keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?
Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: 'WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan'.
"Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.
"Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan," ujarnya.
Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin.
Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today.
Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.
Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:
Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya.
Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.
Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu…
keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
[unable to retrieve full-text content]DiPostkan Oleh Katak_comel (Rank #5) 449 Hari Yang Lalu. Pelantun lagu hatiku milikmu, Nera AF9 atau nama sebenar Queennera Francine Francis Kitingon telah tampil seksi hingga menampakkan lurah dalam sebuah Majalah Bandwidth.
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer mengakui pertunangannya yang terputus sebelum ini telah meninggalkan impak besar sehingga membuatkan fizikalnya semakin kurus.
Penyanyi lagu Dan Bila Esok itu berkata, walaupun dia pernah memberitahu dia mahu menurunkan berat badan demi stamina sebagai penyanyi, Aremeer tidak menolak kekecewaannya akibat putus tunang turut memberikan perubahan drastik pada fizikalnya.
"Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.
"Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya mengenai pengganti, Aremeer berkata, susulan insiden itu, dia lebih selesa untuk bersendirian dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, sebagaimana yang dinasihatkan ibunya.
"Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.
"Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita," katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya, Aremeer berkata kumpulan itu bakal kembali aktif pada tahun ini dengan lagu 'single' dan filem terbaru yang menunggu slot tayangan.
"Kami akan muncul dengan lagu 'single' terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.
"Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.
Selain Sofazr, Versusakan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sixth Sense, Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari) dan Black Parallax (gabungan Black dan Meet Uncle Hussain).
Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.
Bismillah. Alhamdulillah. Pada hari ahad 30 september 2012 bersamaan 14 Zulkaedah 1433H sorang lagi kawan admin dah kawen iaitu Mohd Farith Esmir Bin Hamzah atau nama gelarannya 'Sofaz' dan isterinya Siti Salwa Binti Mohd Faudzi. Macam biasa PGISM dijemput untuk persembahan silat. Wakil pesilat dari Langkah Bromo Panca Laksamana dan Pukulan Melaka juga turut menyumbangkan langkah mereka. Sebelum buat persembahan silat, sempat lagi kami men'sumbang'kan lagu di Majlis tersebut. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah Buat pasangan pengantin dan Selamat Pengantin Baru dari PGISM.
Sayu Hati...Sedih Gembira... sob2..
Mereka yang terlibat dalam persembahan silat
yang budak kecik baju ungu tu x main.. dia anak keladi
Pada: Isnin, 28 April 2014 Akhirnya desas desus siapa kekasih Akim AF terjawab, apabila dia menyatakan yang Stacy adalah kekasihnya kini memetik laporan Kosmo! semalam.
Akim menjawab penuh yakin tanpa was-was mengenai hubungannya dengan Stacy.
"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami."
"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.
"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap,"
"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.
"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga,"
"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," -Akim
Drama bersiri terbaharu berjudul Fajar Aiman akan mengisi slot Azalea TV3 megambil alih drama Janji Jaslina yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Drama terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan skrip oleh Sharifah Abu Salim. Pelakon utamanya ialah Faralyna Idris dan Syarul Ridzwan. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.
Saksikan drama FAJAR AIMAN bersiaran mulai 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di Slot Azalea TV3. Drama ini juga boleh ditonton di www.tonton.com.my.
JUDUL : Fajar Aiman
EPISOD : 20 Episod
TARIKH : 5 Mei 2014
SIARAN : Slot Azalea TV3
SKRIP : Sharifah Abu Salim
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Suhan Movies
PELAKON : Faralyna Idris, Syarul Ridzwan, Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.
PELAKON DAN WATAK
Faralyna Idris sebagai Nur Fajar
Syarul Ridzwan sebagai Aiman
Farah Ahmad sebagai Erma
Fauzi Nawawi sebagai Suffian
Watie Sadali sebagai Najwa
Azhan Rani sebagai Shafie
SINOPSIS FAJAR AIMAN
Drma FAJAR AIMAN mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2013: Di kala ramai aktor-aktor baru berlumba-lumba untuk menjadi hero serta mengejar populariti dalam dunia hiburan, Azhan Rani pula lebih memandang dunia lakonan sebagai kerjaya serius di mana dia harus memberi kepuasan kepada penonton yang menonton lakonannya. Tidak hairanlah selepas 6 tahun terlibat secara serius dalam dunia lakonan, Azhan Rani memberitahu Murai bahawa dia lebih dikenali oleh peminat dengan nama yang digunakannya ketika berlakon. Dek kerana itu, dia mempunyai banyak nama-nama panggilan kerana setiap peminat yang menyapa Azhan akan memanggilnya dengan nama yang berbeza mengikut karektor yang pernah dilakonkan pelakon berusia 37 tahun ini. Namun bagi Azhan sendiri, perkara ini secara tidak langsung memberikan kepuasan buat dirinya kerana watak lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton hingga mengingati nama watak dan bukan namanya sendiri. "Kalau cakap pasal populariti, saya tahu saya bukan di kalangan aktor yang mempunyai ramai peminat. Mereka diluar sana tidak mengenali siapa Azhan Rani. Ini kerana mereka lebih mengenali saya melalui watak yang saya lakonkan. "Ada yang pernah menegur saya dan mengatakan bahawa mereka mengenali saya kerana melihat lakonan saya, cuma mereka terlupa apa nama saya. Saya tahu mereka bukan lupa tetapi mereka memang tidak tahu nama saya yang sebenarnya. "Menjadi seorang pelakon ini, saya anggap ianya sebagai satu amanah. Setiap watak yang dilakonkan harus sampai penghayatannya kepada penonton, barulah amanah yang diberikan pengarah kepada saya itu dijaga dan sampaikan dengan baik,"ucap Azhan Rani yang ditemui di set penggambaran telemovie khas Aidilfitri, Tiba Masanya. Mengkelaskan dirinya sebagai pelakon underdog, Azhan yang merupakan lulusan dalam seni lakon daripada Akademi Seni Melaka serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lakon daripada Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) ini juga mempunyai pengalaman selama 12 tahun terlibat alam dunia teater. Bakatnya yang dikesan oleh Along Kamaluddin itu telah membuka peluang kepadanya mencuba nasib untuk berlakon dengan syarikat produksi, Suhan Movies. "Sebelum ini, sudah lebih 12 tahun saya bekerja dan bergelumang dengan dunia teater sehinggalah Along Kamaluddin mengajak saya mencuba nasib dalam drama. Kalau menjadi dia suruh saya kekal tetapi kalau sebaliknya dia tahu saya punya pekerjaan yang saya minat dalam dunia teater. Alhamdulillah percubaan saya berjaya tetapi saya lebih selesa begini sahaja, sederhana. "Bila dah enam tahun berlakon untuk drama dan telefilem saya akui ada juga memilih tawaran-tawaran berlakon untuk menjamin mutu lakonan. Ini kerana aspek seperti keselesaan sepanjang sesi penggambaran serta kemampuan memenuhi komitmen yang dijanjikan penting supaya saya dapat menjalani penggambaran dengan hasil yang memberi kepuasan. "Bukan kerana saya pelakon yang mempunyai ilmu dalam seni lakon, saya mahu demand atau memilih watak. Cuma apabila lakonan kita berkesan, ia akan sampai kepada penonton dan ia menjanjikan kepuasan pada diri saya,"tambahnya lagi. Walaupun telah memasuki Ramadan, Azhan Rani tetap terus bekerja dan memenuhi jadual kerjanya kerana selesa bekerja di bulan puasa. Saban tahun dia memilih untuk merehatkan dirinya selepas hari raya pertama disambut di Kuala Kubu Baru, Selangor dengan bercuti ke lokasi-lokasi menarik di dalam mahupun diluar negara. Disoal mengenai peribadi, Azhan Rani tidak berganjak dari pendiriannya