Nuffnang

Sabtu, 29 Mac 2014

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Hubungan <b>Fida Ibrahim</b> dan Zalif Sidek berakhir – Perak Today

Posted: 22 Jul 2013 10:48 AM PDT

fidaPenyanyi dan pelakon Fida Ibrahim mengakui hubungannya dengan Zalif Sidek sudah pun berakhir sejak dua bulan lalu dan mereka tidak lagi berhubung.

Jelas Fida yang popular dengan lagu "Apo Kono Eh Jang" ini, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu disalah anggap sebagai pihak ketiga selepas seorang wanita mendakwa sebagai kekasih aktor itu.

"Nak cakap kami bercinta pun sebenarnya tidak. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya hubungan itu berjalan lancar tetapi apabila ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, saya enggan mengeruhkan lagi keadaan.

"Apabila kami semakin rapat, ada pihak mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada saya," ujarnya ketika ditemui di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, "Sebelum ini Zalif memberitahu saya yang dia tidak mempunyai teman wanita. Sebab itu saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budinya. Namun apabila saya kerapa menerima SMS daripada pihak tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat, saya rasa kurang seronok dan macam mengganggu hubungan orang lain. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengundur diri."

Sementara itu Fida turut memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih, Mamat (Sepah) sudah baik selepas muncul dalam program televisyen "Apa Saja FBI" di TV9 baru-baru ini.

"Kami dah berbaik selepas muncul dalam sebuah program. Hubungan tersebut tidak lebih sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi. Saya juga tak mahu kenang dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku sebelum ini," jelas penyanyi berusia 27 tahun ini lagi.

Hubungan Fida dan Mamat berakhir selepas pelawak tersebut tidak sengaja memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya sehingga mendapat kritikan negatif peminat.

Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim turut memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ingin fokus kepada karier nyanyian dan lakonan.

- Tupai.com

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> &#39;Bengang&#39; Dengan Media Luar | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 26 Mar 2014 02:32 AM PDT

Pelakon Hans Isaac meluahkan rasa kesalnya dengan spekulasi yang bertebaran mengenai insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 8 Mac lalu.

Hans menyatakan rasa terkilannya terhadap media luar negara yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini malah menganggap kerajaan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.

Memetik laporan Gua, Hans berkata, "saya sedih. Seluruh rakyat Malaysia sedih. Sebagai rakyat Malaysia, saya nampak usaha kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan buat salah, saya pasti akan bersuara. Tapi kerajaan dah lakukan sehabis baik usaha mereka dan kita harus menghargai usaha tersebut.

"Tapi media antarabangsa seolah-olah tidak sensitif demi mencari berita untuk mengekalkan rating mereka," katanya.

Hans turut terkesan dengan tragedi MH370 apabila rakannya kehilangan ahli keluarga yang merupakan di antara 227 penumpang pesawat tersebut. - Mynewshub.my 

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Temani Nedim Nazri Di Hospital | - Beautifulnara

Posted: 26 Mar 2014 05:30 PM PDT


Amboi romantiknya pasangan "kawan tapi mesra" ini. Beruntunglah Nedim mempunyai seorang rakan yang sanggup menemani ketika saat gembira dan saat sedih. Respek Abang Nara terhadap Nora Danish yang sanggup turun ke hospital pada jam 3 pagi untuk melihat keadaan Nedim. Pasti Nora penat, namun demi seorang rakan, kepenatan itu dibuang jauh-jauh.

nora lawat nedim

Tidak diketahui pula punca kemasukan Nedim ke hospital beberapa hari yang lalu. Namun daripada update di akaun Instagramnya, Nedim telah pun keluar dan tampak sihat seperti biasa. Di kala cuaca panas dan hujan yang silih berganti ini, Abang Nara nasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati dan serius menjaga kesihatan masing-masing.
nora lawat nedimApa pun Abang Nara suka melihat aksi Nora dan Nedim yang begitu mengambil berat diri masing-masing. Semoga hubungan mereka berdua akan maju setapak lagi. Pasti ramai yang mahu melihat mereka bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

P.S: Imej satelit kenalpasti 122 objek di Lautan Hindi

Baca Yang Ini Pulak:-

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama | MyArtis - Mynewshub <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 06:49 PM PST

PETALING JAYA – Penyanyi Alyah menjelaskan dia terpaksa menolak banyak jemputan ceramah berkaitan agama apabila membuat keputusan memakai tudung selepas kembalinya daripada mengerjakan umrah pada April 2013.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, dia tidak bersedia untuk bercerita hal-hal agama selepas menukar imej kerana bimbang akan timbul tafsiran negatif yang akan merosakkan dirinya.

"Saya dapat banyak tawaran untuk berceramah tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Saya mengaku ilmu agama saya masih cetek dan tidak wajar untuk saya bercerita hal-hal agama yang mungkin nanti akan menyebabkan banyak salah faham," katanya kepada mStar Online.

Alyah memberitahu, langkahnya memakai tudung adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik secara berperingkat dan bukannya menjadikan ia sebagai satu trend gaya wanita Muslimah.

Malah kata Alyah, ada juga segelintir pihak yang menjemputnya untuk bercakap mengenai perubahan dirinya itu di pentas politik.

"Kalau nak suruh saya bercakap soal kerjaya dan bagaimana untuk memperbaiki imej, insya-Allah saya boleh tetapi kalau sentuh bab-bab politik, saya terpaksa tolak. Itu bukan cara saya," katanya.

Ditanya apakah perubahannya selepas memakai tudung Alyah berkata, dia menjadi dirinya yang sebenar dan masih seperti dulu.

Malah Alyah akui, mereka yang berusaha untuk berubah menjadi baik akan diuji dengan macam-macam ujian sehingga boleh menimbulkan perasaan riak dan takbir dalam diri.

Untuk itu jelas Alyah, dia perlu berjaga-jaga daripada segi tutur kata dan pergaulan di khalayak agar imej yang dibawa itu seiring dengan perubahan yang sedang dilakukannya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu Alyah berkata dia bakal muncul dengan single berjudul Sesal Separuh Nyawa. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Jo SungMo surprises Kim <b>Yuna</b> in a live performance of &#39;<b>Yuna</b>-ya <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2014 11:12 PM PDT

Jo Sung Mo, who recently released the MV for his new song 'Yuna-ya' on March 25, performs a live performance.

Apparently, in the MV of 'Yuna-ya', actor Kim Woobin's girlfriend Yoo Ji Ahn is the female lead 'Yuna'. However, it seems like there's a real Yuna, to whom Jo SungMo serenaded in his live performance.

On March 28, a video was released through Kim Yuna's 'Hommage Yuna' Youtube account. They featured Jo SungMo's song 'Yuna-ya' as the 3rd gift for the Queen of Ice. In the video, Kim Yuna appeared and did a short interview without knowing a romantic live performance will take place.

During the live performance of Jo SungMo, Kim Yuna couldn't hide her surprise. Watch below:

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


<b>Lisdawati</b> Dakwa Diserang & Diugut Sharnaaz Ahmad, Buat <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 06:08 PM PST

Pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis berhudung satu SMS berbaur ugutan yang diterima dari Sharnaaz Ahmad baru baru ini dan dipercayai berkait dengan serangan pelakon 'panas baran' itu terhadap Lisdawati baru baru ini.

"Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis"

Itu merupakan SMS yang didakwa diterima Fauzi Nawawi dari Sharnaaz Ahmad pada 21 Februari lalu sekitar 9.42 pagi & percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Lisdawati.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Tambah Fauzi Nawawi lagi, beliau menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz Ahmad atas sebab apa beliau menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran baru baru ini.

"Saya hanya minta penjelasannya dan dia munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung," katanya lagi.

Lisdawati yang turut memberi kenyataan berkata yang beliau tidka apa punca tindakan Sharnaaz Ahmad memaki hamun dan menyerang dirinya. Pelakon ini juga berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincan secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk dan memaki hamun.

Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang insiden ini dan mendakwa punca semua ini hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh Fauzi Nawawi & Lisdawati.

"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media"

"Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf," ujar Sharnaaz Ahmad.

WhatJustHappened


Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b>: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 04:31 PM PST

Keras amaran atau kata dua yang diberikan Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi selepas mereka tampil mengadu di media berkaitan 'serangan' dan ugutan yang dilakukan jejaka itu.

BACA: Sharnaaz Ahmad Nafi Dakwaan, Tidak Bodoh Mahu Serang Wanita Hamil

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata beliau memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berhadapan dengan tindakan undang undang.

"Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku"

"Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya"

"Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin," ujar Sharnaaz Ahmad tegas. (rtky/m)