Nuffnang

Ahad, 25 November 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>KRU</b> Raih The Ultimate Shout! Award - Gua.com.my

Posted: 23 Nov 2012 10:23 AM PST

Kumpulan KRU dianugerahkan The Ultimate Shout! Award di malam anugerah Shout! 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi. Malam anugerah itu turut disiarkan secara langsung di stesen 8TV dan secara online di www.shoutawards.com.my.

Di majlis itu, penyanyi yang sedang melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat iaitu Yuna membawa pulang dua trofi iaitu Popstar Award dan satu kategori baru, Wired Celebrity Award.

Personaliti YouTube popular tanahair, Matluthfi90 membawa pulang trofi Shout! Aloud Award.

Sementara itu, kategori Hot Guy Award dirangkul pelakon filem popular Aaron Aziz dan kategori Hot Chick Award diraih oleh pelakon terkenal Nora Danish.

Filem terbitan Grand Brilliance dan Red Films, Songlap membawa pulang trofi Breakthrough Local Feature Award.

Pasangan Johan dan Zizan dari program Raja Lawak Musim 6 membawa pulang trofi Best On Screen Chemistry Award, manakala Zizan membawa pulang Favourite TV Personality Award.

Berikut merupakan keputusan penuh Shout! Awards 2012:

Rockstar Award – Bunkface
Popstar Award – Yuna
Power Vocal Award – Shila Amzah
Flava Award – Black ft Malique
Breakout Award – Massacre Conspiracy
Music Video Award – With You, Mizz Nina
Best On Screen Chemistry Award – Johan & Zizan, Raja Lawak Musim 6
Breakthrough Local Feature Award – Songlap
Fresh TV Series Award – Versus
Favourite TV Personality Award – Zizan Razak, Raja Lawak Musim 6
Coolest Radio Announcer Award – Hunny Madu, Fly FM Malaysia's Hottest Music
Favourite TV Program Award – Showdown 2012
Hot Chick Award – Nora Danish
Hot Guy Award – Aaron Aziz
Favourite Radio Show Program – Top 5 Panggilan Hangit
Shout! Aloud Award – Matluthfi90
Wired Celebrity Award – Yuna
The Ultimate Shout! Award – KRU

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b>, Audionauts dan SleeQ Berjaya Mendapat Lima Pencalonan <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 04:20 PM PST


Anugerah Planet Muzik (APM) kembali buat tahun ke-11dan akan dipentaskan di Singapura pada Sabtu, 15 Disember 2012, 8.30 malam di MAX Pavillion, Singapore Expo.

Majlis anugerah tahunan ini memberikan pengiktirafan kepada para artis dan penggiat muzik Melayu serantau – Indonesia, Malaysia dan Singapura.

17 anugerah akan diberikan kesemuanya, yang mana anda akan menentukan pemenang bagi 6 kategori! – Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular, Nova Media Baru dan Ikon Media Baru.

"Tahun ini berlaku perubahan pada senarai kategori yang dipertandingkan. Anugerah Album Terbaik  tidak lagi dipertandingkan kerana pihak kami melihat kategori itu tidak lagi releven dengan situasi industri muzik ketika ini. Sebaliknya, kami menambah tiga kategori baru iaitu Anugerah Hits Radio, Anugerah Ikon Media Baru dan Anugerah Nova Media Baru," ujar Hassan.

Daripada 362 pencalonan yang diterima, Malaysia mendahului dengan 130 pencalonan, diikuti dengan Indonesia 122 pencalonan dan Singapura 110 pencalonan. Alyah, Audionauts dan SleeQ merupakan tiga artis yang berjaya mendapat lima pencalonan. Sementara Yuna, Aliff Aziz, Awi Rafael, Hady Mirza, dan Hafiz mendapat empat pencalonan," ujar Aura Shai.

Dalam sidang media ini juga, turut mengumumkan Dato' AC Mizal sebagai salah seorang pengacara yang bakal menghangatkan serta memeriahkan malam kemuncak Anugerah Planet Muzik (APM)  . Dua lagi nama pengacara dari Singapura dan Indonesia hanya akan dimaklumkan pada sidang media ketiga yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia dalam sedikit masa lagi.

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Artis <b>Azhar Sulaiman</b> mengaku murtad? - UtaraNews - The News <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 10:00 PM PST

Rasa-rasanya, artis yang "mengaku" murtad ini kerana menjadi ahli UMNO dan menyokong Kerajaan BN ini mahu menyindir TG Nik Aziz berhubung dengan satu laporan akhbar yang mengaitkan kata-katanya, kononnya telah memurtadkan UMNO-DCM

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2012 07:14 PM PST


Sinopsis filem Lagenda Budak Hostel (LBH) lakonan <b>Along Cham</b>

Posted: 19 Nov 2012 08:36 PM PST

Sinopsis Lagenda Budak Hostel (LBH)
Lagenda Budak Hostel (LBH)  mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.

Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.

Lagenda Budak Hostel (LBH)
Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu? LBH pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi, apatah lagi Ismail sedaya upaya memberi yang terbaik pada filem ke-12 arahannya.

Lokasi penggambaran filem LBH: Sekolah Menengah Sains, Ulu Yam, Selangor

LBH mengimbau kenangan pelajar yang menetap di asrama sekitar tahun 90-an hingga 2000. Ujarnya mengambil kira kesesuaian lokasi, pada era itu pun penggunaan telefon bimbit masih tak banyak. Namun, kebanyakan pelajar asrama pula dikenali menerusi kenakalan mereka dan sikap membuli.

Pelakon Lagenda Budak Hostel (LBH): Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Angah), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek)

FILEM: Lagenda Budah Hostel

TERBITAN: Metrowealth (MIG)

PENERBIT: David Teo

PENGARAH: Ismail Bob Hasim

PENOLONG PENGARAH 1: Ahmad Rusli Mohd Khadri

PENOLONG PENGARAH 2: Mohd Azromi Ghozali

PENGARAH SENI: Anuar Paharuddin

PENYELARAS PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid

SKRIP: Muhamad Razif Abdul Rashid

THE MAKING OF: Khairul Afiq Sani

STILL PHOTO: Tan Shier

KOORDINATOR: Najiyah A Rahim

PENOLONG KOORDINATOR: Irda Kartini Irwan Helmi Jame

SOLEKAN: Shahrul Nisa Mat Rus

WARDROBE: Nurdiana Arshad

PENOLONG PRODUKSI 1: Raja Mohd Zahid Raja Zainal

PENOLONG PRODUKSI 2: Mohd Asif Shamsudin

PENOLONG PRODUKSI 3: Ilia Iryani Shuib

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST


(Gambar) <b>Along Cham</b> Sebagai Duta Modenas. Cayalah Bobby <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:01 AM PST

02/03/2012 by Staff Wassupz! | Filed under Gambar Artis, Wassupz! Tempatan.

Tahniah buat Along Cham kerana dilantik menjadi duta Modenas, nampaknya watak Bobby dalam filem Adnan Sempit membawa tuah buat Along Cham. Cayalah! Motor baru Modenas pun nampak cun.

Dibawah pula gambar sewaktu pelancaran terbaru Motor ACE 115 dan kemunculan pertama Along Cham selaku duta Modenas.

Gambar: MiGOnline



   

Tags: , , ,

Tahniah <b>Along Cham</b> dan Zila AF4 Timang Cahaya Mata Pertama <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2011 04:58 AM PST

12/11/2011 by Staff Wassupz! | Filed under Wassupz! Tempatan.


Kami baru mendapat tahu dari mesej twitter Along Cham Raja Lawak yang dikirimnya mengatakan bahawa isterinya, Zila AF4 selamat melahirkan bayi lelaki sulong mereka pada pukul 2.04 petang tadi. Tahniah! Kami di Wassupz! ucapkan kepada mereka.


Zila AF4 melahirkan anak pertamanya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Bayi yang seberat 2.5kg ini telah diberikan nama Ahmad Dhanial, nama yang telah dicadangkan oleh tokoh motivasi negara, Datuk Fadzillah Kamsah. Pemilihan nama itu adalah kerana nama itu ada kena mengena dengan nama nabi atau pemimpin terkenal di zaman silam.

Pasangan Along Cham dan Zila AF4 ini mendirikan rumahtangga sekitar Januari 2010.

Diharap Along Cham dapat berkongsi gambar bayi lelakinya bersama peminat secepat mungkin. Tidak sabar hendak tengok kecomelan bayi ini. Tahniah sekali lagi.

P/S: semalam pasangan Faizal Ismail (FBI) dan isterinya melahirkan anak lelaki juga.



   

Tags: , ,

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Has fame changed <b>Yuna</b>? ABN News | Eng

Posted: 25 Nov 2012 06:16 PM PST

By Noorsila Abd Majid

Yuna, Yuna everywhere! Never mind that she didn't win any major awards at the AIM (Anugerah Industri Muzik). Yuna proved that she's still the "IT" girl in Malaysian music by clinching two top prizes – Popstar Award and Wired Celebrity Award at the Shout! Awards 2012, a popularity-based award ceremony created by 8TV.

But tongues are awagging that popularity has gone to her head. Or at least, the people managing her. It has been reported by top Malay entertainment blog beautifulnara.com that her fans are upset with her recent homecoming concert in Penang.

Read the blog: Yuna fans who waited as early as 5pm were drenched in the rain as the concert organiser did not allow them to enter the concert hall until 6pm. No umbrellas allowed. No hooded plastic poncho given. The show was delayed by two and a half hours. Yuna was late. But she did not apologise. Her performance was below par.

Well, blame it on the concert organiser, she says. In her defence, Yuna maintains she always tries to give her best to her fans.

"I'm always away in the US," the Malaysian folk-pop darling, who's enjoying a growing success States-side explains. "But I try to do something for my Malaysian fans every year. Since I haven't met my fans in Penang and Sarawak, I did the homecoming concerts."

Reiterating that she's only a performer, Yuna adds, "I'm an artiste. My job is to sing. I leave the rest to the concert organiser. Fans who are not happy can lodge their complaints to them directly. But please don't write a poison pen letter against me."

Before she could elaborate further, our conversation was interrupted by her manager who whisked her away abruptly.

"Sorry, we had to go," she says curtly.

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Tweet Bersama <b>Faezah Elai</b> | Solehah Shamsuddin

Posted: 25 Nov 2012 08:02 AM PST


Tak sangka kak Faezah Elai akan reply tweet saya, sebab tu baru sekarang saya sedar dan terus printscreen. Terima kasih akak sebab sudi tweet. Memang betul orang cakap yang kak Faezah Elai ni memang peramah orangnya. Love u akak! :)

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2012 03:30 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 03:31 PM PST


(12 GAMBAR)Sambutan Hari Jadi Anak <b>Noorkhiriah</b> Di Rumah <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 09:09 PM PST

<b>Noorkhiriah</b> Sambut Hari Jadi Di Rumah Anak Yatim | MyNewsHub

Posted: 20 Nov 2012 09:39 PM PST

Sambut Hari Jadi Di Rumah Anak Yatim

Noorkhiriah memang tampak sangat manis dengan imej bertudung lengkap.

Tambah memaniskan apabila anak pasangan suami isteri ini tampil comel dengan jubah.

Yang lebih menarik, sambutan hari jadi anak Noorkhiriah telah diadakan di rumah anak yatim dan hidayah AlHijrah. Menyambut dan memberi.

Semoga keluarga Noorkhiriah akan dimurahkan lagi rezeki dengan inisiatif sebegini. (Beautifulnara.com)

Iklan Teks:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri