itu kini menolak untuk sesi bergambar tidak berbaju. Dia berpendapat bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah kerana perlu menjadi ikon yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

"Namun photoshoot adalah berbeza dengan lakonan kerana lakonan merupakan kerjaya saya dalam bentuk visual. Jika kehendak watak yang menuntut saya untuk membuka baju, jadi sebagai pelakon saya perlu menunaikannya," kata Adi Putra.

Bersyukur dan berterima kasih dengan para peminat yang tidak jemu menyokongnya dari belakang, Adi Putra menganggap yang Anugerah Bintang Popular bukan lesen untuk menghangatkan kelab peminat. Dia merasakan yang peminat bertindak sebagai tulang belakang turun naiknya kerjaya seseorang artis itu.

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


Jejaka Ini Kekasih Baru <b>Stacy AF</b>? - Melodi Online

Posted: 24 Nov 2012 06:45 PM PST

Pertama kali kami lihat gambar yang di'kirimkan ini, kami sangka ia hanyalah sekadar peminat bergambar dengan artis kegemaran tetapi sumber kami menyatakan sebaliknya.

Jejaka dalam gambar di'sebelah khabarnya salah seorang pelakon muda dalam drama 6 Progresif bernama Ijoy dan kini beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Stacy AF.

Sumber kami yang juga mendakwa diri sebagai peminat setia Stacy AF berkata pernah terserempak dengan Ijoy bersama penyanyi itu di'beberapa buah acara yang di'hadiri.

"Tetapi, mereka berdua sering menolak kalau kami ingin ambil gambar bersama — mungkinkah ada rahsia antara mereka yang mahu disembunyikan?" gigih peminat Stacy ini.

Bukan itu sahaja, Ijoy juga di'dakwa pernah bermasam muka & bertengkar mulut dengan Akim AF tentang satu isu berkaitan Stacy AF tidak berapa lama dahulu. Kes cemburu?

Jika di'lihat barisan pelakon utama drama 6 Progresif, memang tiada sesiapa bernama Ijoy dna mungkin pelakon ini hanya tempelan dan terlalu baru untuk di'kredit namanya. Eh.

Oh ya, sumber kami juga dengan yakin mengatakan yang ibu Stacy AF lebih selesa dengan hubungan penyanyi Pelangi Senja ini dengan Ijoy berbanding hubungan beliau dengan Akim Ahmad sebelum ini.

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Ning Baizura</b> Dapat Bayi Lelaki - Gua.com.my

Posted: 30 Jan 2013 07:15 PM PST

Penyanyi Ning Baizura telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3:06 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Kelahiran bayi ini cukup istimewa kerana ia juga bersamaan dengan hari ulangtahun perkahwinan Ning dan suami Chris yang ke–5.

Menurut kenyataan media yang dikirimkan oleh Pengurus Ning, Aylwin Santiago, Ning dan bayi berada dalam keadaan sihat.

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan hujan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:51 AM PDT


<b>Kumpulan Hujan</b> Juara Versus | Sensasi Selebriti

Posted: 01 Jun 2012 08:03 PM PDT

Tahniah buat kumpulan Hujan kerana telah bergelar Juara Versus di TV9.

Dengan undian sebanyak 50.6 peratus, kumpulan Hujan berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus, yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.

Hujan telah mengalahkan kumpulan Go Gerila yang mendapat undian sebanyak. 49.6 peratus sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama. Memang kami nak menang sebenarnya, tapi tak sangka memang ia benar-benar jadi realiti kerana sebelum ini markah undian daripada penonton tak tinggi berbanding kumpulan-kumpulan lain," kata vokalis Hujan, Noh, pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

Pada konsert tersebut, terdapat dua segmen iaitu 'medley Mash-Up' dan persembahan lagu baru.

HUJAN

Bagi medley 'Mash-Up', Hujan membawakan lagu Dan Bila Esok dan Lamunan Terhenti, Black and Parallax (Merisik Khabar dan Sekadar Di Pinggiran), Go Gerila! (Biso Bonar dan Curiga), Sofazr (Basikal Tua dan Inilah Nasibku) dan 6ixth Sence (Warisan dan Fiona).

Manakala untuk lagu baru pula Hujan membawakan lagu Ke Selatan, Black and Parallax (Aku vs Kamu), Go Gerila (Hadiah), Sofazr (Berakhir) dan 6ixth Sence (Hossi).

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang jurijemputan mingguan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


<b>Azhan Rani</b> jadi hantu pocong dalam Amukan Pocong

Posted: 03 Mar 2012 09:48 AM PST

Ahad, 24 Februari 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tidak Mahu Komen Status Tunang | OHBULAN!

Posted: 21 Oct 2012 08:02 PM PDT

Mengikut perancangan, akter manis Elly Mazlein dikatakan bakal disatukan dengan pasangannnya yang juga seorang pengarah filem, Azmi Hatta pada Februari lalu. Akan tetapi, disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut telah ditunda sehingga Disember tahun depan.

Menurut laporan Kosmo Online hari ini, Elly Mazlein ketika ditemuai pada majlis pelancaran trailer 'Awan Dania The Movie' baru-baru ini difahamkan tidak lagi memakai cincin pertunangannya dan apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Azmi Hatta, aktress ini hanya mampu berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai juga," katanya dalam nada berkias.

Disamping itu, aktres ini turut akui bahawa keluarga sangat memahami dan tidak memaksa dirinya untuk berkahwin dalam kadar segera.

"Memang saya sangat bersyukur kerana keluarga amat memahami saya. Mereka tidak pernah paksa saya untuk lakukan sesuatu perkara, sama juga halnya dengan perkahwinan."

"Faktor usia tidak membuatkan saya mahu segera berkahwin. Buat apa saya ikut kata orang dan puaskan hati pihak lain sedangkan diri sendiri yang merana. Saya jenis orang yang ikut kata hati," tegas Elly Mazlein.

Tags: ,