Nuffnang

Isnin, 24 Disember 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Mengaku Tidak Lagi Panas Baran – Perak Today

Posted: 08 Nov 2012 09:31 PM PST

Artis yang terkenal dengan jolokan Raja Pop iaitu Jamal Abdillah menganggap faktor usia yang semakin meningkat merupakan punca utama dia tidak lagi bersikap panas baran seperti dahulu.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, berkata, penambahan usia itu menjadikan sikap buruk yang ada dalam dirinya semakin berkurangan dan dia menyedari perkara itu sejak lapan tahun lalu.

"Alhamdulillah sekarang ini saya lebih 'sejuk'. Tak seperti dulu yang suka naik angin tanpa sebab.

"Saya percaya setiap sikap buruk itu mesti ada punca dan saya berjaya membuangnya sedikit demi sedikit.

"Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat, saya menjadi lebih matang dan tahu menilai sebelum bersikap di luar jangkaan," katanya.

Tambah Jamal, apabila berada dalam keadaan terkawal seseorang itu akan memiliki fikiran yang waras, tidak sombong selain mampu mengatasi segala sikap buruk yang ada pada diri.

Dia juga sedar sikap panas baran itu juga akan merosakkan diri serta hubungannya dengan peminat sekiranya dia tidak berubah.

"Seperti yang semua tahu, dulu saya berada di alam "kabur" (di bawah pengaruh dadah) dan ia membuatkan tingkah laku saya juga tidak menentu.

"Namun selepas saya sudah bersih, panas baran saya juga semakin lesap dan menjadi normal seperti oranhg biasa," ujarnya.

Sementara itu, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert sempena Fiesta Karnival Lanjut BBQ Seluruh Dunia pada 24 Disember depan bersama penyanyi Jay Jay.

Konsert itu akan berlangsung di Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang.

Tiket konsert yang berharga RM399 hingga RM699 (disertai hidangan makan malam) boleh ditempah dengan menghubungi talian 09-4145113.

-mStar Online

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> &#39;tinggal&#39; suami demi karier – Perak Today

Posted: 16 Nov 2012 08:49 PM PST

Sejak mendirikan rumah tangga Ogos lalu, pelakon, Izreen Azminda mengakui tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran lakonan.

Menurutnya, kerana sibuk di lokasi, dia terpaksa mengorbankan masa dan 'meninggalkan' suaminya, Muhamad Riza bagi memenuhi tuntutan karier sebagai pelakon.

"Saya akui agak sukar untuk meneruskan kerjaya lebih-lebih lagi setelah bergelar seorang isteri.

"Bagaimana pun, saya gembira kerana suami sentiasa memberikan sokongan dan kini dia adalah pendorong utama bagi saya meneruskan minat ini.

"Apa pun, saya sendiri perlu bijak membahagikan masa dan sedar bahawa tanggungjawab terhadap suami adalah lebih utama," katanya ketika dihubungi Zass.

Jelasnya, sebagai isteri, dia juga lebih selesa berbincang dahulu bersama suaminya apabila menerima sesebuah skrip itu.

"Saya sentiasa diingatkan supaya tahu batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja dan ketika bertugas. Jadi, adalah lebih baik saya memberitahu kepada dia apa yang perlu saya buat dan bagaimana watak yang akan dimainkan.

"Lebih-lebih lagi jika sesuatu babak yang memerlukan babak sentuhan dengan pelakon lelaki," katanya tidak pernah berniat untuk berhenti berlakon dalam waktu terdekat.

Mahu anak cepat

Diusik mengenai cahaya mata pula, Izreen memberitahu, sebagai seorang wanita sudah menjadi impian mereka untuk memiliki anak setelah mendirikan rumah tangga.

"Sebenarnya baik saya mahu pun suami tidak pernah merancang mengenai perkara ini. Lagi pun bulan ini cukup tiga bulan kami berkahwin, dan saya rasa ia masih awal.

"Jika ada rezeki kami tidak menolaknya, kerana secara zahirnya, saya kelihatan kasar namun saya sebenarnya seorang yang sangat menyukai kanak-kanak.

"Jadi jika diberikan peluang menimang cahaya mata secepat mungkin, sudah tentu saya bersyukur tidak terhingga," katanya.

Dalam pada itu, Izreen sempat berkongsi respons daripada peminatnya ekoran watak Sofea yang dilakonkannya menerusi drama bersiri Julia.

"Alhamdulillah, mereka memberikan tindak balas yang baik. Meski pun Sofea bukan seorang yang baik, namun mereka suka kerana saya berjaya membawa watak itu.

"Memang adakala saya terbawa-bawa watak tersebut sehingga ke rumah, tetapi saya cuba atasinya. Lagi pun ia sekadar watak sahaja," katanya sinonim melakonkan watak antagonis.

- SINAR HARIAN

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Gambar: Aksi Comel Anak Kecil <b>Tomok</b>! | MyNewsHub

Posted: 23 Nov 2012 12:42 AM PST

Anak lelaki penyanyi dan pelakon lelaki, Shah Indrawan atau Tomok ketika ini sudah pun hampir menjangkau usia 6 bulan.

Si comel, Arrianshah Akid dilahirkan pada 29 Mei lalu dengan berat 3.33 kilogram.

Sejak kehadiran si kecil yang mesra dipanggil Arrian itu, kehidupan Tomok dan isterinya semakin bahagia.

Malah, setiap detik dan waktu Tomok inginkan masanya diluangkan bersama isteri dan anak sulungnya itu.

Sewaktu dilahirkan, wajah Arrian tidak tahu sama ada mengikut rupa paras ayah atau ibunya.

Sekarang, Arrian terlalu comel dan boleh diketahui dia menyerupai ayah atau ibunya.

Cuba tengok aksi Arrian yang comel di gambar-gambar bawah ini.

Layan….

Oleh: SORAYA IMAN

Sumber Foto: Instagram Tomok

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Penjelasan <b>Farid Kamil</b> – Perak Today

Posted: 16 Dec 2012 01:27 AM PST

NAMA Farid Kamil menjadi bualan sepanjang minggu ini berkaitan uniform yang dipakainya ketika majlis resepsi perkahwinannya, dua minggu lalu.

Farid dikatakan menyalahi undang-undang kerana uniform yang ditempah khasnya itu menyerupai pakaian seragam pasukan keselamatan negara.

Setakat ini, masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada pelakon dan juga pengarah itu.

Bagaimanapun, khabarnya Farid akan membuat kenyataan mengenai isu ini dalam masa terdekat.

- BERITA HARIAN

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


ND Lala Mahu <b>Shila Amzah</b> Beri Tumpuan Di World Music Awards <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 08:12 PM PST


Hati ayah mana yang tidak resah apabila anak sendiri dihimpit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini. Agaknya itulah yang dirasai oleh ayah Shila Amzah, ND Lala yang pernah melalui apa yang dirasai oleh anaknya kini satu ketika dahulu.

nd lala

Kelmarin menerusi laman Facebook Shila Amzah, ND Lala berharap agar anaknya memberikan lebih fokus dan tumpuan terhadap persembahan yang bakal dilakukan di World Music Awards 2012. Untuk makluman, Shila Amzah telah pun berlepas ke USA untuk menghadiri majlis gilang gemilang ini.

nd lala

Dicalonkan untuk 2 kategori iaitu World's Best Female Artist dan World's Best Entertainer of The Year, peluang untuk Shila Amzah memenangi salah satu kategori ini secara jujurnya memang tipis. Namun diharapkan Shila mampu memberikan persembahan yang memukau sekaligus membuka mata dunia terhadap bakat-bakat yang ada di Malaysia. Kepada Shila, good luck and all the best. Jangan nervous-nervous ya.

Baca Yang Ini Pulak:-


Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Farid Kamil Mohon Maaf Pada <b>Diana Amir</b> - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 06:41 PM PDT

Baru saja mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Diana Danielle, aktor serta pengarah, Farid Kamil ketika ditemui pada majlis tayangan filem arahannya, Pe3, malam tadi, turut memberitahu kepada rakan media yang beliau memohon maaf kepada Diana.

Apa kesilapan yang dilakukan oleh anak kelahiran Alor Setar ini sehingga memohon maaf kepada Diana? Jangan salah faham atau terkejut kerana Diana yang dimaksudkan oleh jejaka berusia 31 tahun ini adalah pelakon, Diana Amir yang turut berlakon dalam filem terbarunya itu.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang. Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran sejak Mac tahun lalu."

Pada majlis tayangan media malam tadi, kelibat Diana Amir tidak kelihatan dan timbul tanda tanya mengenai alasan ketidakhadiran pelakon itu memandangkan beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu. Bagi menjawab isu ini, penerbit Metrowealth, David Teo tampil memberi penjelasan.

"Diana ada datang ke pejabat saya tadi (Isnin) meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya dulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan beliau kini sudah pun tampil dengan imej berhijab.

"Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung. Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang."

Ketika ditemui, David turut mengulas mengenai tindakan Farid Kamil yang membuat pengumuman tarikh perkahwinannya ketika majlis tayangan filem Pe3 di mana ia dianggap tidak sesuai dan berkemungkinan akan menenggelamkan filem ini memandangkan orang akan lebih memperkatakan tentang majlis perkahwinannya itu.

Tidak sedikitpun melatah, David memberitahu, "Saya tidak nampak dari sudut apabila Farid mengumumkan tarikh perkahwinannya, perbuatannya itu akan menenggelamkan filemnya sendiri. Pihak MIG sendiri telah melaburkan RM 450 ribu untuk tujuan pemasaran serta promosi filem. Dari segi komersial, kami sudah buat persediaan yang lebih awal dan tidak timbul isu filem ini akan tenggelam dengan berita perkahwinannya.

"Saya sudah kenal dia selama 9 tahun dan saya dah tahu cara dia memang macam itu sebab masa dia beritahu nak tunang hari itupun, dia beritahu ketika masa yang tidak sesuai iaitu pada majlis tayangan sebuah filem. Namun, tidak dinafikan saya memang terkejut dengan pengumumannya itu memandangkan saya sendiri diberitahu mengenai perkara ini beberapa minit sebelum majlis bermula.

"Saya tidak terkilan dengan perkara ini, malah saya rasa gembira kerana saya anggap, dia sudah matang dan sudah tiba waktunya dia mendirikan rumahtangga. Sebelum ini saya merancang nak buat satu kejutan untuk perkahwinan beliau, walau bagaimanapun, masa dah sangat suntuk untuk buat namun saya akan cuba merealisasikannya," ujar David yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kejutan yang akan dibuat beliau.

Filem Pe3 dibintangi oleh Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, Fyza Kadir dan Soya. Filem ketiga arahan Farid Kamil ini akan menemui penonton pada 18 Oktober 2012 di pawagam seluruh negara.

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


<b>Atilia</b> Haron, Yasmin Hani and Mayjune Tan love designer handbags!

Posted: 23 Dec 2012 08:49 PM PST