Syamsul Yusof - Google Blog Search |
<b>Syamsul Yusof</b> Mahu Terus Buat Filem Aksi & Seram - Gua.com.my Posted: 06 Oct 2012 09:40 PM PDT "Saya akan buat filem yang penonton kita mahukan. Buat masa ini saya boleh lihat penonton mahukan filem bercorak aksi dan seram. Kedua-dua genre filem ini pengikut yang ramai. Sebagai pengarah, saya juga lebih suka buat filem sebegini kerana cabarannya lebih berbanding cerita komedi. Saya rasa kemenangan KL Gangster dan Khurafat pada malam ini adalah kerana ia dekat di hati penonton. Maksudnya, selain dibarisi pelakon-pelakon yang disukai ramai, kedua-dua filem ini juga mempunyai skrip yang baik. Secara peribadi, saya berpendapat Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan aksi lebih baik daripada KL Gangster, tetapi nampaknya peminat lebih suka dengan aksi KL Gangster. Saya gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini," ujar Syamsul mengulas tentang kemenangan di Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung pada Sabtu. Mengulas tentang kejayaannya membawa pulang trofi Anugerah Tuan Direktor Terhebat , Syamsul berkata dia sebenarnya tidak menjangkakan kemenangannya itu kerana saingannya sangat sengit. Bagaimanapun, tanpa berselindung Syamsul mengakui dia sebenarnya berasa lega dengan kemenangan itu kerana keputusannya hampir sama dengan keputusan juri profesional untuk Festival Filem Malaysia (FFM) sebelum ini. "Anugerah Blokbuster ini berbeza dengan anugerah-anugerah lain kerana ia menggunakan kuasa undian peminat secara 100 peratus.Tetapi keputusan pada malam in nampaknya tidak jauh beza dengan keputusan FFM sebelum ini. Ini bukti peminat juga mahukan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, saya sebenarnya tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya ingat Hikayat Merong Mahawangsa yang akan menang. Ini bukti KL Gangster ada peminat yang cukup ramai. Kejayaan KL Gangster adalah kerana sokongan peminat dan saya rasa berbesar hati kerana kerja saya dihargai. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada peminat yang membuat undian. Kemenangan ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua yang terlibat menjayakan filem ini," ujar Pengarah Terbaik FFM ke 23 dan ke 24 ini. Sementara itu, Syamsul juga menegaskan bahawa selepas ini dia tidak akan mendabik dada dengan menolak tawaran berlakon di bawah arahan pengarah-pengarah lain. "Kejayaan yang saya perolehi ini bukanlah penghalang untuk saya berlakon di bawah arahan pengarah lain. Saya tidak akan berhenti berlakon sama ada untuk karya sendiri mahupun di bawah arahan pengarah lain. Jika wataknya bersesuaian dan jadual penggambarannya sesuai dengan jadual kerja saya, saya akan terima. Sebelum ini bukan tidak ada yang buat tawaran kepada saya, tetapi saya terpaksa tolak kerana terlalu sibuk dengan produksi sendiri. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada mereka terbabit seperti Kabir Bhatia dan Eirma Fatima. Bukan saya tidak mahu, tapi kekangan tugas memaksa saya menolak tawaran itu. Saya masih berharap suatu hari nanti ada peluang berkerjasama dengan mereka," ujar Syamsul lagi. |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan