Nuffnang

Rabu, 29 Februari 2012

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


“Saya Teringin Nak Jumpa <b>Juliana Evans</b>” – Zizan Raja Lawak <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 10:22 PM PST

Rindukan Juliana Evans, nah ini makan dia! 6 foto Juliana Evans versi unrelease kini menjadi tatapan anda. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah Juliana Evans kini kurang muncul di mana-mana drama atau filem. Kemana ye dia pergi erk?

Terkini, pemergian Juliana Evans ke Amerika Syarikat demi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan diterima baik oleh rakan karibnya, Zizan Raja Lawak.

Zizan yang ditemui di sidang media pengumuman ABPBH 25 di Holiday Villa, Subang minggu lepas berkongsikan perasaannya sejak berpisah dengan pelakon jelita itu.

"Kami masih contact each other. Kadang-kadang, ada juga rasa nak kesana berjumpa dengan dia. Insyallah, kalau ada masa terluang, memang saya nak jejak kaki ke sana. Sewaktu dia berangkat kesana, saya memang menangis sedih. Iyalah, tak terbayang apabila kawan rapat kita nak berangkat ke sana. Macam satu kehilangan pula," ujar Zizan.

Zizan turut diusik sama ada perasaan sedih itu berbangkit kerana sudah terbitnya cinta terhadap Juliana Evans.

"Eh, tidak lah. Kami berdua tahu batasan masing-masing. Setakat ini, kami berdua tidak akan melebihi sempadan, atau batasan sebagai seorang kawan," sekaligus menafikan hubungan percintaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan