Nuffnang

Isnin, 25 Februari 2013

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


Muzik Video: <b>Kumpulan Spider</b> Lancarkan MV Rasmi “Tapi - OhBulan

Posted: 09 May 2012 11:19 AM PDT

Siapa lagi yang masih belum mendengar lagu berjudul "Tapi Bagaimana" oleh kumpulan Spider ini? Kalau belum, anda ketinggalan zaman. Ini serius.

Lagu yang sedang popular dan masih menguasai carta-carta muzik di radio-radio tempatan ini akhirnya telah tampil dengan sebuah muzik video rasmi arahan Khairul Hazwan. Menampilkan Tam Spider sebagai watak utama, penyanyi yang sudah lama berada didalam industri hiburan ini telah digandingkan bersama seorang gadis bernama Azura. Ya, gadis ini comel. Kami serius.

Tidak mahu bercakap panjang, anda saksikan sendiri muzik video berjudul "Tapi Bagaimana" oleh Spider selepas ini ya!

Tags: , , , , , ,

Radio - Radio RTM: OHBULAN!

Posted: 21 Feb 2013 11:22 PM PST

DSC_0060

Seronok bila mendengar Festival Layang-Layang Sedunia kembali ke Pasir Gudang sekali lagi! Buat kali ke-18 sejak dianjurkan pada 1995, ia sudah menarik hampir 2,000 peserta seluruh dunia. Tahun lalu jumlah terbesar dicatatkan Festival Layang-Layang Pasir Gudang Sedunia itu dengan jumlah 225 peserta dan dijangkakan jumlah ini bakal bertambah.

Malah pada festival kali ini, lebih 600 peserta tempatan di peringkat sekolah, negeri dan badan-badan korporat dari 193 pasukan bakal menyertainya.

Festival ini diadakan secara besar-besaran di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang Johor dan ia sudahpun bermula Rabu lalu hingga Ahad ini.

Ia adalah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta mendapat kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

DSC_0035

Terdapat 36 negara dijangka menyertai festival ini dan negara baru yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.  Manakala antara negara lain yang terus menyokong festival ini ialah China, Jepun, England, Perancis, Belgium, Lebanon, New Zealand dan Australia.

Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji On Jabbar@Jaafar berkata pelbagai aktiviti sudah direncanakan khusus untuk pengunjung antaranya pertandingan layang-layang dan wau peringkat sekolah, korporat dan kebangsaan.

"Kita juga akan mengadakan pertunjukan layang-layang dari peserta antarabangsa serta persembahan kebudayaan setiap malam dan antara artis jemputan termasuk Ayai, Saleem dan kumpulan Spider. Kehadiran peserta antarabangsa akan turut dimanfaatkan melalui bengkel yang dikendalikan mereka sepanjang festival ini," katanya.

DSC_0234

Menurut beliau, julung-julung kalinya, akan berlangsung pertandingan Layang-Layang peringkat sekolah Asean dan kategori dipertandingkan ialah Layang-Layang Ciptaan 2D, Layang-Layang Train Kite dan Layang-Layang Rokkaku 5 kaki.

"Tentunya sebagaimana tahun lalu, festival kali ini akan turut menampilkan pertunjukan layang-layang paling unik menggunakan cahaya pada waktu malam di mana ia bakal menggunakan teknologi lampu LED," katanya.

Masuk adalah percuma dan maklumat lanjut boleh diperolehi dari capaian berikut:

http://www.mppg.gov.my/documents/10124/f1906ec4-e730-4018-b31c-1097fd58940f

DSC_0075

Turut diadakan ialah pelbagai gerai jualan layang-layang di tapak pertandingan bagi membolehkan orang ramai mencuba sukan ini.

Jom kita turun beramai-ramai ke Pasir Gudang !

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Komen