Nuffnang

Rabu, 29 Februari 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Mengharapkan 14 juta | buahmulut.com

Posted: 26 Feb 2012 10:05 PM PST

Jika dilihat pada jumlah angka yang diharapkan oleh pelakon ini memang suatu jumlah yang agak besar. Tetapi semua itu tidak mustahil untuk dicapai. Apatah lagi jika melihat kepada momentum sokongan kepada filem Adnan sempit yang terdahulu dijadikan rujukan. Keinginan untuk melihat sekuel filem ini sudah pastilah begitu tinggi oleh penonton memandangkan lakonanya bersama Shaheizy Sam masih dikekalkan.


Intan Ladyana - adnan sempit 2

Bercakap kepada crew kami baru-baru ini, Intan Ladyana berharap kutipan sebanyak RM14 juta mampu dicapai menerusi Filem terbaru lakonanya ini. Beliau yang pertama kali menjejakkan kaki ke wilayah Siem Reap atas undangan AirAsia bagi program,Travelog yang disiarkan di TV3 mengakui Adnan Sempit 1 adalah permulaan momentum untuk dia melonjak kehadapan dalam bidang yang diceburi dan berharap Adnan Sempit 2 mampu menyuburkan lagi peluang lakonan beliau di dalam industri tempatan.

Random Posts

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>GAMBIT SAIFULLAH</b> NEKAD BEREHAT DARIPADA BIDANG <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 09:30 PM PST

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah nekad membuat keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan gara-gara berasa kecewa dengan cara kerja industri tempatan. Gambit berkata, selepas filem lakonannya yang terakhir, ...

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Tiz Zaqyah</b> masih bersama Remy Ishak

Posted: 15 Feb 2012 11:07 PM PST

Aktres jelita yang mula dikenali dengan drama bersiri "Nur Kasih" menjelaskan status hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak yang didakwa sudah retak beberapa minggu lalu.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak memberitahu dakwaan yang hangat diperkatakan itu hanyalah spekulasi semata-mata. Hal ini disebabkan status yang ditulis di laman sosial Facebook seolah-olah menggambarkan hubungan mereka telah berakhir.

"Apa yang ditulis di Facebook sebenarnya langsung tiada kena-mengena dengan hubungan saya dan Remy. Kami baik-baik sahaja," ujar Tiz ketika ditemui di malam gala filem terbarunya, "Cinta Kura-Kura" di Cathay Cineplex Damansara baru-baru ini.

Ditanya jika dia berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengganggu hak privasinya, aktres berusia 23 tahun ini memberitahu; "Saya sedia maklum sebagai seorang artis, privasi kami haruslah dikongsi bersama peminat. Namun ada kalanya saya perlu bersendirian. Pada saya, privasi harus dibahagikan dengan baik agar nampak seiring."

Tiz yang sebelum ini gemar berhubung dengan peminat menerusi akaun Twitter @tiztiztiz sebelum menutupnya tahun lalu memberitahu dia kini aktif menggunakan laman sosial Facebook.

"Saya sudah tidak memiliki akaun Twitter sejak enam bulan lalu. Pada permulaannya agak sukar kerana sudah terbiasa berinteraksi secara langsung bersama peminat. Namun lama-kelamaan, saya sudah biasakan diri. Saya hanya menggunakan akaun Facebook sahaja buat masa ini."


Tiz Zaqyah bakal tampil dengan filem romantik komedi fantasi arahan Nizam Zakaria, "Cinta Kura-Kura" yang akan turut dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dan Fara Fauzana.

"Cinta Kura-Kura" bakal menemui peminat pada 1 Mac akan datang.

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


<b>Awan Band</b> – Kartita | Lirik | Download | Mp3 | Video |

Posted: 03 Oct 2011 03:52 PM PDT

Submit By : =

Walaupun hanya di ruangan maya
Kita bersua
Membuatkan ku tertanya-tanya
Bagaimanakah
Rupa si gadis misteri
yang menemani di hati ini

Tawa riang mu
Membuatkan aku
Merasa bahagia
Tidak terkata
Apakah aku sudah jatuh cinta
Ohh pada dirinya
Atau ku hanya

Chorus
Bermain dengan perasaan yang
Tak bisakan
Menjadi kenyataan
Pada akhirnya
Namun ku tetap
Kan setia menyimpan cinta

Apakah aku sudah
Jatuh cinta padanya
Atau ku hanya bermain
Dengan perasaan yang
Tak bisakan
Menjadi kenyataan
Pada akhirnya

Ulang chorus

Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita

Independent Music Band: <b>Awan Band</b> - Kartita (Official MV)

Posted: 25 Feb 2012 03:50 AM PST

Malaysian | Singaporean | Indonesian

By downloading media from this site,you are agree to delete the file within 24 hours after you download,or if you decide to keep it,please buy original CD. Please support our local industry. This site wont be responsible for any illegal media sharing.None of the files are hosted by this site.We only provide links to the other upload sites. Thanks.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>NORA DANISH</b> SAH MENJADI ISTERI

Posted: 29 Feb 2012 07:38 AM PST

Fuhhhhhhhhh. Tajuk tak mengalah kan? Mula-mula tengok pun terbakar gak jiwa raga kalau benar Nora Danish jadi isteri. Nasib baiklah perkahwinan ini hanyalah untuk filem Aku Terima Nikahnya.

Filem romantik drama ini mengisahkan tentang hidup sepasang suami isteri Johan yang dibintangi oleh Adi Putra dan Arlisa dibintangi oleh Nora Danish yang baru sahaja berumahtangga yang mana secara tiba-tiba selepas berlaku suatu kemalangan, si suami mengalami Selective Amnesia dan lupa segala mengenai isterinya. Aku Terima Nikahnya menyaksikan pengorbanan Arlisa untuk mengembalikan semula ingatan suaminya.

Sebuah filem romantik drama terbitan Metrowealth Pictures arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Ady Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail.


Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


“Saya Teringin Nak Jumpa <b>Juliana Evans</b>” – Zizan Raja Lawak <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 10:22 PM PST

Rindukan Juliana Evans, nah ini makan dia! 6 foto Juliana Evans versi unrelease kini menjadi tatapan anda. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah Juliana Evans kini kurang muncul di mana-mana drama atau filem. Kemana ye dia pergi erk?

Terkini, pemergian Juliana Evans ke Amerika Syarikat demi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan diterima baik oleh rakan karibnya, Zizan Raja Lawak.

Zizan yang ditemui di sidang media pengumuman ABPBH 25 di Holiday Villa, Subang minggu lepas berkongsikan perasaannya sejak berpisah dengan pelakon jelita itu.

"Kami masih contact each other. Kadang-kadang, ada juga rasa nak kesana berjumpa dengan dia. Insyallah, kalau ada masa terluang, memang saya nak jejak kaki ke sana. Sewaktu dia berangkat kesana, saya memang menangis sedih. Iyalah, tak terbayang apabila kawan rapat kita nak berangkat ke sana. Macam satu kehilangan pula," ujar Zizan.

Zizan turut diusik sama ada perasaan sedih itu berbangkit kerana sudah terbitnya cinta terhadap Juliana Evans.

"Eh, tidak lah. Kami berdua tahu batasan masing-masing. Setakat ini, kami berdua tidak akan melebihi sempadan, atau batasan sebagai seorang kawan," sekaligus menafikan hubungan percintaannya.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


PROMO: Chantek Tampilkan Bakat Nyanyian <b>Pierre Andre</b>, Di <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 10:47 AM PST

Pernah anda dengar Pierre Andre menyanyi? Kalau berminat untuk tahu sama ada pelakon berbakat ini ada aura menyanyi, filem baru beliau mungkin ada jawapan.

Pierre Andre bakal tampil dengan sebuah filem baru arahan beliau bergenre romantik komedi dan berjudul Chantek.

Dalam filem Chantek ini, ada satu adegan di'mana memerlukan watak yang di'pegang Pierre Andre untuk menyanyi sebagai usaha memujuk si kekasih hati bernama Chantek.

Menarik'nya filem Chantek ini ialah ia'nya akan menampilkan seorang pelakon dari Indonesia sebagai heroin di'samping Pierre Andre sendiri yang bertindak menjadi teraju utama selain mengarahkan filem ini.

Nurul Ekasari akan memegang watak seorang pembantu rumah khas Indonesia yang bernama Chantek di'tugaskan untuk menjaga Ad (Pierre Andre) yang fobia dengan wanita dan cinta selepas tunang'nya curang. 

SINOPSIS: AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK.

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!