Nuffnang

Sabtu, 29 Mac 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> &#39;Bengang&#39; Dengan Media Luar | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 26 Mar 2014 02:32 AM PDT

Pelakon Hans Isaac meluahkan rasa kesalnya dengan spekulasi yang bertebaran mengenai insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 8 Mac lalu.

Hans menyatakan rasa terkilannya terhadap media luar negara yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini malah menganggap kerajaan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.

Memetik laporan Gua, Hans berkata, "saya sedih. Seluruh rakyat Malaysia sedih. Sebagai rakyat Malaysia, saya nampak usaha kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan buat salah, saya pasti akan bersuara. Tapi kerajaan dah lakukan sehabis baik usaha mereka dan kita harus menghargai usaha tersebut.

"Tapi media antarabangsa seolah-olah tidak sensitif demi mencari berita untuk mengekalkan rating mereka," katanya.

Hans turut terkesan dengan tragedi MH370 apabila rakannya kehilangan ahli keluarga yang merupakan di antara 227 penumpang pesawat tersebut. - Mynewshub.my 

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Komen