Nuffnang

Selasa, 9 Oktober 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Isu Suami Curang. Apa Komen <b>Lisdawati</b>? » Wassupz!

Posted: 18 Nov 2011 04:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tempatan. Sebentar tadi kami melaporkan goisp kecurangan pelakon Fauzi Nawawi dan berjaya mendapat komen dari pelakon itu. Kini isterinya, Lisdawati memberikan komennya mengenai goisp kecurangan suaminya.

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Sambut Syawal Di London | MyNewsHub

Posted: 17 Aug 2012 07:19 PM PDT

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA – Penyanyi Aizat Amdan tidak berasa sedih apabila terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan tahun ini selepas mengambil keputusan untuk mengikuti kursus selama tiga bulan dalam bidang muzik di London.

Aizat yang akan berangkat pada 1 Syawal (esok) berkata, pemergiannya ke negara itu turut ditemani oleh bapa Datuk Amdan Mat Din dan abangnya, Anas Amdan yang akan tinggal bersamanya selama sepuluh hari.

"Tidak berasa sedih kerana pemergian saya diturut ditemani oleh bapa dan abang. Sekurang-kurangnya saya dapat menyambut Syawal bersama mereka di negara orang.

"Mereka akan tinggal bersama saya sebelum saya dapat menyesuaikan diri di negara orang," ujarnya kepada mStar Online.

Aizat akan mengambil kursus tersebut di Garnish School of Music.

Dalam pada itu, Aizat berkata, dia memilih London untuk mengikuti kursus itu kerana penglibatan pensyarah yang merupakan komposer dan 'orang kuat' kepada kumpulan yang diminatinya seperti Coldplay dan Gozilla. "Bukan mudah untuk bertemu dengan komposer-komposer terkenal ini dan ini adalah peluang keemasan saya. Sebab itu juga saya tidak kisah terpaksa menyambut Hari Raya di perantauan kerana langkah saya itu berbaloi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Aizat, selain faktor tersebut, pemergiannya ke London adalah untuk memajukan diri sebagai artis, komposer dan penulis lirik dan berharap ilmu yang dipelajarinya akan membantu meningkatkan taraf industri muzik tempatan.

Sementara itu, Aizat berharap sepanjang kursus itu nanti dia akan mendapat ilham untuk mencipta beberapa lagu untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Persekitaran dan suasana baru harap-harap dapat memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan lagu baru," katanya. – mStar Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Pulang Balik Laptop Aku... – Aizat & Anas Amdan

Aizat Berusaha Dekat Diri Dengan Tuhan

Aizat Sambung Belajar 2 Bulan Di London

Anak Yatim Jadi Inspirasi Hidup Aizat

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Mahu Terus Buat Filem Aksi & Seram - Gua.com.my

Posted: 06 Oct 2012 09:40 PM PDT

"Saya akan buat filem yang penonton kita mahukan. Buat masa ini saya boleh lihat penonton mahukan filem bercorak aksi dan seram. Kedua-dua genre filem ini pengikut yang ramai. Sebagai pengarah, saya juga lebih suka buat filem sebegini kerana cabarannya lebih berbanding cerita komedi. Saya rasa kemenangan KL Gangster dan Khurafat pada malam ini adalah kerana ia dekat di hati penonton. Maksudnya, selain dibarisi pelakon-pelakon yang disukai ramai, kedua-dua filem ini juga mempunyai skrip yang baik. Secara peribadi, saya berpendapat Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan aksi lebih baik daripada KL Gangster, tetapi nampaknya peminat lebih suka dengan aksi KL Gangster. Saya gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini," ujar Syamsul mengulas tentang kemenangan di Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung pada Sabtu.

Mengulas tentang kejayaannya membawa pulang trofi Anugerah Tuan Direktor Terhebat , Syamsul  berkata dia sebenarnya tidak menjangkakan kemenangannya itu kerana saingannya sangat sengit. Bagaimanapun, tanpa berselindung Syamsul mengakui dia sebenarnya berasa lega dengan kemenangan itu kerana keputusannya hampir sama dengan keputusan juri profesional untuk Festival Filem Malaysia (FFM) sebelum ini.

"Anugerah Blokbuster ini berbeza dengan anugerah-anugerah lain kerana ia menggunakan kuasa undian peminat secara 100 peratus.Tetapi keputusan pada malam in nampaknya tidak jauh beza dengan keputusan FFM sebelum ini. Ini bukti peminat juga mahukan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, saya sebenarnya tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya ingat Hikayat Merong Mahawangsa yang akan menang. Ini bukti KL Gangster ada peminat yang cukup ramai. Kejayaan KL Gangster adalah kerana sokongan peminat dan saya rasa berbesar hati kerana kerja saya dihargai. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada peminat yang membuat undian. Kemenangan ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua yang terlibat menjayakan filem ini," ujar Pengarah Terbaik FFM ke 23 dan ke 24 ini.

Sementara itu, Syamsul juga menegaskan bahawa selepas ini dia tidak akan mendabik dada dengan menolak tawaran berlakon di bawah arahan pengarah-pengarah lain.

"Kejayaan yang saya perolehi ini bukanlah penghalang untuk saya berlakon di bawah arahan pengarah lain. Saya tidak akan berhenti berlakon sama ada untuk karya sendiri mahupun di bawah arahan pengarah lain. Jika wataknya bersesuaian dan jadual penggambarannya sesuai dengan jadual kerja saya, saya akan terima. Sebelum ini bukan tidak ada yang buat tawaran kepada saya, tetapi saya terpaksa tolak kerana terlalu sibuk dengan produksi sendiri. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk  minta maaf kepada mereka terbabit seperti Kabir Bhatia dan Eirma Fatima. Bukan saya tidak mahu, tapi kekangan tugas memaksa saya menolak tawaran itu. Saya masih berharap suatu hari nanti ada peluang berkerjasama dengan mereka," ujar Syamsul lagi.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Tak Sangka Tewaskan Aaron Aziz - Gua.com.my

Posted: 06 Oct 2012 09:50 PM PDT

Mengejutkan dan di luar jangkaan! Itu pendapat ramai pihak apabila nama Zizan Razak diumumkan sebagai pemenang Anugerah Hero Terhebat. Apa tidaknya , sejak awal-awal lagi nama Aaron Aziz yang disebut-sebut akan mengungguli kategori rebutan ramai ini. Kalau bukan Aaron, Shaheizy Sam yang menjadi pilihan kedua. Namun, peminat-peminat filem tempatan telah menggunakan mandat yang diberikan dengan memilih Zizan sebagai Hero Terhebat berdasarkan penampilannya dalam filem Hantu Bonceng. Jadi, apa komen pelakon dan pelawak ini?

"Saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tahu Aaron Aziz punya peminat yang sangat ramai dan sudah tentu sukar untuk tandingi pengaruh yang dia ada. Apabila nama saya diumumkan yadi, saya rasa macam tidak percaya. Rasa hendak menangis pun ada. Tidak sangka undian saya mengatasi undian Aaron Aziz. Bagaimanapun, saya gembira dengan keputusan ini dan ini bermakna saya perlu meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang," ujar Zizan teruja.

Dalam masa yang sama, Zizan juga tidak menolak kemungkinan sambutan hangat ke atas filem Hantu Kapcai dan pementasan Lawak Ke Der musim kedua menyumbang kepada kemenangannya itu.

"Mungkin juga peminat buat undian berdasarkan penampian saya dalam Hantu Kapcai dan Lawak Ke Der musim kedua. Saya tidak menolak kemungkinan itu sebab kuasa ditangan peminat. Mungkin peminat masih ingat dengan penampilan saya kerana kedua-dua naskah ini menemui peminat baru-baru ini," ulas Zizan.

Boleh dikatakan mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya pelawak dinobatkan sebagai Hero Terhebat dalam industri perfileman negara, Zizan tidak mudah mendabik dada atau berasa selesa. Bagi jejaka berasal dari Kuala Terengganu ini, dia tidak mahu terikat dengan satu corak lakonan sahaja iaitu lawak jenaka. Jelasnya, dia mahu menjadi pelakon serba boleh dan untuk merealisasikan impiannya itu, dia perlu menggalas pelbagai watak berlainan.

"Selain mahu menjadi pelakon serba-boleh, saya juga bercita-cita mahu mengangkat martabat pelawak-pelawak dalam industri perfileman tempatan. Ketika ini kehadiran pelawak tidak dipandang penting oleh kebanyakkan penggiat filem. Tidak seperti diluar negara. Mereka lebih disanjung kerana bukan mudah untuk buat penonton ketawa. Saya mahu kehadiran pelawak dihargai dan mendapat layanan yang sama seperti pelakon-pelakon lain. Selain itu, saya juga ada misi untuk memperbaiki mutu filem Malaysia. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak kita mampu menghasilkan yang terbaik. Kita sudah ada teknologi yang diperlukan. Cuma perlukan mekanisme yang tepat. Peminat sekarang sudah bijak dan mereka tidak mahu disogokkan dengan perkara yang sama," ulas Zizan bersemangat.

Sementara itu, Zizan juga berpesan supaya melihat lakonannya dalam filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar yang akan menemui penonton pada tahun hadapan. Jelas Zizan, penampilannya dalam filem itu cukup berbeza berbanding lakonan-lakonannya sebelum ini.

Saya membawakan watak serius sebagai seorang pusher dan perlu bermain dengan komedi gelap. Maksudnya saya tidak perlu buat lawak untuk membuatkan orang tertawa, tetapi lakonan saya itu boleh mengundang elemen komedi apabila ditonton nanti," ujar Zizan yang membintangi filem itu bersama  beberapa nama lain seperti Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Filem Tokan berkisah tentang aktiviti pengedaran dadah yang semakin berleluasa kini.

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


www.yanayassin.com: Pelancaran Album <b>Mila Jirin</b> (AF)

Posted: 27 Jan 2011 07:32 PM PST

morning uolss,.... hokey semalam dah story pasal nak g pelancaran album kan,.... kita dapat 2 tix,.. so ajak ler my friends anis g sekali,... sebab Anis mmg suka klu jumpa2 artis nie,.... Kul 7.45 camtue kita org gerak ke MATIC, jln ampang, sib ler jalan x jem....

Acara diadakan di Mini Auditorium, sampai tue dah ramai gak org,.. wartawan pun ada sebab lepas showcase dan pelancaran,akan diakan sidang media,... hurrmmm, yg kita kenal wartawan melodi ngan galaxi ja,.. Gayah gebu pun ada tau,...diantara artis yg hadir, Noni AF, Dafi AF, Heliza AF, Tam Kechik, ...dan acara di pengacara kan oleh Azlee senario....







Mula jerk Mila kuar,.. wow !!! kechik nyer dia, dalam TV nampak cam besar sikit,... Persembahan mmg best, banyak improvement berbanding Mila dalam AF dulu,.... Persembahan Mila diiringin Band,... Pemain gitar Man kidal pun ado,.. fuhhh !!! mmg best lah,... tgk Fan Mila ramai gak yg datang, siap bawak bunga ngan kek lagik,....Nak bgtau sikit, pelancaran Mila nie dengan kerjasama erama.tv ,... showcase dipancaran kan ke suruh dunia,.. fuhyooo !!!! kira sekarang industri muzik dah makin maju kan,... bagus lah, kurang2 sesape yg x leh datang leh tgk online ja,..



So,... good luck lah kat Mila ( mcm Mila baca jerk kan),...Semoga success dengan apa yang ingin di lakukan,...


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button 'LIKE' kat bawah nie,button 'SHARE' kat atas tau,Terima Kasih.

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Innershine: More Prune Power. Hati ke Hati Bersama <b>Maya Karin</b> <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 07:14 PM PDT


Afternoon Hi Tea at InnerShine: Hati ke Hati Bersama Maya Karin. Its means InnerShine heart to heart with Maya Karin. Have you see Maya Karin in person? She is beautiful and have radiant skin.
Delicious beauty drink for radiant skin, InnerShine Prune Plus, now comes in a bigger bottle size which contains 60% more goodness to effectively give you radiant skin. Maya Karin exudes natural beauty and self-confidence which has made her successful as an actress, singer and also the ambassador for InnerShine. 



Now, we can save more with the new 70ml 12-bottle pack while benefiting from the extra prune content which will help the body's natural detoxification process. The new size complements the original 42ml bottle size by providing more prune power per bottle.


Maya sing 2 songs to wow the guests
Prunes are proven to contain twice as much anti-oxidant as other fruits, helping to protect against free radicals and delay the effect of ageing on the skin.
Containing concentrated prune essence and enriched prune pulp and skin, InnerShine Prune Plus in rich Dietary Fibre and Vitamin C from the prunes and contains Inulin and Oligofructose which promote overall wellbeing to help bring out one's radiant from within.
 Maya with the three winners of InnerShine 'Hi Tea Bersama Maya Karin' contest 
Azimah Abdul Aziz, Maya Karin, Shirin Abdul Rashid and Norashikin Johar
Inulin and Oligofructose also help encourage a healthy digestive system and detoxification while Vitamin C contributes to the market and does not contain any added sugar, preservatives or colouring. Consumed daily, the body will feel healthier and skin will glow.
InnerShine Prune Plus is available at all hypermarket, supermarkets, pharmacies nationwide and retails at RM 71.90 for the new 70ml x 12 bottle pack and RM 54.90 for the 42ml x 12 bottle pack.
Besides, the sharing session with Maya Karin, InnerShine also showcasing the InnerShine Weddings packages.
There are also pretty arrangements for bunga pahar and hantaran to complete the unique wedding package. For a minimum order of 50 pieces, the bunga telur retails at RM5 onwards while the hantaran is priced from RM150, depending on your choice of design. 
Brides you can now also share the delicious fruit essence with her guests through the unique InnerShine Wedding Package where the bottle goodness is fashioned into wedding favours. Ideal for Malay wedding, the creative arrangements using InnerShine products give an interesting twist to tradition while sharing the beauty benefits with the bride and her guests.
Besides you can now also share the delicious fruit essence with her guests through the unique InnerShine Wedding Package where the bottle goodness is fashioned into wedding favours. 
Ideal for Malay wedding, the creative arrangements using InnerShine products give an interesting twist to tradition while sharing the beauty benefits with the bride and her guests.
InnerShine Prune Plus is available at all hypermarket, supermarkets, pharmacies nationwide and retails at RM 71.90 for the new 70ml x 12 bottle pack and RM 54.90 for the 42ml x 12 bottle pack.
This special InnerShine Prune Plus wedding package is only available through direct orders via Cerebos (M) Sdn. Bhd. For further information on the InnerShine Wedding Package please contact BRAND'S Customer Care Line at 1-300-228300 or email innershine@gmail.com

For more information on InnerShine products, promotions and activities, consumers can log on to www.innershine.com.my

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Diburu Wartawan E! News & Discovery – Perak Today

Posted: 15 Nov 2011 09:59 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas filem Bunohan ditayangkan di Amerika Utara dan bakal menembusi pasaran antarabangsa, nama Faizal Hussein, 44, menjadi sebutan para media tempatan dan luar negara.

Filem yang turut dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Nam Ron dan Bront Palarae itu ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena 'Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011′.

Menurut Faizal, melalui filem itu juga dia mendapat pendedahan dan pengalaman baru termasuk akan ditemubual oleh media dari luar negara iaitu program hiburan E! News di saluran E! dan saluran Discovery.

"Saya juga digelar sebagai 'Jack Palance Malaysia' dalam sebuah ulasan tentang Bunohan dari portal variety.com.

"Impak yang diberikan oleh filem Bunohan arahan Dain Said memberikan komen yang bagus dan saya melihat fenomena di mana pembikin filem tempatan semakin meningkat naik.

"Paling penting adalah kandungan filem itu sendiri," katanya dalam satu sidang media pelancaran filem Khon Malay, Taiko dan 1945 di Restoran Platinum Terrasse, Jalan Genting Klang, di sini, Isnin.

Bercerita lanjut tentang reaksinya apabila bakal berlakon dalam ketiga-tiga filem tersebut, Faizal akui bersyukur apabila peminatnya masih dahagakan lakonan antagonisnya.

"Saya sudah lama bersahabat dengan pengarah filem Imran Ismail yang akan mengarahkan filem Khon Malay dan 1945. Jadi, kami selalu berbincang idea dan saya tidak menunggu tawaran ini sebaliknya dipilih kerana ia merupakan hasil kolaborasi saya dengan Imran.

"Dia pernah membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan hasilnya peminat Faizal Hussein menyukai saya melakonkan watak jahat.

"Saya juga tidak menyangka masih ada peminat yang ingin menonton pelakon tua seperti saya sebagai hero. Rezeki ini juga hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah filem," katanya lagi yang turut berlakon dalam telefilem Anak untuk Astro terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang dimiliki oleh sepupunya, pelakon Rosyam Nor.

Faizal akui pernah berehat daripada industri perfileman pada tahun 1995 dan menumpukan kepada lakonan drama selama 5 tahun. Kemudian dia kembali ke layar perak pada tahun 2000.

"Apabila saya berlakon filem semula, saya selesa memilih watak antagonis seperti dalam filem KL Menjerit, Leftenan Adnan dan Janji Diana untuk memberikan kelainan memandangkan koleksi filem saya sebelum itu tidak sehebat mana.

"Jadi, untuk filem terbaru ini, saya mahu lihat seramai mana peminat Faizal Hussein yang akan datang menonton filem saya dengan watak yang bagaimana," katanya yang akan turut berlakon di samping isterinya, pelakon Suhaila dan dua anaknya, Fazryn, 6, dan Fazrick, 3, menerusi filem Khon Malay.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Faizal berjudul Abu Ya sedang ditayangkan di pawagam tempatan dan filem Bunohan akan berada di pawagam pada Mac 2012.

-mStar Online